Apabila berbicara tentang manusia prasejarah, mesti ada yang melihat gua dengan perspektif penuh stigma. Kononnya manusia yang duduk dalam gua tiada tamadun, yakni primitif bagaikan beruk. Stigma ini adalah salah. Manusia prasejarah memang duduk dalam gua. Tetapi tempat tinggal mereka tidak terhad pada gua semata-mata. Mereka sangat pandai bina-membina (Fowler, 2011).

Cuma ilmu arkeologi dirungkai berdasarkan penemuan. Setiap kali terjumpa tapak binaan purba, baru boleh iktiraf “rumah prasejarah”. Masalah sekarang: berapa banyak tapak “rumah prasejarah” mampu bertahan puluhan ribu lamanya? Silap-silap banyak yang hancur dek pembangunan moden.

Maka gua sahaja sekarang menjadi jendela terbaik untuk mengamati cara hidup manusia prasejarah. Selain daripada faktor perlindungan, banyak gua mempunyai sumber air. Sebab itulah Homo neanderthalis sangat suka dengan gua.

Advertisements
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang asal-usul manusia, ayuh beli buku GENESIS II yang sudah tiba di Shopee – https://shopee.com.my/Genesis-II-Sapien-Neo-Manusia-(Zamir-Mohyedin)-i.238336777.21215814073

Cuaca Eropah kadangkala tidak menentu, disimpul pula dengan ikatan empat musim. Jadi mereka perlu mencari tempat tinggal yang terjamin. Fosil Neanderthal didapati wujud seawal 430,000 tahun yang lalu. Dan manusia jenis ini pupus sekitar zaman 40,000 tahun hingga 50,000 tahun yang lalu.

Gua Gorham Menjadi Tempat Tinggal

Gibraltar adalah sebuah semenanjung British di Iberia yang menghadap sebuah selat. Di seberang selat ini adalah negara Maghribi (Morocco). Terdapat empat buah gua di Gibraltar yang bersistem sama. Kira gua-gua ini berkaitan antara satu sama lain, semuanya dinamakan sempena Kapten A. Gorham. Tanpa disangka, Gua Gorham adalah tempat terakhir sebuah keluarga Neanderthal.

55,000 tahun yang lalu, Gua Gorham terletak lima kilometer daripada persisiran laut. Namun kenaikan aras saban alaf menyebabkan gigi air laut ini menghampiri pintu masuk gua. Hari ini persisiran laut hanya beberapa meter sahaja daripada gua.

Pintu-pintu masuk Gua Gorham

Pada tahun 1848, seorang penjelajah gua menemui tengkorak manusia. Kajian susulan mengesahkan ini tengkorak Homo neanderthalis. Maka banyak ekspedisi penyelidikan datang mengunjungi Gua Gorham.

Mereka terpaksa mengeluarkan pasir, batu stalactite dan najis kelawar setebal 18 meter… sebelum menemui sumber arkeologi luar biasa, iaitu fosil (rangka tidak lengkap) Neanderthal begitu banyak. Kajian mendapati manusia prasejarah di sini suka memburu rusa ibex yang sentiasa berada di kawasan ini. Malah burung yang menyinggah juga akan dimakan. Macam mana saintis tahu? Mereka menemui 150 rangka spesis haiwan berbeza – semuanya boleh dimakan, seperti anjing laut dan kura-kura.

Kejatuhan Neanderthal Di Bumi Gorham

Walaupun berakal sampai boleh menyalakan api dan merawat luka, manusia prasejarah ini tidak mampu bertahan dalam kesejukan yang menghalau jauh sumber makanan mereka.

Tanda dilukis pada batu Gorham.

Tiba-tiba kawasan sekeliling menjadi tidak kondusif. Lalu mereka bermigrasi sampai tinggallah sekelompok kecil… yang kini perlu bersaing dengan Homo sapiens pula. Ikut perbandingan, H. sapiens lebih cerdik merancang.

Dan secara sistematik, H. sapiens menjarah habis sumber makanan untuk kepentingan sendiri. Cara mereka tidak dapat dipastikan, kerana terlalu berkesan sampai Neanderthals tidak boleh berbuat apa-apa. Lalu kelompok kecil ini tidak lagi boleh bertanding. Dan mereka mati di Gua Gorham – seorang demi seorang. Salah satu rangka yang ditemui di sini adalah tengkorak seorang kanak-kanak berusia empat tahun (Vergano, 2014).

Amat ngeri kalau bayangkan kanak-kanak ini tinggal seorang diri dan masih belum sempat kenal dunia. Dan di sinilah dia mati kelaparan.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Fowler, S. (2011, September 7). Into the Stone Age With a Scalpel: A Dig With Clues on Early Urban Life. The New York Times.

Vergano, D. (2014, September 3). Newly Discovered Engraving May Revise Picture of Neanderthal Intelligence. The National Geographic.

Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply