Masalah-Masalah Biasa Yang Dihadapi Sebuah SME

0
236
views

Bila mendengar perkataan “SME” , apa yang bermain difikiran kita semua?

SME (Small Medium Enterprise) atau IKS (Industri Kecil dan Sederhana adalah merupakan sebahagian konteks perniagaan merujuk kepada sistem peruncitan kecil. Bagi “fundamentalist” atau pembaca teori perniagaan mungkin beranggapan perniagaan adalah sektor pekerjaan yang menguntungkan. Mungkin ya atau tidak, liku-liku perniagaan sebenarnya perlu dihadapi oleh seorang usahawan adalah menanggung risiko. Secara teknikal pengadaptasian adalah sedikit berbeza daripada aspek fundamental (business core) kerana memerlukan daya kritis dalam menyelesaikan permasalahan jualan dan pemasaran.

Risiko yang perlu ditekankan di sini adalah bagaimana seorang pengusaha perusahaan membaca skala perniagaan produk berdasarkan apa yang dimahukan oleh pembeli. Ini penting bagi mengelakkan stok tidak terjual akibat tiadanya permintaan daripada jualan yang dipamerkan. Hal ini adalah kebiasaan di mana setiap hari akan adanya perubahan angka jualan. Jika hujung minggu mampu capai sasaran jualan sehari dalam jangkaan Rm 500.00 hingga Rm 700.00, mungkin pada hari waktu orang bekerja capaian keuntungan tidaklah memberansangkan dalam sekitar Rm 200.00 ke Rm 300.00 sehari.
Naik turun keuntungan kasar jualan ini sebenarnya cabaran yang perlu dihadapi. Berikut saya senaraikan beberapa faktor yang perlu difikirkan bagi seorang pengusaha “SME”.

  1. Kewangan (Capital)

Tahukah anda, tidak semuanya pemilik SME memulakan perniagaan dengan meminjam modal yang besar untuk memulakan perniagaan?

Menurut pengalaman saya yang menguruskan SME, pemilik perniagaan menyediakan ruang niaga untuk saya uruskan perniagaan beliau. Tidaklah mengeluarkan jumlah dana yang besar untuk membawa stok jualan masuk ke dalam kedai. Dengan sumber wang yang terhad, saya perlu memilih stok jualan yang dirasakan boleh memberikan “positive cashflow” supaya boleh membayar kredit yang dikenakan tehadap stok yang masuk untuk jualan.

  1. Produktiviti (Productivity)

Dalam menguruskan perniagaan, saya perlu menetapkan jam kerja atau waktu operasi stor. Sesetengah pemilik kedai ada mengenakan jam operasi perniagaan sepuluh hingga dua belah jam. Pernah anda masuk ke sebuah pasaraya di mana setiap unit perniagaan ada menetapkan jam operasi tersendiri. Perihal biasa yang dilihat, anda akan perasa perkataan “dibuka dari jam 10 pagi sehingga 10 malam”.

Ya ini dikatakan sebagai waktu operasi. Lebih panjang waktu operasi, lebih besar keuntungan serta penggunaan kapasiti watt elektrik yang tinggi merujuk kepada “overhead”.

  1. Tenaga Kerja (Manpower)

Dalam pengurusan SME, tenaga kerja tidak menggunakan ramai penjawat bersebabkan limitasi kewangan yang terhad, selain perlu diambil kira jumlah gaji atau upah harian.

Bagi yang menguruskan SME yang bertindak sebagai pengurus kewangan perlu mengecilkan aliran tunai keluar supaya mengurangkan beban kewangan perniagaan selain jumlah keuntungan terkumpul perlu digunakan untuk membayar kredit pembekal jualan.

Malahan sebagai peniaga, akan ada masa anda perlu mengorbankan masa daripada bercuti dan perlu mengawasi perniagaan supaya urusan perniagaan lancar tanpa sebarang permasalahan yang rumit. Ya, dalam SME seorang pengusaha perusahaan adalah “multi-skill”, perlu mengadakan pemasaran supaya dapat meningkatkan hasil jualan.

  1. Rantaian Bekalan (Supply-Chain)

Biasakah anda mendengar perniagaan runcit selalunya akan ada pembekal yang datang untuk menawarkan bekalan jualan kepada peniaga? Jika tahu, penghantaran menggunakan lori digunakan untuk menyalurkan bekalan ke kedai yang menjual stok perniagaan.

Jika tiada, anda sendiri perlu mengeluarkan sedikit modal dan menggunakan kereta mahupun van keluar mencari pembekal yang berpotensi meninggikan kadar jualan di lot kedai. Ya, “supply chain” sebenarnya merupakan proses berantai antara kedai dan pembekal. Tanpa proses ini, ia akan membantutkan perjalanan perniagaan anda.

  1. Kos dan Overhed (Cost & Overhead)

Dalam berniaga sudah semestinya timbul soal aliran tunai keluar dan masuk. Ya, setiap hari individu yang ditugaskan menjaga perusahaan berfungsi juga sebagai pengurus kewangan. Setiap stok jualan yang di bawa masuk untuk pasaran perlulah diambil kira berapa pengeluaran modal dan kesesuaian ketetapan jualan mengikut saiz margin atau pulangan jualan. Katakan harga modal berharga Rm 1.00 seunit, anda perlu menetapkan harga jualan lebih tinggi dari pengeluaran modal kasar tadi dengan meletakan Rm 1.50 seunit untuk jualan. Maka margin keuntungan adalah Rm 0,50 seunit jualan.

Setiap kali mahu menutup operasi jualan, penutupan akaun perlu dibuat dan dipastikan segala transaksi jualan, bayaran pembekal, perbelanjaan am, “petty cash” (baki tunai dalam mesin kira), jumlah deposit tunai semasa, bil utiliti dan sewa kedai perlu dicatat bagi memperlihatkan urusan tunai berkeadaan teratur selain jumlah yang dicatat adalah sama seperti simpanan wang fizikal.

Jika menggunakan sistem runcit berkomputer, jumlah wang yang tercatat mestilah sama dengan jumlah duit terkumpul sedia ada. Jika membuat simpanan deposit dalam akaun bank, sila simpan penyata bulanan sebagai rujukan dan menilai prestasi kewangan sama ada berlaku “excess” atau “shrink”.

  1. Permintaan dan Penawaran (Demand & Supply)

Perihal ini adalah paling penting. Ini bersangkut paut dengan aktiviti jualan. Produk yang bagus biasanya memenuhi selera pembeli dan perlu ditekankan petanda stok yang tidak bagus bersebabkan kurangnya minat pelanggan terhadap jualan yang dipamerkan.

Kadang kala faktor harga yang dipamerkan juga punca pelanggan berfikir sebelum membeli dan memikirkan adakah produk buatan tangan (handmade) berbaloi dibayar kerana kepuasan pelanggan adalah pengukur terhadap kesan jangka panjang perniagaan. Kadang kala hiasan dan kekemasan produk juga boleh membantu menarik minat pelanggan membeli hasil jualan tersebut.

Bagaimanapun, kesemua ini bergantung kepada kreativiti pemasaran dalam menarik minat pembeli terhadap produk jualan yang dipamerkan.

Kesimpulannya, ilmu peruncitan sebenarnya banyak membantu kita untuk mengenal “diversification sources”, iaitu mempelbagaikan sumber jualan supaya aliran tunai (cashflow) perniagaan berkeadaan positif selain membantu kecairan stok berjalan dengan lancar.