Tahukah anda, akses internet yang anda nikmati sekarang hanya sekadar 4-5% saja? Terkejut? Anda memang patut terkejut. Apa yang kita gunakan dalam kehidupan seharian ini dipanggil Surface Web. Sementara bagi laman-laman yang perlukan akses dan tiada dalam senarai indeks enjin carian, itu digelar Deep Web. Dan siapa pun takkan lupa Dark Web, sudut paling gelap yang menyimpan pelbagai rahsia yang bersifat ngeri, lucah dan tak pernah dilihat. Tetapi ada satu tempat dalam internet yang tidak dapat diakses oleh sesiapa. Inilah Mariana Web, misteri internet terbesar!

Khabar angin berkenaan Mariana Web bermula dengan hantaran yang dibuat seorang pengguna Reddit. Hantarannya berbunyi begini:

“Saya seorang pembangun laman sesawang dan pekerja bebas, diupah untuk mereka laman sesawang. Satu hari semasa saya menggunakan akaun Reddit, seorang individu tidak dikenali menggunakan akaun ‘450KW’ menghantar mesej kepada saya untuk membina laman sesawang untuknya dan sedia membayar saya $50,000 seminggu untuk kerja berkenaan. Saya terfikir mengapa dia menyediakan amaun sebegitu rupa untuk satu kerja rutin. Tetapi saya amat memerlukan duit ketika itu, jadi saya terima tawaran dia dan mula bekerja untuknya. Saya diberikan satu server peribadi sebagai tempat kerja untuk saya bangunkan laman-laman sesawang. Saya hanya membangunkan laman-laman sesawang dan tidak pernah memasukkan sebarang kandungan ke dalamnya. Jadi, saya bekerja dalam keadaan sedemikian selama sembilan minggu. Saya nak tahu tentang server yang ditugaskan untuk saya itu. Jadi, saya ambil beberapa fail dari server berkenaan kerana saya ada akses kepada sesetengah kawasan server. Jadi, saya muat turun beberapa fail dari server dan menemui beberapa video dalam fail-fail tersebut.”

Video yang menerangkan asal-usul Mariana Web: https://www.youtube.com/watch?v=5sUcIU_mUVI

Nama Mariana Web ini diambil dari nama jurang paling dalam di dunia iaitu Jurang Mariana. Mariana Web dikatakan menjadi lokasi paling dalam internet di mana ia membentuk rangkaian World Wide Network dari komputer-komputer kerajaan. Komputer-komputer ini mengandungi data-data rahsia di mana ia boleh dipindahkan dengan bantuan internet. Dan bagi memastikan ia tidak dapat dikesan, mereka turut menggunakan Internet Protocol yang ketat bagi membolehkan semua data dienkripsi agar tidak dapat dikesan dan identitinya tidak diketahui. Versi paling hampir kepada Mariana Web ini ialah rangkaian peribadi yang digunakan kerajaan seperti Global Wide Area Network (GWAN), NSAnet, RIPR dan JWICS.

Sekarang mengapa saya gelar Mariana Web misteri terbesar internet? Jawapannya mudah saja, ia masih belum dapat disahkan sama ada ia benar-benar wujud atau tidak. Kisah pengguna Reddit yang saya nyatakan di atas menjadi sebab untuk mempercayai kisah tersebut sebagai misteri. Ramai berspekulasi kebanyakan maklumat disimpan di situ bertaraf rahsia besar kerana mengandungi pelbagai rahsia tentang kemanusiaan. Antara maklumat yang dikatakan disimpan di situ ialah maklumat lokasi Atlantis dan maklumat pelbagai agensi kerajaan.

Ada juga berspekulasi Mariana Web sebenarnya rumah kepada kecerdasan buatan super (artificial super intelligence/ASI) di mana mereka boleh merasai atau membuat anggapan tentang sesuatu perkara. ASI ini dikatakan memantau keseluruhan internet dan ada yang beranggapan inilah kuasa yang mengawal internet hari ini.  Ada juga yang berspekulasi Mariana Web merupakan tempat anggota organisasi rahsia Iluminati berkomunikasi.

