Pakar linguistik dan telah membuat klasifikasi untuk setiap bahasa-bahasa di dunia kepada beberapa buah keluarga, yang setiap satunya berbeza berdasarkan bahasa yang dituturkan oleh mereka. Setiap bahasa di dunia mempunyai keluarganya tersendiri, dan dianalisis berdasarkan persamaan bahasa dari pelbagai aspek seperti kosa kata, tatabahasa dan seumpama dengannya.

Language Tree

1. Austronesia/Melayu-Polinesia (CONTOH: Melayu)

Wilayah yang menempatkan penutur bahasa ini adalah daripada Champa, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Pulau Jawa, Borneo, Filipina, Madagascar, sehingga ke Hawaii dan Cook Island. Dikenali sebagai keluarga bahasa Melayu-Polinesia sebelum bertukar kepada Austronesian apabila mendapati bahawa penduduk asli Taiwan iaitu Formosa juga dimasukkan ke dalam kumpulan ini. Setakat ini, kumpulan ini mempunyai 400 JUTA orang penutur bahasanya.

2. Sino-Tibetian (CONTOH: Cina, Burma, Tibet)

Penutur bahasa Cina yang sangat luas keluarga bahasa itu diletakkan ke dalam keluarga Sino-Tibetian. Di mana dalam keluarga ini, penutur bahasa Tibet dan Burma juga diletakkan di bawah keluarga Sino-Tibetian. Mengenai penutur Tai Kadai itu, diletakkan di bawah keluarga bahasa yang mana masih menjadi perdebatan. Tetapi, orang Tai Kadai berkeras bahawa bahasa mereka sudah membentuk keluarga bahasa mereka sendiri daripada Sino Tibetian.

3. Dravidian (Tamil, Telegu, Kannada, Malayalam)

Penutur bahasa Dravidian ini adalah wilayahnya kebanyakannya terletak di SELATAN INDIA. Mereka dipercayai pendiri Tamadun Lembah Indus sebelum jatuhnya Lembah Indus (masih didebatkan). Menurut hipotesis ini, mereka asalnya berada di Utara India sebelum datangnya orang Indo-Aryan daripada Iran dan Timur Tengah menyebabkan mereka terpaksa berundur ke selatan dan ke selatan sehinggalah wilayah mereka hari ini adalah di Selatan India. Orang Tamil dan bahasanya di Malaysia ini adalah daripada KELUARGA DRAVIDIAN.

4. Indo-Aryan (Hindi, Punjabi, Bengali)

Indo-Aryan adalah keluarga untuk bangsa-bangsa yang menduduki Utara India dan Pakistan hari ini. Antara contoh bahasa yang termasuk dalam kategori ini adalah seperti Hindi, Punjabi, Bengali. Mereka berbeza dengan DRAVIDIAN. Bahasa mereka lebih dekat dengan English, Germany berbanding dengan Tamil. Kelompok Indo-Aryan adalah di bawah Indo-Eropah, sebuah keluarga yang sangat besar yang perlunya pembahagian secara sistematik.

5. Indo-Eropah (Contoh: English, Jerman, Itali, French, Spanish, Latin)

Sebenarnya Indo-Aryan adalah keluarga bahasa yang boleh dimasukkan di bawah keluarga bahasa Indo Eropah, tetapi sengaja saya membezakannya untuk kita senang membezakan penutur di India Utara adalah berbeza dengan India Selatan, agar salah faham ini dapat dibezakan. Dalam erti kata lain, bahasa yang dituturkan oleh filem Bollywood adalah sangat berbeza dengan Kollywood.

Kembali kepada Indo-Eropah, bahasa ini adalah bahasa yang paling banyak penuturnya. Dalam keluarga Indo Eropah pun, terdapat banyak sub-keluarga bahasanya tesendiri.

Bahasa Inggeris dimasukkan di bawah sub-keluarga Germanic. Bahasa Perancis pula diletakkan di bawah sub-keluarga Italic, dan banyak bahasa Indo-Eropah yang berada di sekitar Eropah yang mempunyai kosa kata yang sama. Sebagai contoh, English dan French meski dua bahasa ini berada dalam sub-division yang berbeza.

6. Semitic (Contoh: Yahudi, Arab)

Perkatan anti-semitic yang selalu dilaungkan kepada perasaan yahudi sebenarnya lebih tepat merujuk kepada keluarga bahasa Purba yang dipercayai wujud sejak ribuan tahun yang lalu, seawal tamadun terawal dunia iaitu Mesoptamia, kira-kira 3000-2500 SM dahulu. Hari ini, keluarga bahasa Semitic merangkumi Bahasa Arab yang mempunyai lebih 300 juta penutur, Bahasa Yahudi atau Hebrew dengan 5 juta penutur di dunia.

7. Altaic (Contoh: Turki dan Mongol)

Keluarga bahasa yang paling banyak kontroversi. Pada asalnya bahasa Jepun dan Korea mahu dimasukkan ke dalam keluarga bahasa ini, namun diperdebatkan kerana sistem bahasa kedua-dua bahasa ini sangat berbeza daripada Altaic. Antara bangsa lain yang diletakkan ke dalam keluarga ini adalah Turki dan Mongol. Kedua-dua bahasa ini kemudiannya membentuk keluarga mereka yang lebih eklusif iaitu Turkic dan Mongloic.

8. Japonic Language (Contoh: Bahasa Jepun)

Meski terdapat percubaan untuk meletakkan Bahasa Jepun ke dalam Atlaic Language, namun bahasa ini telah berjaya membentuk keluarganya tersendiri. Japonic Language merangkumi Bahasa Jepun sendiri dan Bahasa Ryukuyu.

9. Niger-Congo (Contoh: Swahli dan Zulu)

Sebenarnya bahasa penduduk asli Afrika ini merangkumi banyak bahasa. Namun, saya hanya akan mengambil dua keluarga bahasa yang menurut saya perlu dan harus diketahui oleh kita semua.

Niger Congo adalah keluarga bahasa yang hampir menguasasi keseluruhan benua Afrika itu sendiri

10. Isolated Language (Bahasa Korea)

Isolated Language adalah bahasa yang terasing daripada mana-mana keluarga bahasa di dunia. Kebanyakan bahasa ini adalah bahasa yang dituturkan oleh kelompok bangsa yang menduduki pendalaman, atau yang sudah pupus kecuali KOREA.

Bahasa Korea dikenali sebagai Isolated Language walaupun terdapat percubaan untuk memasukkannya ke dalam Atlaic. Penutur Bahasa Korea adalah lebih banyak daripada jumlah semua islated Language di dunia digabungkan.

P.S: Sebenarnya banyak lagi keluarga bahasa lain di dunia. Namun, saya hanya memasukkan sebahagian sahaja, kerana bagi saya bahasa-bahasa-bahasa di atas adalah yang mendominasi dunia hari ini.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply