Bagi peminat game The King of Fighters, sudah tentu anda mengenali watak Shingo Yabuki. Yang mana setiap moveset nya hampir sama dengan Kyo Kusanagi. Dari segi moveset dan pakaian juga sama dengan Kyo Kusanagi. Bercita-cita besar untuk mengawal kuasa api seperti Kyo, Shingo berusaha dan berlatih bersungguh-sungguh demi mencapai impiannya. Walaupun secara hakikatnya, hanya yang mempunyai bloodline Kusanagi saja yang boleh menghasilkan bara api.

Shingo muncul pada KOF 97’ di mana pada tahun 1996, Shingo menjadi peminat fanatik Kyo Kusanagi. Apabila Shingo sedar yang Kyo Kusanagi juga satu sekolah dengannya, Shingo merayu kepada Kyo supaya mengajarnya untuk menghasilkan bara api. Kyo pula berjanji untuk mengajar Shingo dengan syarat setiap hari Shingo memberikannya bekal makanan pada waktu rehat. Shingo berlatih bersungguh-sungguh, setiap langkah Kyo Kusanagi seperti R.E.D Kick, 104 Shiki : Aragami, dan lain-lain langkah ditulis dengan teliti di dalam buku notanya. Namun, teknik Kyo Kusanagi gagal ditiru sepenuhnya oleh Shingo (kebanyakan teknik Kyo menggunakan bara api).

Walaupun Shingo tahu yang dia tidak boleh menghasilkan bara api seperti Kyo, namun dia bersikap optimis. Itupun setelah diberitahu oleh Saisyu Kusanagi, bapa Kyo. Sikap optimis Shingo masih kukuh.

“Suatu hari nanti aku akan hasilkan bara api seperti abang Kyo!”

Begitulah sikap optimis seorang Shingo Yabuki. Orang yang berpandangan jauh akan mempunyai lebih banyak sikap positif. Sikap positif ini tidaklah merugikan. Cuma jangan terlampau yakin. Hukum Tarikan (Law of Attraction) menyentuh bahawa seseorang yang mempunyai semangat yang negatif lebih cenderung mengalami perkara yang negatif. Pandangan kita terhadap perkara yang berlaku dalam dunia dan cara kita berinteraksi dengannya menentukan reaksi dan respons yang bakal kita terima.

Kyo menghadiahkan sarung tangannya kepada Shingo. Dan sarung tangan itulah yang dipakai sehingga KOF XI. Pada tahun 1999, Shingo menyertai Hero Team bersama K’, Maxima, dan Benimaru dalam usaha mencari Kyo Kusanagi. Mereka berjumpa semula dengan Kyo, namun Kyo ingin membalas dendam kepada NESTS (atas sebab Kyo telah diklon) menyebabkan Kyo tidak menyertai KOF 2000.

Berikut ialah secara ringkas kronologi Shingo Yabuki dalam KOF :

KOF 2000 – Shingo menyertai Japan Team bersama Benimaru, Seth dan Lin. Namun, kumpulan mereka tewas. Waktu itu, Japan Team gagal menewaskan Ron.

KOF 2001 – Japan Team kembali bersatu. Kyo Kusanagi, Benimaru, dan juga Goro Daimon menubuhkan kumpulan bersama. Namun, mereka tidak cukup seorang bagi melayakkan diri untuk KOF 2001. Jadi, mereka terpaksa mengambil Shingo Yabuki untuk mengisi tempat kosong tersebut.

KOF 2002 – Shingo tidak menyertai KOF 2002 kerana dia berlatih bersama Saisyu Kusanagi untuk menghasilkan bara api. Malangnya, Shingo terpaksa menerima kenyataan bahawa dia tidak boleh menghasilkan bara api.

KOF 2003 – Shingo menyertai KOF 2003 bersama Benimaru dan Daimon. Kumpulan mereka tewas, namun Benimaru dan Daimon kagum dengan semangat Shingo serta kebolehan bertarungnya meningkan. Dari situlah, Shingo mendakwa dirinya boleh menghasilkan bara api seperti Kyo (walaupun itu cuma bayangannya semata-mata). Shingo juga mengatakan bahawa : “Aku bukan anak murid Kyo Kusanagi lagi, aku adalah pesaingnya!”

Kyo Kusanagi muncul dibelakang Shingo lalu membelasah Shingo dengan kuat.

KOF XI – Shingo menyertai KOF XI bersama Kyo Kusanagi dan juga Iori Yagami. Shingo Yabuki berjumpa dengan Chizuru Kagura yang cedera parah akibat kuasa Yata Mirror nya dicuri oleh Ash Crimson. Shingo berjanji untuk menyatukan Kyo dan juga Iori dalam menyiasat Ash dan juga kurungan Orochi yang menjadi lemah.

Begitulah perjalanan seorang Shingo Yabuki. Setelah KOF XI, Shingo Yabuki cedera parah akibat bertempur dengan Iori Yagami yang telah dirasuk oleh Riot of Blood. Meskipun kekuatan mereka jauh berbeza namun Shingo dapat bersaing dengan Iori Yagami. Ash Crimson datang membantu Shingo dengan mencuri kuasa Iori Yagami.

Meskipun dia tidak dapat menyertai KOF yang seterusnya, dia tetap terus tersenyum apabila dia mendapat hadiah daripada Chizuru Kagura.

Orang yang berusaha pasti akan berjaya. Jadi, jangan mengalah dalam kehidupan. Kerana kita tak akan tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Sikap optimis itulah yang akan menjadikan kita seseorang yang positif. Lihat saja Shingo Yabuki, sikapnya menyebabkan ramai orang sekeliling kagum dengannya. Semangat juang yang tidak pernah padam itulah yang akan membantu kita akan datang. Kita boleh mengasah sikap positif dalam diri sendiri dengan bermula bersama seukir senyuman.

Sumber :

KOF 97’, 99’, 2000, 2001, 2003, XI


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mirza Danish merupakan seorang copywriter yang bekerja di syarikat swasta. Seorang pembaca dan juga penulis cerpen. Masa lapangnya diisi dengan bermain gitar, membuat vlog dan juga pergi ke gig pada hujung minggu. Juga merupakan seorang fanclub 'Hujan' yang digelar Raingers. Graduan dari UiTM Pasir Gudang dalam bidang kejuruteraan awam.

Comments are closed.