Manusia prasejarah sentiasa terbuai dengan stigma keberukan. Cakap saja pasal “manusia prasejarah”, orang ramai akan terbayang beruk mirip manusia. Bayangan ini berpunca daripada lukisan terdahulu, yang menggambarkan manusia prasejarah macam beruk. Ilmu sains sekarang ini sudah berkembang maju.

Manusia terbukti sudah ada di Bumi jauh lebih daripada 10,000 tahun. Kelompok Jomon sudah mendiami Jepun sejak 38,000 tahun lalu (Gakuhari, et al., 2020). Penggunaan batu pula sudah bermula sejak 2.5 juta tahun dahulu (Solly, 2019). Dan saintis menemui bukti kukuh bahawa manusia prasejarah 200,000 tahun lalu pandai berbahasa (Pagel, 2017).

Senang cakap: 1) manusia sudah wujud sejak ratusan ribu hingga jutaan tahun dahulu, 2) mereka bukan beruk, mahupun jin. Itu fakta. Hanya zaman sahaja yang membezakan manusia prasejarah dan manusia moden.

Bermakna manusia prasejarah sebenarnya berkemahiran. Baru-baru ini, saintis menjalankan kajian di Pulau New Guinea. Kalau tengok pada dapatan saintifik sedia ada, manusia sudah ada di pulau ini sejak 42,000 tahun lalu.

Pulau New Guinea (Kanan: Papua New Guinea | Kiri: Indonesia).

Mereka menerokai hutan hujan tebal yang menjadi habitat spesis kasuari. Secara fizikal, kasuari memang cantik belaka. Kemas berwarna-warni dengan sebuah helmet semulajadi di kepala.

Tetapi kaki kasuari ada kuku empat inci sangat tajam, amat merbαhαyα dalam situasi serαηgαη. Satu tendangan daripada kasuari, seorang manusia boleh melayang sampai masuk dalam alam barzakh. Itu yang berlaku pada seorang lelaki di Florida (Stack, 2019).

Kalau orang zaman sekarang boleh kena sedemikian, apa agaknya nasib manusia prasejarah berpuluh-puluh ribu tahun dulu? Jangan terkejut. Sekitar 18,000 tahun dulu, sekumpulan manusia prasejarah terbukti sebenarnya memelihara anak-anak kasuari sampai ke usia hampir matang (Elbein, 2021).

Contoh burung kasuari. Gemuk di mata; laju di jiwa.

Saintis pada mulanya pelik juga. Tetapi bukti mereka temui sebenarnya sukar untuk dinafikan: tinggalan kampung mereka penuh dengan 1,019 serpihan kulit telur kasuari.

Saintis berpendapat orang prasejarah kutip telur kasuari daripada sarang. Dengan menggunakan mikroskop laser 3D, mereka berjaya mengenal pasti selama mana telur-telur ini disimpan. Majoriti telur didapati menetas.

Sekarang saintis bergelut dengan dua kebarangkalian pula: 1) anak-anak kasuari dipelihara sampai besar dan 2) anak-anak kasuari dimakan sebaik saja mereka menetas keluar.

Telur Burung Kasuari.

Kedua-dua kebarangkalian ini menunjukkan kepintaran manusia prasejarah. Saintis berpendapat mereka jaga anak kasuari sampai besar, untuk dimakan. Jadi walau apa-apa pun, memang ada bukti rancangan.

Dan penemuan ini amatlah mengejutkan, kerana berlaku ribuan tahun sebelum ayam mula dibela bagi tujuan pemakanan. Uniknya, amalan mengambil telur kasuari masih berterusan sampai hari ini di Papua New Guinea.

Beberapa kumpulan pribumi New Guinea menggunakan bulu pelepah dan daging kasuari dalam upacara keagamaan. Memandangkan ramai mengamalkan upacara ini, mereka turut menjual bulu pelepah dan daging. Ada permintaan; ada bekalan.

Mereka akan masuk hutan untuk mengutip telur kasuari daripada sarang. Kerja ini sangat merbαhαyα, kerana mereka perlu tunggu sampai burung kasuari dewasa betul-betul keluar sarang. Andainya berdekatan, burung dewasa boleh menyerαηg.

Ini kiranya ilmu anak muda belajar daripada orang lebih dewasa. Dan mereka akan simpan telur kasuari betul-betul sampai menetas dalam jagaan. Kalaulah ini tradisi diamalkan manusia prasejarah dulu, memang hebat betullah. Sesungguhnya tradisi ini wajar dianugerahkan darjat tradisi paling tua dunia… barangkali 18,000 tahun lamanya.

RUJUKAN:

Elbein, A. (2021, September 28). The world’s (ditapiskan) bird was raised by people 18,000 years ago. The New York Times.

Gakuhari, T., et al. (2020). Ancient Jomon genome sequence analysis sheds light on migration patterns of early East Asian populations. Communications Biology. 3 (437).

Pagel, M. (2017). Q:A: What is human language, when did it evolve and why should we care? BMC Biol. 15: 64.

Solly, M. (2019, Jun 4). Humans May Have been Crafting Stone Tools For 2.6 million years. The Smithsonian Magazine.

Stack, L. (2019, April 24). A Giant Bird (ditapiskan) Its Owner. Now It Could Be Yours. The New York Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.