Rakyat India tak habis menjilat Israel. Padahal Israel tak pernah acknowledge kewujudan mereka. Padahal ada masalah besar yang mereka perlu selesaikan selain daripada menjilat Israel. Tandas. Ikuti artikel ini membedah masalah tandas India.

Subuh kian menghampiri pada tarikh 27 Mei 2014. Dua orang gadis menggosok mata mereka selepas keluar daripada selimut tanpa menyedari bahawa mereka tidak akan melihat terbitan fajar. Sememangnya anak-anak gadis tidak boleh keluar pada waktu ini.

Tetapi mereka terpaksa, kerana lewat malam ialah masa yang paling sesuai. Namun nasib tidak menyebelahi dan malang tidak berbau – pada pagi tersebut, mereka ditemui m.at.i digantung pada pokok mangga selepas dir.ogo.l bergilir-gilir.

Tragedi ini berlaku di Katra, Uttar Pradesh. Tetapi amarah yang menyelubungi seluruh negara telah mempengaruhi politik nasional. Dan Narendra Modi mendapati bahawa kerajaan India perlu lebih tegas dalam pertimbangan.

India mempunyai populasi mencecah 1.4 bilion. Sebilangan besar daripada jumlah ini sentiasa membuang air di tempat terbuka, sekaligus mendedahkan seluruh negara kepada krisis kesihatan yang serius.

Pembuangan najis di tempat terbuka merupakan amalan warisan daripada masyarakat silam. Namun semakin lama, populasi dunia semakin bertambah. Dan apabila ribuan menjadi jutaan, krisis-krisis kesihatan mula timbul untuk menyedarkan manusia.

Tetapi India masih tetap mengamalkan cara ini sejak 1947 lagi ketika Mahatma Gandhi dipetik berkata bahawasanya sanitasi lebih penting daripada kemerdekaan. Secara kebiasaan, amalan ini dilihat sangat ketara di kawasan-kawasan yang dijangkiti wabak kebuluran dan kemiskinan.

Nak bagi rakyat diaorang bagi guna tandas, sampaikan kerajaan tempatan membuat satu inisiatif membayar rakyat ₹1 untuk menggunakan tandas awam. Untuk rekod. ₹1=RM0.059. Tapi macam biasa, rakyat India masih suka lampiaskan bahan buangan qubul dan dubur mereka di tempat awam.

Ini mendatangkan bencana kesihatan seperti cholera, cirit-birit dan demam kepialu yang hanya akan mengurangkan produktiviti negara. Dek nak kekang wabak penyakit ini sahaja, India didapati mengalami kerugian hampir RM200 bilion pada 2006 sahaja.

Maka kerajaan India membelanjakan RM160 bilion untuk pembinaan tandas dan program kebersihan dibawah Misi India Bersih 2019. Sebanyak 100 juta tandas disasarkan akan dibina pada tahun 2019. Tetapi masyarakat India melihat tandas sebagai pencabulan kesucian.

Golongan berkasta tinggi akan berasa terhina untuk berkongsi tandas dengan pengguna-pengguna kasta rendah. Disebabkan itulah tandas-tandas awam selama 30 tahun tidak digunakan langsung.

Sampaikan satu tahap, nak halang orang berak kat public, pasukan rondaan akan menggempur kawasan-kawasan tertentu. Ramai yang akan lari bertempiaran meninggalkan baldi-baldi mereka. Golongan sukarelawan turut menyertai misi ini untuk mengaibkan sesiapa yang suka berak kat public.

Lucu benar, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet berlumba di angkasa – di India, kerajaan mereka terpaksa ini pula bersaing demi memastikan rakyat tidak membuang najis sesuka hati.

Tapi protes rakyat India yang ada kesedaran wujud. Seorang gadis telah memutuskan pertunangannya bukan kerana teman lelakinya curang. Sebaliknya atas ketiadaan tandas di rumah yang dijanjikan pengantin lelaki, gadis tersebut bertindak untuk berkahwin dengan orang lain.

Dan keputusan sebegini diikuti lebih daripada 50 isteri yang pulang ke rumah ibu mereka selepas suami masing-masing gagal menyediakan tandas. Sebenarnya wajar para wanita ini melakukan protes sebab mereka yang paling terdedah pada bahaya.

Wanita lebih merasai bahang ketiadaan tandas. Hanya untuk melepaskan hajat, dua nyawa telah melayang di Katra. Anak-anak gadis ini diro.g.ol dan dibu.nu.h selepas mereka keluar di waktu malam untuk membuang najis.

Dan dalam berkempen supaya orang India tak buang tahi merata, dan gunakan tandas, Bollywood siap buat filem bertajuk Toilet yang dilakonkan oleh Akshay Kumar berkenaan perjuangan seorang suami berjuang supaya ada tandas di rumah dan kampungnya!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.