Masjid-masjid bersejarah lazimnya mempunyai suatu elemen tersendiri yang sangat unik – elemen yang apabila dilihat walau secara sepintas lalu, akan membuatkan sesiapa pun jua berasa terpesona dan kagum dengan senibina bangunannya. Binaan masjid-masjid seperti ini seakan-akan memiliki suara, walaupun tiada bunyi yang dapat didengari. Dalam kesempatan kali ini, mari kita menjengah memori sebuah masjid yang dibina di bumi yang terletak di hujung bawah dunia.

Masjid Marree dibina di bandar Marree, Australia Selatan sekitar tahun 1882, walaupun ada sebilangan sejarahwan yang berpendapat tahun 1861 sebagai tahun pembinaannya. Masjid ini dibina oleh komuniti Afghan yang menetap di Australia pada waktu itu. Ketika membuat penyelidikan yang lebih mendalam, ternyata mereka bukanlah orang Afghan yang datang dari Afghanistan mahupun Timur Tengah, akan tetapi mereka datang dari British-India. Mereka menetap di Australia Selatan dan bekerja sebagai pembiak dan pembawa unta-unta tunggangan.

Individu di sebalik pembinaan masjid ini adalah Abdul Kadir, seorang pedagang yang juga merupakan pemilik perusahaan pembiakan dan pengangkutan unta di stesen Wangamana, tempat berdirinya binaan Masjid Marree.

Masjid Marree dianggap sebagai masjid pertama yang dibina di Australia. Masjid ini memiliki signifikasi tersendiri yang tidak hanya terhad sebagai mercu sejarah. Sebaliknya, masjid ini juga merupakan simbol yang mewakili sumbangan pendatang-pendatang Muslim dan bagaimana usaha-bersama antara komuniti Muslim dan masyarakat tempatan dalam membina serta membangunkan bandar Marree di Australia Selatan.

MASJID-MASJID DI MARREE

Bandar Marree sebenarnya mempunyai tiga buah masjid yang aktif dan sering dikunjungi oleh komuniti Afghan tempatan. Namun pada hari ini, hanya sebuah sahaja yang masih kekal. Masjid yang masih tinggal ini dianggap sebagai binaan semula kepada masjid pertama dari ketiga-tiga masjid yang pernah dibina. Masjid ini berdiri di tengah-tengah bandar Marree.

Walaupun bandar tersebut kelihatan kosong tidak meriah dengan penghuni, ia sama sekali tidak bermaksud masjid tersebut tidak digunakan.
Menurut laporan-laporan yang dapat diakses, seorang pemilik rumah tumpangan menyatakan bahawa pada dua tahun yang lalu, terdapat dua orang Muslim datang mengunjungi Marree dan bermalam di rumah tumpangan miliknya. Pemilik yang bernama Phil itu melanjutkan kenyataannya dengan mengatakan bahawa ‘mereka sama sekali tidak kelihatan seperti orang tempatan (penghuni bandar).”

Tambahnya lagi, sosok tubuh kedua-dua pengunjung itu boleh dicam walau dari jarak berbatu-batu berikutan pemakaian mereka yang menonjol, “berjubah panjang dan berselipar, tidak seperti orang-orang biasa. Kita juga boleh mengetahui bahawa mereka tidak pernah keluar (memasuki bandar) sebelum ini. Kehadiran mereka benar-benar memberi kesan kepada penduduk Marree.”

Orang ramai lantas mengunjungi tapak masjid tersebut untuk menyaksikan sendiri titik kemasukan Islam di Australia dan buat pertama kalinya sejak sekian lama, bandar Marree mendengar gema seruan yang tidaklah asing, suatu seruan yang telah lama hilang namun kembali berkumandang dengan begitu menenangkan. Seruan yang kita kenali sebagai azan.

DITERJEMAHKAN DARI:

Soniya Shah Noor. (5 Oktober 2018). A Mosque Built by Camel Breeders: The Beauty of the Marree Mosque in Australia Lies in Its Simplicity. Mvslim.
https://mvslim.com/a-mosque-built-by-19th-century-camel-breeders-the-beauty-of-the-marree-mosque-in-australia-lies-in-its-simplicity/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.