Masjid Di Korea Utara Zaman Dinasti Koryo

0
2614
views

Dr Hee Soo Lee, Pensyarah di Universiti Hanyang, Seoul yang juga merupakan pakar tentang sejarah hubungan Islam & Korea telah menulis dalam makalah-makalahnya beberapa fakta seperti berikut :-

1) Hubungan secara langsung antara pedagang Islam dan penduduk di Semenanjung Korea berlaku selewat-lewatnya pada abad ke-9.

2) Semenanjung Korea dikenali di kalangan pedangan Islam dengan nama “Shilla” atau Silla

3) Apabila berlaku huru-hara akibat pemberontakan Huang Chao di Guangzhao pada tahun 879 M, ramai di kalangan pedagang-pedagang Islam melarikan diri ke pelabuhan-pelabuhan Melayu & Semenanjung Korea

4) Pada tahun 1024, semasa zaman pemerintahan Raja Hyeon Jong, 100 orang pedagang Islam yang diketuai oleh Ar Razi dan Hassan telah mengunjungi istana Koryo (Goryeo) yang terletak di ibu negaranya iaitu di Kaesong.

5) Pada tahun 1270-an, sebuah masjid telah dibina di kota Kaesong, ibu negara Koryo oleh pegawai-pegawai Islam dari Dinasti Yuan. Sebuah komuniti orang-orang Islam terbentuk di Kaesong. Masjid dipanggil ‘Ye Kung’ dan ulama dipanggil ‘Doro’. Masyarakat Islam bebas mengamal ajaran Islam. Pemimpin-pemimpin Islam diberi penghormatan khusus di istana. Dakwah Islam subur di Kaesong. Keadaan ini berlanjutan sehingga ke hujung abad ke-14.

6) Pada awal abad ke-15, dinasti Joseon mengambil alih pemerintahan dinasti Koryo. Sejak itu, umat Islam di Kaesong mula menghadapi ancaman dan sedikit demi sedikit populasi umat Islam berkurangan di Korea.

7) Dinasti Joseon juga memindahkan ibu negara Korea dari Kaesong ke Hanyang (kini dikenali sebagai Seoul)

Kaesong pada hari ini terletak di Korea Utara. Semoga sinar Islam kembali bercahaya di sana.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here