Masjid Babri: Konflik Muslim-Hindu Di India

940

https://bit.ky/kombowww

Ketika kita masih lagi berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang masih dalam usaha mencari penawar, umat Islam sekali lagi diuji dengan perbuatan yang membuktikan ketuanan Hindu di India pada 5 Ogos baru baru ini.

Perdana Menteri India saat ni, Narendra Modi telah membukti bahawa beliau adalah Hindu sejati seperti yang dianggap oleh ramai penyokongnya telah membangunkan sebuah kuil di atas runtuhan sebuah masjid di Ayodhaya, India.

Proses ini dilihat cuba untuk menghilangkan identiti Islam yang pernah bertapak di India selama lebih 3 abad lamanya. Mana tidaknya, jika sebelum ini beliau yang terkenal kerana telah mengubah autonomi Kashmir dan diletakkan bawah kekuasaan India, tidak dilupakan wakil parti BJP iaitu parti nasionalis Hindu telah cuba untuk mengatakan bahawa Taj Mahal itu adalah milik kerajaan Hindu.

Jadi apakah masjid yang diruntuhkan itu? Masjid itu adalah Masjid Babri yang telah diasaskan ketika pemerintahan Dinasti Mughal dan akhirnya diruntuhkan oleh Hindu radikal pada tahun 1992.

Ilustrasi Masjid Babri di Ayodhya, Uttar Pradesh, India

Seperti yang telah disebutkan, Masjid Babri telah dibina oleh Raja Babur atau nama lain beliau adalah Zahiruddin Muhammad yang mengasaskan Dinasti Mughal yang telah memerintah sebahagian besar India pada waktu ini selama 3 abad. Masjid telah dibina pada 1528 Masihi.

Dinasti Mughal adalah dinasti yang lama di benua India dan akhirnya runtuh pada 1857 setelah dikalahkan oleh pasukan British dan Empayar Maratha yang mula menguasai India seawal kurun ke 19.

Masjid ini terletak di sebuah bukit bernama Ramkot. Menurut penganut Hindu, Mir Baqi seorang jenera yang ditugaskan membina masjid tersebut telah menghancurkan kewujudan awal kuil Rama yang berada di situ. Ini menimbulkan kontroversi antara Muslim-Hindu.

Banyak sebenarnya konflik Muslim-Hindu yang terjadi berkaitan dengan masjid tersebut bermula dari awal kurun ke-19. Pada 1949, aktivis Hindu yang bekerjasama Hindu Mahasabha, sebuah parti politik di India telah meletakkan patung dewa Rama di dalam kawasan masjid, setelah kerajaan ketika itu telah menutup kawasan masjid sebagai langkah keselamatan.

Pada 6 Disember 1992 pula, sekumpulan aktivis Hindu dari kumpulan Vishva Hindu Parishad iaitu sebuah kumpulan haluan kanan yang memperjuankan nasionalis Hindu telah merusuh dan menghancurkan Masjid Babri sehingga menyebabkan Muslim bangkit dan kem4tian dianggarkan seramai 2000 orang.

Pada September 2010, Mahkamah Tinggi Allahabad, India telah mengangkat tuntutan Hindu yang mengatakan tapak Masjid Babri adalah tapak yang dipercayai lahirnya Rama. Sebenarnya kepercayaan bahawa tapak tersebut adalah tempat kelahiran Rama telah datang dari Jai Singh II iaitu seorang bangsawan Rajput yang berkhidmat bawah pemerintahan Dinasti Mughal malah diberi tanah dan membina Jaisinghpura (yang kini berada di Rajasthan) yang mengelilingi sebuah masjid pada tahun 1717.

Pelbagai pendapat yang saling berlawanan tentang Masjid Babri dan tanahnya. Menurut salah seorang mubaligh Kristian Eropah, Joseph Tiefenthaler yang berkerja di India selama lebih 30 tahun. Dia pernah mendatangi Ayodhya pada 1767. Menurut catatannya, Aurangzeb iaitu salah seorang Sultan Dinasti Mughal telah menghancurkan  kubu Ramkot ketika era pemerintahan beliau pada 1658 hingga 1707 yang dipercayai kubu itu adalah tempat kelahiran Dewa Rama.

Menurut sebahagian sejarawan ada yang mengatakan Masjid Babur dibina pada zaman Kesultanan Delhi sekitar kurun ke 13 hingga ke 15, dan masjid tersebut telah diubah suai pada zaman Babur.  R.Nath, seorang sejarawan India yang mahir dengan senibina Mughal telah mengatakan senibina Masjid Babur memungkinkan ia dibina pada awal zaman Dinasti Mughal.

Apa yang menarik, Perdana Menteri Nepal, Khadga Prasad Sharma Oli, yang berpegang teguh dengan agama Hindu mengatakan dalam satu pertemuan bahawa India telah melanggr hak beragama dengan mengatakan bahawa Dewa Rama lahir di India sedangkan menurut Khadga, Dewa Rama lahirnya di Gunung Himalaya di mana kawasan itu sebahagian di bawah negara  Nepal.

Sejarawan India, Sarvepalli Gopal pula mengatakan bahawa pemukiman manusia pertama di Ayodhya di mana tempat Masjid Babri didirikan oleh Dinasti Mughal telah bermula lebih kurang 2800 tahun yang lalu dan lagenda tentang Dewa Rama ini telah ada sejak 5000 tahun yang lalu. Jadi bagaimana Dewa Rama boleh lahir di Ayodhya? Persoalan yang sedikit sebanyak menjawab bahawa terdepat percanggahan dalam kalangan penganut Hindu sendiri tentang tempat kelahiran Dewa Rama ini.

Pakar ekskavasi juga pernah mendatangi tapak masjid Babri selepas ia diruntuhkan pada tahun 1992 dan mengakui bahawa tiada tapak asas yang menunjukkan sebuah kuil pernah didirikan di situ. Kehidupan bermula dianggarkan sekitar kurun ke-13 SM.

Penistaan ini sebenarnya berlaku bermula apabila Montgomery Martin, seorang penulis colonial Inggeris telah menulis bahawa asas Masjid Babri telah dibina dari runtuhan kuil tetapi disanggah oleh sejarawan India iaitu Ram Sharan Sharma yang mengatakan  bahawa isu ini baru muncul pada awal abad ke-18.

#NastiaUmmah

RUJUKAN

  1. Membina Kuil Hindu Bukannya Masjid Babri Di India, Usaha Untuk Menakut-Nakutkan Muslim. https://www.trt.net.tr/melayu/dunia/2020/08/10/membina-kuil-hindu-bukannya-masjid-babri-di-india-usaha-untuk-menakut-nakutkan-muslim-1469452
  2. Babri Bukan Milik Islam. https://www.hmetro.com.my/global/2019/11/515722/babri-bukan-milik-islam
  3. Babri Masjid: History, Architects And Facts. https://www.britannica.com/place/Babri-Masjid
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.