Bagaimana untuk mengakses Mariana Web? Jawapannya menerusi komputer kuantum, bukan program-program biasa yang kita gunakan untuk mengakses Deep Web dan Dark Web. Masalahnya, tak ramai yang setuju dengan kenyataan ini kerana merasakan komputer sebegitu tidak wujud. Jika komputer sebegini wujud, satu partikel boleh wujud dalam dua keadaan pada satu-satu masa. Dan ia sukar dicabar oleh mana-mana penggodam kerana ia amat stabil dan mempunyai struktur yang kuat. Sebagai bukti, komputer sebegini boleh menyelesaikan satu masalah dalam masa satu saat. Jika kita gunakan komputer biasa untuk selesaikan masalah sama, ia akan mengambil masa lebih 10,000 tahun untuk selesaikan masalah sama. Ketika ini, hanya empat komputer kuantum saja yang boleh penuhi keperluan di seluruh negara Amerika Syarikat.

Walaupun ada yang berkeras mengatakan komputer sebegini tidak wujud, ia sebenarnya sudah ada dan membabitkan kerjasama Agensi Aeronatik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan gergasi komputer Google. Beberapa tahun lepas, NASA dan Google mendakwa berjaya membangunkan sebuah komputer kuantum yang berfungsi dengan baik selepas kajian dan penyelidikan bersama yang dilakukan selama beberapa tahun. Menurut Pengarah Kejuruteraan Google Hartmut Neven, komputer mereka ini boleh menyelesaikan masalah 100 kali lebih pantas berbanding komputer biasa.

Dan pada tahun 2014, Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) dikatakan sedang membina komputer kuantum mereka sendiri. Mereka dikatakan mahu membina sebuah komputer kuantum yang boleh memecah semua jenis algorithm yang mengawal internet. Kebanyakan maklumat ini terdedah hasil dokumen-dokumen yang didedahkan oleh bekas kontraktor NSA, Edward Snowden. Snowden yang kini mendapat perlindungan di Rusia mendedahkan ketika ini, NSA sudah membelanjakan $79 juta untuk projek berkenaan.

Jika ada merasakan ini tidak mencetuskan perlumbaan baru, anda salah. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Amerika Syarikat dan China berlumba-lumba menghasilkan komputer kuantum versi mereka. Beberapa hari lepas, Kongres Amerika Syarikat meluluskan satu rang undang-undang yang membenarkan Washington menyaingi Beijing dari segi keupayaan komputer kuantum. Undang-undang tersebut diluluskan selepas Center for New American Security, satu pusat pemikir berpangkalan di Washington DC dan dianggotai bekas pegawai-pegawai Pentagon memberi amaran China akan mengatasi mereka sekiranya usaha mereka itu berjaya.

RUJUKAN:

1. Thomson, Iain. (2014). The Register. Snowden docs: NSA building encryption-cracking quantum computer. https://www.theregister.co.uk/2014/01/03/snowden_docs_show_nsa_building_encryptioncracking_quantum_system/

2. Johnson, Lloyd. (2018). Daily Express. Computer will find EVERYTHING you’ve EVER done online & there’s ZERO you can do to stop it. https://www.express.co.uk/news/science/913998/quantum-computers-encryption-data-nsa-gchq-microsoft

3. McFarland, Matt. (2018). CNN. China bet big on quantum computing. Now the US races to keep up. https://money.cnn.com/2018/09/14/technology/quantum-computing-china/index.html

4. Masih, Ronit. (2018). GodACityHacks.com. Mariana Web- Internet’s Biggest Mystery. http://godacityhacks.com/mariana-web-internets-biggest-mystery/

5. Herkewitz, William. (2015). Popular Mechanics. Google and NASA Say Their Quantum Computer Finally Works. https://www.popularmechanics.com/technology/gadgets/a18475/google-nasa-d-wave-quantum-computer/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.