Jacob Davidson merupakan seorang penulis untuk majalah Time. Beliau pernah berkata bahawa tiada siapa mampu mengukur kekayaan sebenar Mansa Musa.

Tidak mungkin seseorang daripada majalah mingguan besar New York akan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan sebegini, andainya Mansa Musa seorang miskin.

Dan pendapat Davidson memang benar. Kerana Musa merupakan suatu figura yang tidak mungkin boleh ditandingi sesiapa.

Musa dilahirkan pada tahun 1280 di Mali. Ketika itu Empayar Mongol sudah mencapai zaman kemuncak. Byzantium baru mengambil Konstantinopel semula daripada pegangan Venice.

Pihak Katolik telah menyer-ang Konstantinopel semasa Per-ang Sa-lib Keempat.

Semua ini memang tiada kaitan dengan Musa. Baginda mewarisi takhta Mali selepas Mansa Qu hilang di Lautan Atlantik.

Perjalanan terakhir Mansa Qu.

Apabila dimasyhurkan sebagai seorang mansa (sultan) pada tahun 1312, Eropah melungkup dengan kebuluran yang membµnµh jutaan orang.

Sangat ironi, kerana kekayaan Mali pula melimpah ruah.

Kepimpinan 25 Tahun

Sempadan Empayar Mali merangkumi sembilan negara Afrika moden hari ini. Kerajaan yang menguasai empayar ini pula tidak pernah miskin.

Dengan harta kekayaan, Musa membangunkan bandar-bandar utama seperti Gao dan Timbuktu.

Timbuktu yang menjadi legasi Mansa Musa.

Sejumlah arkitek Timur Tengah dibawa ke empayar ini untuk menyemai roh kebudayan, agar mencapai impian Musa. Cuma Empayar Mali tidak popular seperti khalifah-khalifah lain.

Ada peristiwa besar berlaku semasa Mansa Musa mengerjakan ibadah haji. Baginda dikatakan membawa emas begitu banyak, untuk disedekahkan kepada orang miskin sepanjang perjalanan.

Jumlah emas ini mungkin mencecah 32,000 kilogram, hari ini bernilai AS$1.9 bilion. Penulis-penulis Arab sangat terkejut melihat puluhan ribu orang bersama emas mungkin 100 kilogram seorang.

Gambaran harta Mansa Musa.

Apabila bersinggah di Kaherah, kumpulan Musa berbelanja sangat banyak sampai nilai emas Mesir menjunam selama 12 tahun oleh kerana imbangan permintaan dan bekalan (Morgan, 2018).

Kisah ini menular jauh, sampai pelukis peta sejauh Sepanyol mahu mengunjungi Afrika Selatan. Sebab peristiwa inilah Musa diabadikan sepanjang zaman, sebagai pemimpin yang memegang emas di kedua-dua tangan.

Sepanyol membuat sebuah atlas yang membayangkan harta kekayaan luar biasa dimiliki Musa. Sesiapa sahaja yang mendengar kisah Musa tentu mengidamkan hartanya.

Tetapi Musa memenuhi kelangsungan Empayar Mali. Pertama sekali, baginda mengawal laluan perdagangan bersama kerajaan-kerajaan Mediterranean.

Baginda kemudian membayar seorang arkitek daripada Andalusia untuk mendirikan Masjid Djinguereber yang masih kukuh hingga hari ini.

Masjid Djinguereber juga menjadi mercu Mansa Musa yang sangat alim.

Mungkin ada yang tertanya-tanya jumlah dibayar pada arkitek ini. Soalan sebegini memang relevan. Sesungguhnya Musa memberikan bayaran yang sangat setimpal, yakni 200 kilogram emas bersamaan AS$11.9 juta hari ini.

Langit tidak sentiasa cerah di Mali. Timbuktu menjadi pusat perdagangan yang mewah.

Begitu juga dengan bandar-bandar lain. Tetapi pada tahun 1330, kerajaan Mossi telah menakl-uki kota Timbuktu.

Jeneral Sagmandia yang setia pada Mansa Musa telah mengembalikan kota Gao. Dengan gigih, mereka berusaha hingga dapat membebaskan Timbuktu daripada Mossi.

Baginda mang-kat pada tahun 1337. Takhta Mali diwarisi anaknya, Maghan yang bertahan selama empat tahun sahaja.

Mali secara berperingkat tidak lagi relevan, tambah pula dibadai pan-dem-ik Yersinia pestis (Gallagher & Dueppen, 2018) yang menundukkan dunia.

Harta Kekayaan Mengatasi Darjat Kekayaan

Emas boleh memberikan apa sahaja. Jika Mansa Musa boleh bersedekah dengan begitu banyak, sampai menjejaskan ekonomi Mesir selama 12 tahun, memang benar kata-kata Jacob Davidson.

Bagi orang lain, emas sukar diperolehi. Tetapi Musa memegang emas bagaikan bertih jagung sahaja.

Semasa mengerjakan haji, baginda membawa 60,000 orang dan 12,000 hamba. Setiap seorang membawa emas hampir dua kilogram.

Bagaimana ekonomi Mesir tidak mendap, dengan jumlah harta begitu banyak. Tentu sekali kerajaan Mamluk tidak senang dengan tindakan Mansa Musa.

Dan harta ini tidak mungkin dapat dinilai mengikut ukuran moden.

Tetapi anggaran kasar pernah dibuat, berdasarkan dapatan sejarawan cekap dalam bidang ekonomi. Berkemungkinan besar Mansa Musa memegang harta sebanyak AS$400 bilion (Mohamud, 2019).

RUJUKAN:

Gallagher, D.E., & Dueppen, S.A. (2018). Recognizing (ditapiskan) (ditapiskan) in the archaeological record of West Africa. OpenEdition Journal.

Mohamud, N. (2019, Mac 10). Is Mansa Musa the richest man who ever live? BBC News.

Morgan, T. (2018, Mac 19). This 14th-Century African Emperor remains the Richest Person in History. History.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.