Moving Forward As One

Manusia-Manusia Ketika Wabak Dalam Drama Zombie Korea, Kingdom

755

Dalam drama The Kingdom ni, punca bagi penularan satu-satu pandemik ni macam-macam dan kompleks.

Cho Hak Ju

Ada pihak berkepentingan menaja pembuatan dan penyebarannya tapi bukan niat dia senjata biologi tu capai tahap pandemik macam Cho Hak Ju, bila dah luar kawalan dia terpaksa berpatah arang menyeluk pekasam.

An hyeong.

Ada pihak tak berkepentingan tapi terdesak dan didesak untuk bersubahat macam An Hyeon taegam dia terpaksa bersetuju dengan Cho taegam sebab nak mematahkan se-rangan Jepun. Dia ni orang ingat dia hero Pe-rang Jepun.

Yeong Shin

Ada pihak dia tak sengaja menjadi pencetus kepada rantaian pandemik macam Yeong Shin, niat dia hanya nak bagi makan rakyat yang kebuluran tanpa tahu keadaan makanan yang diberi tercemar.

Rakyat menjadi mangsa orang atasan.

Ada pihak dia tak tahu menahu terus jadi mangsa rantaian sebab kebuluran memaksa mereka makan apa saja iaitu rakyat kebanyakan. Depa ni yang paling terjejas sebab jahil tak tahu nak buat apa, akhirnya depa jadi macam ya’juj (yang memamah) dan ma’juj (yang dimamah).

Permaisuri.

Dalam pada itu kita ingat Cho taegam tu dah habis jahat dah, kuku besi, rupanya jahat dia ada prinsip iaitu buat apa saja untuk kekal berkuasa tapi demi keselamatan negara. Yang bapak segala jahat adalah Permaisuri yang menggunakan pandemik untuk menjadi orang paling berkuasa demi nafsu peribadi.

Dia akhirnya sanggup bu-nuh Cho taegam bapak dia sendiri bila bapak dia tahu komplot sebenar dia. Dia inilah jadi punca pandemik tersebut sampai ke Hanyang (Seoul) dan menyusun rancangan untuk ditularkan kembali setelah ia dihapuskan.

Patriot sebenar.

Apa yang paling penting pada waktu genting sedemikian bukan lagi percaturan politik dan kesilapan lampau, tapi kebijaksanaan dan iltizam bagaimana untuk menamatkan pandemik tersebut, ini nilai yang kita dapat daripada watak Raja Muda Lee Chang dan patriot yang lain termasuk peranan para sarjana negara yang menjadi tonggak kerajaan berpandukan ajaran sebenar Guru Meng Tse, Confucius.

Ramai yang dibelenggu kesilapan lampau menolak ketepi perasaan ego dan apologetik dan tampil untuk membetulkan keadaan sehingga sanggup mengorbankan nyawa mereka. Semua orang akan mati, dan ramai orang mati dalam keadaan tersebut, tapi kita boleh memilih keadaan yang bagaimana kita hendak mati sama ada kematian yang penuh bermakna ataupun mati katak.

Kisah ini juga memberikan kepada kita satu kepercayaan bahawa hanya orang orang yang lurus dan sedia berkorban tadi itu akan berjaya mewarisi pemerintahan tanah air mereka manakala yang berkomplot akhirnya akan musnah dimakan hasil kerja tangan mereka sendiri, ibarat senjata makan tuan.

Namun demikian kita perlu terus berhati hati kerana kejahatan sentiasa mengintai peluang untuk kembali. Macam mana kejahatan akan kembali, kena tunggu musim ketiga pulak lah kot?

Ruangan komen telah ditutup.