Masalah Dengan Teori Big Bang

1,411

Antara perkara yang pernah anda tanya kepada diri anda sendiri, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup anda, pastinya adalah soalan “Bagaimana alam ini boleh tercipta?”. Antara model terkenal dan paling mendapat tempat dalam kalangan masyarakat umum pastinya model Big Bang, model di mana alam ini terhasil akibat dari satu letusan besar (atau alternatifnya pengembangan secara mendadak).

Antara gambaran mudah kepada idea Big Bang ini pastinya scene yang dilakonkan oleh Benedict Cumberbatch sebagai Stephen Hawking sewaktu beliau menerangkan kepada Roger Penrose dalam drama BBC Hawking pada tahun 2004. Pada zaman tu, manusia telahpun perasan bahawa alam semesta ini sedang berkembang.

Figure 1: https://www.youtube.com/watch?v=rp4qiQJ5jbk

Maka soalan yang ditanya adalah: “Kalau alam ini berkembang, kau bayangkan pula masa itu kau putarkan dan bergerak ke belakang. Kalau sesuatu itu berkembang dan bergerak menjauhi satu sama lain, tidakkah ia pada asalnya mampat?”

Figure 2: Kalau sekarang kita sedang melihat objek samawi saling menjauh antara satu sama lain, adakah pada satu masa dulu ia pernah berada bersama dalam bentuk tunggal (singularity)?

Salah satu cara bagaimana ahli astrofizik mengkaji wujud asal kejadian alam adalah berbekalkan data daripada Cosmic Microwave Background (CMB), satu pemetaan radiasi purba yang dipercayai terhasil sewaktu alam ini mula wujud. Hasilnya? Menurut kira-kira, alam kita ini dianggarkan berusia 13.8 billion tahun.

Figure 3: Gambar Cosmic Microwave Background yang dipetakan pada tahun 2013. Gambar ini menunjukkan radias paling tua yang wujud dalam alam semesta, dan membantu saintis mengukur umur alam semesta ini.

Teori Big Bang juga mendapat penghargaan yang tinggi dalam kalangan umat Islam. Kita selalunya mendengar orang menggunakan hujah ayat al-Quran untuk membenarkan teori Big Bang. Untuk kes ini, saya amat menyarankan anda membaca “Perbandingan Kosmologi Nur Muhammad dan Kosmologi Letupan Besar (Big Bang)”, tulisan Wan Qashishah Akmal Wan Razali dari Institut Islam Hadhari. Ia memberi perbandingan menarik kosmologi moden dari sudut pandang perspektif sufisme dan konsep Nur Muhammad.

Masalah Dengan Teori Big Bang.

Meskipun Teori Big Bang telah diterimapakai secara meluas oleh ramai ahli astrofizik, ia masih mempunyai kekurangan. Antara kekurangan yang nyata pada Teori Big Bang adalah – ia tidak mampu menerangkan dari mana tenaga muncul. Untuk berlakunya letupan (atau pengembangan mendadak) pada alam semesta, pastinya alam ini perlukan satu kick-start, satu tenaga yang memulakan kesemua pengembangan ini. Sehingga ke hari ini, model Big Bang belum mampu menerangkan perkara ini.

Teori Big Bang juga dilihat tidak sesuai dengan model fizik yang kita gunapakai sekarang, kerana Hukum Termodinamik Pertama mengatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta dan dihapuskan, ia hanya mampu berubah bentuk. Sekiranya kita mampu membuktikan model Big Bang sebagai benar dan mutlak (correct and absolute), maka kita juga akan menjumpai satu fenomena di mana Hukum Termodinamik Pertama gagal berfungsi (fail), dan hal ini pastinya bakal menjadi isu besar dalam sains.

Terdapat juga mereka yang mengkritik teori Big Bang kerana ia berlawanan dengan idea Entropy. Entropy di sini merujuk kepada “keselerakan” sesuatu sistem. Katakan kau ada satu dek kad, yang kau beli dari kedai. Waktu pertama kali kau beli kad tersebut, kad itu akan berada dalam keadaan tersusun, Ace of Spade di bahagian hadapan, dua, tiga empat dan seterusnya. Kau akan mula shuffle kad kau, dank au akan perasan bahawa kad kau akan mula jadi berselerak dan random. Hal ini dipanggil sebagai Hukum Entropy, di mana Entropy akan sentiasa bertambah (sistem akan sentiasa jadi semakin berselerak).

Dibandingkan Hukum Entropy dengan Big Bang, Big Bang merujuk kepada satu keadaan di mana keadaan entropy-nya amat tinggi. Namun begitu, kalua perasan, selepas berlakunya Big Bang, alam semesta tidak jadi semakin berselerak, bahkan alam ini menjadi semakin tersusun – kita ada bintang dengan planet mengelilinginya. Di Bumi kita ada hidupan yang lahir dari proses yang amat kompleks, dan hal ini hanya membuktikan bahawa Entropy alam semesta ini kelihatannya tidak semakin bertambah selepas Big Bang berlaku, sebaliknya Big Bang masih lagi belum mampu menjadi “The Ultimate Model” untuk menerangkan proses penciptaan alam semesta.

https://www.thepatriots.store/store/mahakarya/

Sebab terakhir yang menyebabkan Teori Big Bang mendapat bantahan dalam kalangan saintis adalah kerana graviti. Seperti yang kita tahu, halaju maksima alam ini adalah kelajuan cahaya. Perkara ini telah diperakui ramai saintis, dan buat masa ini, tiada lagi data yang membantah fakta ini. Namun begitu, sekiranya pada detik tercetusnya Big Bang, cahaya juga terlahir, maka seharusnya pengembangan alam yang sedang terjadi sekarang berlaku pada kadar sepantas kelajuan cahaya.

Hal sebaliknya berlaku. Tempoh masa awal Inflation (Early Inflationary Period) menunjukkan bahawa pengembangan ruangmasa pada waktu tersebut melebihi kelajuan cahaya, dan hal ini adalah bertentangan dengan Teori Relativiti. Ada yang berpandangan bahawa pada awal penciptaan alam semesta, Hukum Relativiti belum lagi terbentuk, dan ada juga yang berpandangan bahawa pengembangan ruangmasa sendiri boleh bergerak lebih laju dari cahaya, kerana ia tak terkesan dengan Teori Relativiti.

Figure 4: Gambaran mudah pengembangan alam semesta.

Iklan: Sekiranya anda merupakan pelajar sekolah atau universiti dan memiliki idea yang inovatif seperti idea Pengembangan Alam Semesta ini, anda dijemput untuk menyertai pertandingan 5th Commercialization Innovation and Idea Competition (COMIIC) i-IDeA 2020 yang bertempat di UiTM Perlis pada bulan Jun 2020 nanti. Anda boleh melayari laman web http://i-idea.org/ untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.

RUJUKAN:

“Kajian Perbandingan Kosmologi Nur Muhammad dan Kosmologi Letupan Besar (Big Bang).” https://www.researchgate.net/publication/329175344_Kajian_Perbandingan_Kosmologi_Nur_Muhammad_dan_Kosmologi_Letupan_Besar_Big_Bang

“What Is the Big Bang Theory?” https://www.space.com/25126-big-bang-theory.html

“How the Big Bang Theory Works.” https://science.howstuffworks.com/dictionary/astronomy-terms/big-bang-theory7.htm

“Cosmos Controversy: The Universe Is Expanding, but How Fast?” https://www.nytimes.com/2017/02/20/science/hubble-constant-universe-expanding-speed.html

“Hawking” BBC, 2004. https://www.youtube.com/watch?v=rp4qiQJ5jbk

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.