Sebelum Seniman Ibrahim Pendek berlakon untuk produksi HOLLYWOOD (1962), Seniman Jins & Seniwati Saadiah untuk produksi HONG KONG (1965), Seniwati Maria Manado terlebih dahulu mencatat sejarah sebagai BINTANG MELAYU PERTAMA berlakon untuk produksi BOLLYWOOD melalui filem SINGAPORE (1960).

Filem thriller yang dibintangi oleh Shammi Kapoor, Padmini, Shashikala, Agha, K. N. Singh, Madan Puri, Helen dan Maria Menado. Pengarah filem – Shakti Samanta. Terbitan bersama Indo-Malaya Productions, merupakan salah satu filem Bollywood yang pertama menjalani pengambaran di luar India.

Sinopsis:

Shyam (Shammi Kapoor) – seorang usahawan India yang datang ke Singapura untuk menyiasat tentang misteri kehilangan Pengurus ladang getah milik keluarganya.

Didalam pesawat dari Mumbai ke Singapura; beliau berkenalan dengan Maria Wango, (Maria Manado) seorang wanita dari Singapura yang sering ke Mumbai atas urusan perniagaan ayahnya.

Sepanjang di Singapura, Shyam & Maria terus berhubung sehingga menjalin cinta. Shyam pada mulanya hanya menyiasat kehilangan pengurus, kemudian semakin lama semakin terungkai dengan bukti penyelewengan akaun syarikat, serta menjumpai peta yang menunjuk lokasi harta didalam ladang getah tersebut sehingga membawa Shayam bersemuka dengan penjenayah tersebut.

5 Fakta Maria Manado dalam filem Singapore:

1. Maria Manado satu satunya Bintang Filem Melayu yang pernah berlakon bersama Dinasti Keluarga Kapoor – Shammi Kapoor.

2. Filem yang berdurasi 155 minit ini, Seniwati Maria bertutur 90% dalam bahasa Hindi dimana menurut Seniwati Maria, beliau memerlukan 2 minggu untuk menghafal skrip sepenuhnya.

3. Satu-satunya bintang filem Melayu yang menggunakan suara legenda Lata Mangeskhar, untuk babak menyanyi – lagu “Dekhoji Dekho”.
https://youtu.be/rTibP91VVAg

4. Lagu ‘Rasa Sayang’ diubah dengan memasukkan elemen Hindi berjudul ‘Rasa Sayang Re’ – digubah oleh Mohd. Rafi & Lata Mangeskhar : Youtube https://youtu.be/l6EBUqJAB_I

5. Selain berbahasa Hindi, Maria menari dan berlakon babak aksi : tembak menembak, diatas bot, serta hampir ditolak keluar Helikopter. Tak padan berkebaya ketat! Sememangnya melangkaui masa sebagai watak wanita Melayu ketika itu.

RUJUKAN:


Filem Klasik Malaysia – Mustafar AR

Kohli, Suresh (22 May 2011).- “Singapore(1960)”. The Hindu.

Temubual Repair Gambar Lama bersama Seniwati Maria Manado, 2018.

Filem ini sudah berada di pautan Netflix berjudul SINGAPORE. https://bit.ly/2JmD0sn

Era Azman

Repair Gambar Lama


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Era Azman seorang Arkitek yang mempunyai minat mendalam dengan baikpulih gambar gambar lama. Misinya untuk merombak semula buku sejarah sekolah di Malaysia dan gantikan dengan gambar yang lebih jelas dan padu.

Comments are closed.