Sempena PKPB, masjid ini kembali sunyi.

Saya pernah pergi sini, Solat subuh penuh macam solat jumaat, waktu rukuk, orang sebelah kiri kanan menitik air mata sedang bersolat, alamak, wujud lagi orang macam ni?

Lepas tu bila ustaz berceramah, langung takde nak kutuk sesiapa, nak kafirkan sesiapa, cerita tentang atas langit (wahyu) dan bawah bumi (kisah orang dah m4t1) sahaja, malahan para pendengar ceramah, beresak esak menangis macam esok dah nak m4t1- insaf bang.

Isi ceramah pulak selalu salahkan diri, dan kasihankan Ummat, dan bila ustaz bercerita kisah Nabi dan Sahabat, dalam bergenang air mata, kita seolah olah ternampak kehidupan penuh mujahadah orang terdahulu dalam mengembangkan agama.

Lepas dengar ceramah, pergi dewan makan, eh? Mana meja dan kerusi?, masing masing duduk bersila, makan dalam talam, peha kambing dalam talam, perghh, satu pengalaman baru, dan entah kenapa TehTarik di masjid itu adalah Teh Tarik paling sedap dalam dunia, (mereka guna susu kambing)

Kemudian pergi tidur dalam masjid, tapi kenapa pintu masjid tak kunci, karang masuk pencuri macam mana? Rupanya masjid tu tak de pintu, dan tak pernah tutup kerana masjid itu hidup 24 jam.

Apa tu masjid hidup 24 jam? Nun di depan mimbar masjid ada lampu kecil, untuk orang mengaji sepanjang malam, dan dilokasi lain yang gelap, ada orang sedang bertahajjud sepanjang malam,

Malam itu saya tak boleh tidur, sebab bunyi orang menangis teresak esak sangat menyeramkan, macam berada dalam penjara bersama orang yang nak kena gntung esok, dan ramainya yang menangis maka bunyinya seolah bunyi lebah sedang terbang.

Sayapun bangun, ambil wudhu, dan solat tahajjud, dan betul lah masjid yang ada suasana malaikat, angkat takbir sahaja, terus kita berhamburan air mata.

Tiga hari di masjid itu seolah berada di pintu masa, orang yang keluar masuk ke masjid seolah dari zaman sahabat, dengan pakaianya, celak di mata, senyuman di wajah, air mata di pipi, janggut yang basah, bau yang wangi, dan ada orang saya jumpa tidur atas pelepah tamar! saya cuba tidur atas tu, aduhh, tak boleh gerak, dan katanya, Nabi tidur atas pelepah tamar Hamka.. oh insaf. Ni menangis ni wahabi jika tengok!

Bila ada kesempatan berborak dengan orang yang nampak macam datang dari zaman 1400 tahun dahulu, rupanya mereka semua bukan perentas masa..

Mereka adalah orang yang hidup zaman ni, ada doktor, professor, jurutera, ustaz, driver kereta m4y4t, penyanyi, pelakon,  artis dan ramai lagi lah, terkejut tengok masih ada orang boleh enjoy hidup macam orang kafir tapi pilih cara hidup zaman Nabi, Hidayat milik Allah!

Kagum dari jauh!

Woha!

Semoga wabak Covid cepat berlalu pergi, dan zaman kegemilangan Islam, solat subuh penuh macam solat Jumaat dapat di kembalikan. Amin.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hamka keretamayat adalah seorang penulis, penceramah bebas, pembuat tanjak. Sudah tiga belas buah buku pelbagai tajuk di tulis oleh beliau seperti: Kisah Laki Bini, Kerana Dia Anak Syurga, Menangkap Dajjal DiWaktu Dhuha, Permata Yang Hilang Kini Dijumpai, Mengeteh DI Kubur Ayah dan banyak lagi. Untuk kenali Hamka Keretamayat secara lebih dekat, boleh godek godek atau follow link ini: Youtube Channel https://www.youtube.com/user/HamkaMayat. (YouTube) FB Page https://www.facebook.com/keretamayat/ (Facebook Page) IG https://www.instagram.com/hamka_keretamayat/ (Instagram) Blog http://keretamayat.blogspot.com/ (Blog) Telegram https://t.me/keretamayat (Telegram) Terima kasih sudi follow, walau hakikatnya, kereta mayat sedang follow anda semua. Woha!

Comments are closed.