Ketiga-ketiga surat yang saya paparkan ini adalah surat-surat abad ke-16 dan 17 dari sultan-sultan di Alam Melayu kepada Raja-raja Eropah. Surat-surat ini ditulis dalam bahasa Melayu dan sudah tentu bertulisankan jawi. Sejak abad ke-15, tiada tulisan lain yang digunakan untuk bahasa Melayu melainkan tulisan jawi.

Surat pertama adalah surat Sultan Ternate kepada Raja Portugal. Genap sepuluh tahun selepas penaklukan kota Melaka oleh Portugis iaitu pada tahun 1512, Sultan Abu Hayat di Ternate telah menulis surat bahasa Melayu bertulisan jawi kepada Raja John III di Lisbon.

Surat kedua pula adalah surat bahasa Melayu bertulisan jawi dari Sultan Iskandar Muda Aceh kepada Raja James I di England pada tahun 1615. Manakala surat ketiga pula adalah surat bahasa Melayu bertulisan jawi dari Sultan Abu al-Fath (Sultan Ageng Tirtayasa) di Banten kepada Raja Denmark, Raja Christian V pada tahun 1671.

Ini membuktikan bahawa pada abad ke-16 dan 17, adanya penterjemah bahasa Melayu yang mahir membaca tulisan jawi di istana-istana Eropah. Hal ini tidaklah menghairankan memandangkan bahasa Melayu pernah menjadi salah satu bahasa penting di dunia dari abad ke-15 hingga abad ke-17.

Sarjana Belanda yang bernama Francois Valentijn menerangkan tentang status bahasa Melayu pada abad ke-16 seperti berikut:

“Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan saja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya sehingga kepulauan Filipina.”

Bayangkan jika dari Parsi, bahkan lebih jauh dari itu hingga ke Filipina ramai orang yang tahu berbahasa Melayu, sudah pasti ramai juga yang dapat membaca tulisan bahasa Melayu iaitu tulisan jawi.

Bagaimana bahasa Melayu boleh menjadi salah satu bahasa yang penting di dunia? Jawapannya, Kesultanan Melaka yang memainkan peranan penting dalam penyebaran bahasa Melayu/ tulisan jawi. Ini disebabkan Melaka merupakan pelabuhan perdagangan terpenting di dunia pada penghujung abad ke-15 hingga awal abad ke-16.

Namun pada hari ini, akibat kabur dengan sejarah dan lemahnya jati diri, tulisan jawi diremehkan di buminya sendiri. Lebih malang, orang yang baru sahaja datang ke Tanah Melayu dalam dua atau tiga generasi yang lalu, bermati-matian menolak tulisan jawi. Sedangkan tulisan itu telah pun berada di persada dunia suatu ketika dahulu.

Hasanuddin Yusof 
Maktab Penyelidikan 
Tamadun Alam Melayu dan Islam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Comments are closed.