Moving Forward As One

Masih Wujudkah Keturunan Terus Genghis Khan?

3,885

Empayar Uthmaniyah hari ini, kita kenal siapa cucu cicit diktator yang pernah mencetuskan Pe.ra.ng Dunia Kedua dari Jerman (yang bermisai kontot itu), dan kita mengenali ramai lagi para keturunan dari keluarga tokoh-tokoh yang terkenuka dari seluruh dunia dalam sejarah.

Tetapi agak jarang kita membincangkan tentang keturunan seorang tokoh yang pernah membina sebuah empayar daratan yang paling besar dalam sejarah dunia ini, adakah masih ada keturunan Genghis Khan pengasas Empayar Mongol yang hidup pada zaman moden ini?

Soalan sebegini sebenarnya agak sukar untuk dijawab kerana kira-kira 50% daripada setiap lelaki dari seluruh Asia (terutamanya Asia Timur) berkongsi genetik Y-kromosom yang sama. Ini secara umumnya bermaksud bahawa hampir semua orang Asia adalah keturunan langsung Genghis Khan, atau paling tidak pun dari adik beradik yang sama nasab dengan bapa mereka. Tetapi, sekiranya kita mahu mengenali cucu cicit dari keturunan terus berda-rah keluarga Genghis Khan, jawapannya, ya, masih ada. Salah seorang daripadanya adalah lelaki ini yang merupakan keturunan terus Genghis Khan.

Barsbold

Barsbold

Beliau merupakan anak lelaki Byambin Renchin, yang juga berda-rah keturunan Genghis Khan, atau pada dasarnya dia adalah keturunan Okhin Taiji, yang merupakan keturunan terus Genghis Khan. Beliau dikenali dengan nama Barsbold dan dia diakui di seluruh dunia sebagai seorang pemimpin dalam bidang paleontologi vertebrata dan stratigrafi Mesozoikum.

Barsbold memainkan peranan penting dalam penemuan dan pemulihan salah satu koleksi fosil dinosaur terbesar di dunia. Hasil kerjanya telah menyebabkan bidang paleontologi di Mongolia menjadi terkenal di seluruh dunia dan membantu membentuk pemahaman yang lebih moden dan logik mengenai peringkat seterusnya evolusi dinosaur di Eurasia. Byambyn Renchin, yang merupakan bapa kepada Barsbold. Renchin memiliki ijazah kedoktoran daripada sebuah universiti di Hungary.

Hakuho Davaajargal

Hakuho Davaajargal atau Hakuho Sho

Ahli suka  Sumo ini dipanggil dengan nama Hakuho Sho di Jepun. Dia berketurunan Mongol dan menjadi warganegara Jepun pada tahun 2019. Hakuho memegang banyak rekod kemenangan yang kebanyakannya adalah kejohanan sumo di peringkat yang tinggi, serta kemenangan paling banyak dalam kerjaya tersebut, dan menjadi atlet yang paling lama bertahan di sepanjang zaman dalam dunia gusti sumo.

Ibunya berasal dari keturunan ‘keluarga emas’ (Genghisid). Datuknya memegang gelaran bangsawan Mongol iaitu Taiji. Ini bermakna, ibunya adalah keturunan terus Genghis Khan dan Hakuho sendiri dari sebelah ibunya. Bapanya juga merupakan seorang juara dalam dunia gusti tradisional di Mongolia.

Amartuvshin

Amartuvshi

Seorang lagi juga sama seperti Hakuho, berketurunan Genghis Khan dari sebelah ibunya. Mereka berdua ini memang berasal dari keluarga Khan Agung tersebut tetapi bukanlah keturunan secara terus. Nama lelaki ini adalah Amartuvshin. Dia bekerja dalam sektor kewangan di Mongolia, memiliki kelulusan dari Universiti Harvard, dan dia sendiri pernah mencalonkan diri sendiri untuk bertanding di dalam pemilihan ahli parlimen di Mongolia.

 

Dashdorjiin Natsagdorj  & Ananda Shiri

Kali ini kita kenali wanita yang merupakan keturunan Genghis Khan pula. Wanita ini merupakan anak perempuan Dashdorjiin Natsagdorj, yang merupakan keturunan terus Genghis, beliau merupakan salah seorang bapa pengasas kesusasteraan Mongolia moden. Dia menamatkan pengajiannya di Jerman dan tinggal buat sementara waktu di Perancis pada awal abad ke-19 dan kembali ke Mongolia lalu mendapat seorang anak hasil hubungannya dengan seorang wanita Jerman-Rusia. Mereka mendapat bayi perempuan dan memberikan nama Ananda Shiri kepada bayi itu.

Dalam gambar pertama di bawah adalah gambar Dashdorjiin Natsagdorj  (duduk di tengah-tengah) ketika dia memegang gelaran bangsawan sebelum negara Mongolia menyerap ideologi komunisme. Manakala pada gambar kedua di bawah adalah anak perempuan Natsagdorj.

Gambar ini diambil pada tahun 1961, Ananda Shiri telah berkahwin dengan seorang lelaki Rusia, namun terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa dia tidak mempunyai anak kandung sendiri. Dia tinggal di Estonia semasa dia bekerja.

Setelah bersara dari pekerjaannya, dia datang ke Mongolia untuk memohon kewarganegaraan sebagai rakyat Mongolia pada tahun 1992, sayangnya, dia secara tiba-tiba meninggal dunia di atas punca yang tidak dikenalpasti, sama ada kerana penyakit mahu pun bu-nuh diri, tidak dapat disahkan.

Dia diberikan sebuah pangsapuri dengan dua bilik oleh jawatankuasa penulis Mongolia tetapi dia tidak mendapat sebarang pencen dari negara itu. Selain itu, permohonan kewarganegaraannya tidak mendapat respon sehingga dia meninggal dunia.

Ketika dia tiba dk Mongolia, orang ramai tidak tahu bahawa dia melalui kehidupan yang sukar hingga jatuh miskin. Ramai pihak merasa simpati terhadap hidupnya dan merasa malu selepas mendapat tahu bagaimana dia melalui hidupnya seharian. Mereka mengecam kerajaan Mongolia kerana memperlakukan anak cucu kepada bapa pengasas negara itu dengan teruk.

Orang ramai pada waktu itu mengecam kerajaan bukan kerana Ananda Shiri adalah berketurunan Genghis Khan semata-mata tetapi kerana bapa Ananda banyak memberikan sumbangan yang besar terhadap masyarakat Mongolia dengan menulis begitu banyak novel, puisi, dan lain-lain karya berharga. Mereka berpendapat bahawa anak perempuan Dashdorjiin Natsagdorj itu sekurang-kurangnya berhak menerima pencen dari kerajaan Mongolia tetapi desakan itu tidak pernah dilayan.

Jika anda membuat carian mengenai Dashdorjiin Natsagdorj  di Wikipedia, ia tidak menyebut bahawa mereka adalah keturunan terus Genghis Khan, tetapi ada disebutkan tentang klannya. Klan Borjigin adalah kelas pemerintah Empayar Mongol, di mana Genghis Khan berasal dari klan yang sama. Namun, jika anda membuat carian mengenai Byambin Rinchen, di sana ada menyebut bahawa Natsagdorj adalah keturunan terus dari Genghis Khan.

Ruangan komen telah ditutup.