Marathon, sebuah sukan lumba lari jarak jauh yang sudah mula dipertandingkan sejak sekian lamanya. Rekod sukan yang memerlukan para peserta untuk berlari dalam jarak sejauh 42 kilometer itu sudah banyak kali dipecahkan dalam sejarah.

Namun begitu, terdapat sebuah rekod yang dicipta oleh seorang pelari wanita kelahiran Cuba yang sudah menetap di Amerika Syarikat sejak bayi di mana rekodnya hanya mampu bertahan selama 8 hari sahaja. Rekod yang diciptakannya itu dicatatkan pada catatan masa yang jauh meninggalkan rekod lama yang dipecahkannya.

Marathon Boston – Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Marathon Boston

Segalanya bermula pada pagi 21 April 1980, tarikh berlangsungnya Marathon Boston yang prestijnya tidak perlu diperdebatkan lagi. Kejohanan Marathon Boston merupakan sebuah kejohanan marathon tahunan tertua di dunia.

Rosie Ruiz yang berasal dari Cuba menyertai kejohanan tersebut dengan ketiadaan latihan intensif yang konsisten dan dikatakan hanya berlari di sekeliling taman di kawasan perumahannya di Central Park sebagai latihan untuk ke Marathon Boston.

Ruiz juga dikatakan hanya baharu mula menyertai sebarang kejohanan marathon kira-kira setahun setengah sebelum berlangsungnya Marathon Boston. Pencapaian terbaiknya sebelum menyertai Marathon Boston pun hanyalah dengan menduduki tangga ke-23 dengan membuat catatan masa 2 jam 56 minit sekadar cukup untuk melayakkan dirinya ke Marathon Boston.

Jadi, pada pagi itu larian Marathon Boston itu, Ruiz telah berlari seperti biasa pada permulaan perlumbaan sebelum ditinggalkan oleh pelari-pelari berkelas dunia yang lain. Di sinilah bermulanya agenda Ruiz, dia dikatakan telah menglihangkan diri dan tidak dilihat oleh mana-mana pegawai pertandingan sepanjang perlumbaan.

Ruiz tiba di garisan penamat mengatasi dua orang pelumba berkelas dunia, Gareau dan Lyons dengan jurang masa yang begitu jauh iaitu lebih 2 minit. Hal tersebut telah mengejutkan ramai pihak termasuk pihak penganjur terutamanya.

Ramai pelari marathon lain yang menyangkal kemenangan Rosie Ruiz itu kerana mereka mengatakan yang ianya adalah tidak rasional untuk Ruiz menambahbaik catatan masanya sebanyak kira-kira 25 minit berbanding catatan lampau dalam tempoh masa hanya 6 bulan.

Untuk menambahkan lagi keraguan terhadap kemenangan Ruiz itu, dia kelihatan cergas dan tidak begitu berpeluh seperti yang selalunya akan berlaku pada diri seorang pelari marathon seusai tamat perlumbaan. Dirinya juga dilihat bersahaja dan tidak kelihatan lelah sebaik menamatkan perlumbaan.

Bukan itu sahaja, Rosie Ruiz juga dikatakan hanya dapat dilihat semula kelibatnya pada kira-kira 1 kilometer perlumbaan yang terakhir. Pegawai-pegawai pertandingan juga langsung tidak melihat kelibatnya berlari di sepanjang perlumbaan.

Siasatan Terhadap Kemengan Rosie Ruiz

Selepas keraguan di atas kemenangan Rosie Ruiz telah ditimbulkan oleh ramai pihak, pihak penganjur New York Race, perlumbaan marathon yang melayakkan Ruiz ke Marathon Boston, pun terus melaksanakan siasatan.

Daripada siasatan itu, mereka menemui satu perkara yang mengejutkan. Mereka telah melaksanakan siasatan dengan mengulang semula rakaman larian dan menyemak semula ribuan gambar daripada larian itu. Namun, kelibat Rosie langsung tidak terlihat dalam mana-mana gambar mahupun rakaman kecuali pada gambar-gambar di peringkat akhir perlumbaan.

Hal itu kemudian ditambah lagi dengan dakwaan daripada seorang saksi semasa New York Race tersebut yang mengatakan dia telah melihat kelibat Rosie Ruiz di dalam keretapi semasa waktu kejadian.

Siasatan tersebut kemudian menjurus kepada penyingkiran nama Rosie Ruiz daripada senarai peserta dan tempat dalam kejohanan New York Race itu.

Bertambah buruk untuk Ruiz, pihak Marathon Boston pun kemudian menarik semula kemenangan Ruiz hanya selepas 8 hari dia berpesta dengan kemenangannya itu seterusnya mengisytiharkan Gareau sebagai pemenang pada Marathon Boston edisi tersebut.

Pihak penganjur kemudian telah mengarahkan Rosie Ruiz untuk memulangkan kembali pingat yang telah dirangkulnya secara tidak sah itu.

Namun, dia tetap enggan dan berkeras yang dia telah memenangi perlumbaan tersebut secara adil dan sah. Sungguh memalukan kerana dia sudahpun dibuktikan melakukan penipuan dalam perlumbaan dan kemenangannya telah ditarik semula.

Rosie Ruiz Selepas Marathon Boston

Selepas daripada pembongkaran penipuannya di Marathon Boston, dia tidak pernah mengakui penipuannya itu dan terus berkeras yang dia telah melengkapkan lariannya secara sah dan mengikut peraturan yang ditetapkan pihak penganjur.

Hasil daripada penipuannya itu, slogan “Doing A Rosie” menjadi popular di kalangan pengikut dan peminat Marathon Boston.

Ruiz kemudian tidak lagi menyertai mana-mana larian marathon lagi. Namun, dia masih lagi tidak mempelajari daripada kesilapannya yang lalu.

Pada sekitar tahun 1982, Rosie Ruiz telah ditahan dan didakwa atas kesalahan mengeluarkan cek palsu di atas nama syarikatnya bekerja. Dia kemudian telah dijatuhkan hukuman penjara selama seminggu dan diletakkan di bawah pemantauan pihak berkuasa selama 5 tahun.

Ruiz kemudian telah kembali ke tempat asalnya di Florida. Di sana, dia sekali lagi ditahan oleh pihak polis atas kesalahan yang lain pula. Ruiz telah ditahan atas kesalahan mengedar bahan terlarang atau secara khususnya dia telah mengedar k0kain.

Hasil daripada penangkapan ke atas dirinya itu, dia telah dijatuhkan hukuman 3 tahun diletakkan di bawah pemantauan pihak berkuasa.

Rosie Ruiz kemudian telah bekerja sebagai seorang perunding di sebuah syarikat makmal perubatan setelah tamat hukumannya. Walaupun setelah sekian lama, dia masih lagi berkeras dengan kemenangannya pada Marathon Boston pada ketika itu.

Rosie Ruiz akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tarikh 8 Julai 2019 tahun lalu selepas menderita dengan penyakit kanser sebelum itu.

RUJUKAN :

  1. massmoments (n.d.). Rosie Ruiz Steals Boston Marathon. https://www.massmoments.org/moment-details/rosie-ruiz-steals-boston-marathon.html
  2. Your Tango (n.d.). Infamous 1980 Boston Marathon Cheater Rosie Ruiz Dead At 66. https://www.yourtango.com/2019327072/how-did-rosie-ruiz-die-new-details-death-infamous-boston-marathon-cheater-66

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sangat berminat menulis mengenai tokoh-tokoh negara/melayu dalam terutamanya bidang sukan dan keselamatan.

Comments are closed.