Profesor dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat, Clayton Christensen menjangkakan dalam masa 10 tahun akan datang, 50% institusi pengajian tinggi yang masih mengamalkan cara tradisional iaitu pengajian di kampus secara fizikal, akan tidak boleh hidup lagi.

Semuanya akan berjalan di atas talian dan fizikal. Kedua-duanya sekali digabungkan, atau lebih dikenali sebagai blended learning, tidaklah di kampus 100%, dan tidak juga atas talian 100%. Dua-dua, sama banyak. Tapi, tidak juga mustahil yang pengajian atas talian secara 100% akan juga terjadi, sepertimana yang dilakukan sekarang di Al-Madinah International University (MEDIU) dan Open University Malaysia (OUM).

Universiti-universiti berkenaan ada tawarkan pengajian atas talian 100%. Ada juga kes yang mana masyarakat tinggal di dalam kawasan yang agak jauh dengan mana-mana institusi pengajian. Contohnya, Roxborough. Roxborough adalah satu pekan kecil di New Zealand.

Kira-kira 175 kanak-kanak dari pekan itu yang tidak ke sekolah. Populasi masyarakat di situ pun sangat rendah. Mereka dapati yang amat susah untuk mengisi kekosongan jawatan guru untuk beberapa subjek membuatkan pelajar-pelajar di sekolah sana tidak dapat mempelajari subjek-subjek itu. Dah guru tak ada, nak belajar macam mana?

Jadi, kesannya pelajar tak akan mendapat pendidikan yang mengikut piawaian sama rata dengan pelajar-pelajar di kawasan lain yang mana mereka mempunyai kakitangan guru yang mencukupi.

Untuk menyelesaikan masalah sebegini, amatlah perlu untuk diaplikasikan pembelajaran di atas talian. Pelajar-pelajar di Roxborough pun dapat belajar daripada guru-guru yang mempunyai kepakaran dalam subjek-subjek tertentu yang di Roxborough tiada. Jadi, kenalah belajar dengan guru yang tinggal jauh. Maka, onlinelah jawapannya.

Selain daripada itu juga, ada kes yang pelajar inginkan pendidikan yang baik dan pada masa yang sama, pelajar perlu memenuhi beberapa tanggungjawab untuk membangunkan keluarga, untuk menampung perbelanjaan dan sebagainya. Senang cerita, ada multiple commitments. Ada beberapa komitmen.

Sebab itu, Dr. Irina Alvestad dari Universiti New Mexico-Los Alamos pernah berkata,

Today, more students have multiple commitments, and they navigate to the flexibility of online courses. Students take UNM-LA classes from all over the world. I have had students in Vienna and in the Philippines, and students who are deployed with the military.

Pembelajaran atas talian menawarkan fleksibiliti dalam menimba ilmu serta mendapatkan ijazah sarjana muda dan sebagainya. Bukan semua orang itu mampu untuk belajar sepenuh masa. Ada orang, rezekinya lain. Nak tak nak, kena bekerja. Tapi takkan nak bekerja saja? Mesti nakkan pendidikan supaya mudah-mudahan makin maju dalam industri.

Improve diri sendiri bukan sekadar dari sudut pengalaman bekerja, namun secara teori pun makin banyak benda tahu. Itu lebih mantap buat seseorang individu dalam mengharungi cabaran dunia ketiga.

Seterusnya, pendidikan atas talian ini lebih murah. Yang perlu ialah kos untuk belajar secara langsung dengan tenaga pengajar. Itu sahaja. Ia lebih murah berbanding dengan pembelajaran yang berorientasikan kampus. Nak kena bayar macam-macam.

Pendidikan atas talian juga sangat-sangatlah mudah diakses. Semua orang sudah boleh akses kepada internet dan sebagainya. Tak perlu untuk tinggalkan pekerjaan hanya untuk sambung ijazah. Tak perlu untuk tinggalkan rumah (kalau ada tanggungjawab lain di rumah) kalau nak sambung diploma. Pilihlah pembelajaran atas talian dan teruskan menunaikan tanggungjawab peribadi terhadap ahli keluarga dan lain-lain.

Cumanya, pada pendapat penulis, isu yang perlu difokuskan sekarang bukan fizikal atau atas talian, semua itu boleh dipelajari masa demi masa. Tapi, tumpuan dan kaedah belajar. Macam mana nak fokus? Macam mana nak belajar dengan berkesan?

Ada orang, kalau sudah kaedah belajarnya itu sudah betul dan efektif bagi dia, letaklah dekat mana sekalipun, dia akan tetap berjaya dalam pelajaran juga. Jadi, masalah sekarang, macam mana nak belajar? Kaedah pembelajaran yang efektif, itu dia.

Ada orang, lebih kepada pembacaan, dan ada orang, lebih kepada pendengaran seperti fokus dalam dewan kuliah ketika pensyarah mengajar dan lain-lain. Itu adalah perbahasan psikologi pendidikan. Lain artikel kita bahas pula tentang psikologi pendidikan.

Akhirnya, pembelajaran atas talian bukan lagi pilihan pada masa depan, namun akan berlaku integrasi juga di antara pembelajaran atas talian dan di kampus. Itulah masa depan yang kita perlu bersedia untuk hadapi.

Michael Barbour, pengarah pengajian kedoktoran di Universiti Sacred Heart di Amerika Syarikat. Universiti katolik pertama di sana. Beliau percaya yang kita sedang berada di ambang revolusi pendidikan. Beliau berkata,

There’s no question things are changing. One thing we can say is that the schools of tomorrow won’t look anything like the ones kids go to today.

RUJUKAN:

The Future of Online Learning.
https://www.onlinestudies.com/article/the-future-of-online-learning/

6 Reasons Why Online Courses Are the Future of Education. https://goodmenproject.com/education-2/6-reasons-why-online-courses-are-the-future-of-education-cmtt/

5 Reasons Why Online Learning is the Future of Education. https://www.educations.com/articles-and-advice/5-reasons-online-learning-is-future-of-education-17146

Artikel dikirimkan oleh Sadiq Salihoddin untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.