Marvel Cinematic Universe Untuk Pemula Siri #1

0
906
views

Penulis bercadang untuk mengulas tentang filem Marvel Cinematic Universe. Tulisan akan berkisar tentang perjalanan 10 tahun Marvel Cinematic Universe bermula dari tahun 2008 hingga sekarang. Walaupun masih ada lagi filem MCU yang belum ditayangkan seperti Venom, namun kita akan meneliti dengan berturutan tentang perjalanan filem saga bersejarah ini. Sebarang penambahan akan diteliti kemudian. Dalam menjelaskan perjalanan filem siri yang bertahan selama sedekad ini, molek kiranya dipecahkan mengikut fasa-fasa tertentu. Penulis fokuskan huraian dan analisis melalui tiga skop, iaitu konflik, vilen dan kronologi masa. Penulis juga pecahkan timeline filem Marvel Cinematic Universe melalui tiga fasa, sebagaimana yang digunakan bagi menjelaskan fasa pembangunan komik.

Bermulanya filem Ironman tahun 2008 setelah Tony Stark mengisytiharkan dirinya ialah Iron Man di hadapan dunia, beliau didekati oleh seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya. Lelaki itu ialah Nick Fury, Pengarah SHIELD. Fury berbicara dengan Iron Man tentang Pembentukan Avengers Initiative, Pasukan Superhero Terkuat Bumi bagi menentang ancaman luar. Pada filem seterusnya, Tony Stark mendekati General Ross, Antagonis filem Hulk 2008 yang berasa terancam dengan kegagalan eksperimen askar super yang dikenakan terhadap Bruce Banner, yang bertukar menjadi Hulk berdasarkan kepada pengaruh emosi. Setelah file mini terhadap hampir 2 tahun jarak antara filem Hulk dan filem seterusnya, Iron Man 2. Mungkin kerana sambutan filem Hulk yang kurang menggalakkan ataupun mungkin Marvel ingin mengikuti peredaran zaman.

Dua tahun  kemudian, filem Iron Man 2 memaparkan perselisihan antara Tony Stark seorang industrialis dan juga kerajaan Amerika Syarikat yang inginkan hak milik sepenuhnya Iron Man kerana terancam dengan kekuasaan seorang manusia memliki kuasa yang begitu dashyat. Di sini juga bermula plot di mana seluruh dunia cuba untuk menandingi atau cegahrintang Ironman dengan membina robot atau suit Ironman mereka sendiri, namun gagal. Hanya seorang sahaja yang mampu berjaya iaitu Anton Vanko (whiplash) yang munculkan diri di hadapan dunia dengan menyerang Tony Stark. Sejak itu, beliau mendapat perhatian dunia, terutamanya Justin Hammer yang cuba menjual senjata untuk menandingi Stark. Di sini juga kita lihat keburukan sole propertriorship Tony Stark yang berfahaman Authoritatif terhadap senjatanya. Kuasa yang begitu hebat boleh disalahguna dan menjadi ancaman jika diletak pada satu tangan sahaja. Dalam kes ini, James Rhodes bertindak memakai suit War Machine untuk mengawal tindakan Stark dan Nick Fury menghantar Black Widow sebagai perisik bagi mengawal kelakuan Stark yang sukar dikawal. Inilah antara punca pembentukan Avengers Initiaitve.

Waqaf Saham

Pada pasca kredit filem, kita dapat kenal pasti punca pembentukan Avengers Initiative yang kedua. Agen SHIELD Phil Coulson berjaya mengesan objek aneh di New Mexico, iaitu sebuah tukul besi yang tidak dapat diangkat walaupun menggunakan trak.  Filem Thor menceritakan asal usul pemilik tukul tersebut. Thor, dewa Petir Mitos Nordic dihalau ke Bumi kerana tidak mendengar dan angkuh terhadap ayahnya Odin. Di sini juga menunjukkan konflik keluarga oleh kuasa besar boleh mengakibatkan kerosakan terhadap dunia yang lebih kecil. sikap iri hati Loki terhadap Thor begitu tebal sehingga beliau sanggup memanipulasi Dr Selvig agar mengkaji sumber kuasa yang berada di tangan SHIELD. Ini merupakan kali pertama permata infiniti diperkenalkan, iaitu Tessaract di tangan Nick Fury. Dalam filem Captain America (2011) diceritakan tentang asal usul Tessaract sebagai sumber kuasa yang cuba digunakan bagi memenangi Perang Dunia Kedua. Filem Captain America lebih simple, kerana penceritaannya adalah berdasarkan kronologi sejarah dunia yang sebenar. Hanyalah wataknya sahaja yang dimitoskan bahawa munculnya superhero pertama dalam Perang Dunia Kedua iaitu Steve Rogers, iaitu seorang askar super yang bermula sebagai propaganda namun bertindak melawan kejahatan di Pihak Jerman, satu kumpulan bawah Nazi iaitu HYDRA pimpinan Red Skull. Pengakhiran cerita, Captain America dibangunkan semula 66 tahun kemudian (2011 – 1945, tahun terakhir Perang Dunia Kedua) dan menjadi Avenger pertama di bawah Nick Fury selepas Ironman.

HURAIAN

GOLDEN AGE kalau ikut komik, golden age mereka ialah tahun 1938 hingga 1950. Ketika ini komik superhero seperti Superman, Batman dan Wonder Woman sangat popular. Namun ketika ini dunia menghadapi Great Depression dan Perang Dunia Kedua. Tetapi, filem Iron Man bermula tahun 2008, dimana berlaku Krisis Ekonomi 2008 di Amerika Syarikat. Jadi, boleh kita ambil ambiguity di situ bahawa origin mereka hampir sama. Dalam keadaan di bawah krisis ekonomi, didapati ancaman mereka lebih bersifat ‘foreign’, iaitu bukan dalam kalangan mereka.

Paling jelas, Red Skull adalah daripada pihak musuh Jerman manakala Captain America daripada pihak US. Thor, Loki dan Destroyer dianggap musuh kerana mereka bukan daripada Planet Bumi. Whiplash pula daripada pihak Soviet yang inginkan pengiktirafan bahawa Howard Stark mencuri ciptaan ayahnya. namun dalam filem Ironman dan Hulk, ancaman itu datang daripada kegusaran daripada satu pihak kerana pihak satu lagi memiliki kuasa yang tidak boleh dikawal pihak lain. Maka ini menimbulkan kegusaran dan ancaman terhadap ‘insiders’ sendiri. Di sini kita dapat gambarkan apa yang akan berlaku ketika berlaku krisis, manusia sama ada akan menggunakan ‘foreigners’ sebagai alasan untuk memulihkan kuasa dan ‘insiders’ sebagai ancaman kerana terlalu berkuasa.