MANPADS VS Jet Pejuang

207

Bolehkah MANPADS (man portable air defence system) menggantikan jet pejuang? Topik ini saya rasakan sangat menarik untuk dibahaskan. Manpads ni biasanya digunakan untuk menghadapi ancaman pesawat udara yang terbang rendah dengan menggunakan pelancar yang digalas dibahu penembak. Misil tak pergi jauh pun, biasa kurang 10 km.

Ikut sejarah kejayaan besar Manpads ni adalah di Afghanistan apabila Amerika membekalkan 500 pelancar dan 1,000 misil kpd Mujahideen. Hasilnya pada tahun 1986 hingga 1989 sebanyak 270 pesawat udara Russia telah ditembak jatuh. Impressive!

Kita berbual lebih sikit pasal SAM (surface to air missile) sebab kita nak cerita pasal penggunaan meriam dan misil pertahanan udara bagi menggantikan jet tempur. Ini kira cheap solution untuk negara yg tak mampu nak beli jet tempur generasi 4.5 seperti Rafale, Typhoon atau generasi 5 seperti F-22 Raptor atau F-35.

Penggunaan misil (peluru berpandu) SAM bukanlah baru di rantau ini. Vietnam Utara dan Indonesia telah menggunakan SA-2 sejak tahun 60an, begitu juga Singapura dgn misil Bloodhound pada tahun 70-80an. Penggunaan SA-2 oleh Vietnam telah berjaya menembak jatuh 15 x pesawat pengebom B52D/G yg telah melakukan 729 sorties dalam Op Linebacker II.

Kejayaan ini merupakan peratusan kecil iaitu 7.52% sahaja mengenai sasaran. Soviet telah membekalkan 95 sistem pelancar SA-2 dengan 7,658 misil dimana lebih 6,000 telah dilancarkan tetapi hanya 1,046 pesawat udara dijatuhkan iaitu 31% dari jumlah keseluruhan dgn nisbah 1 kill : 6 misil.

Kita lihat pula Perang Yom Kippur 1973 yang menyaksikan penggunaan 40 x bateri SA-2, 85 x bateri SA-3 dan 40 x bateri SA-6 yang diletakkan sepanjang Terusan Suez dengan kelebaran kawasan 23 km. Untuk makluman satu bateri (pasukan) biasanya memiliki 6 unit pelancar misil. Payung pertahanan udara ini disokong 50 pusat kawalan, 180 tapak radar, 800 x meriam 23mm, 500 x meriam 57 mm dan beratus-ratus Manpads jenis SA-7.

Lapisan pertahanan udara ini telah berjaya menjatuhkan lebih 50 pesawat udara Israel pada hari pertama peperangan sehinggakan komander tentera udara Israel terpaksa mengarahkan jet tempur mereka dari mengelak zon ini buat seketika.

Kedua contoh di atas menunjukkan keberkesanan misil SAM tetapi ia hendaklah digunakan dalam jumlah yg besar dan tidak ekonomik untuk sebuah negara yang luas seperti Indonesia tetapi satu kelebihan kepada Brunei atau Singapura. Dalam kes Parang Yom Kippur juga ia digunakan disepanjang Terusan Suez sahaja secara tepu.

Tapak pelancar SAM dan radar juga jadi sasaran serangan udara dan darat jika zon pertahanannya terpisah atau tidak bertindihan antara satu sama lain. Walaupun begitu ia masih menawarkan kebaikkan kerana ia mudah disembunyikan dan kos yg murah untuk latihan dan operasi, berbanding satu skuadron jet tempur. Skuadron jet tempur memerlukan landasan dan pembinaan aircraft shelter yg mampu melindungi pesawat dari bom atau serpihannya.

Penggunaan SAM atau Manpads juga terbatas untuk pertahanan sahaja sedangkan jet boleh melakukan rondaan/tinjauan, serangan darat, pemintasan dan lain-lain tugasan yang diperlukan dengan pantas.

Bateri misil SAM juga perlu seringkali mengubah posisi tembakan, melakukan serang hendap ke atas pesawat yangg hampir, menggunakan tapak pelancar dummy dan melakukan pancaran dengan berdisiplin supaya tidak dikesan dengan mudah. Kegagalan menggunakan kesemua cara diatas telah mendedahkan bateri-bateri pertahanan udara Syria kepada serangan dan dimusnahkan oleh Israel dalam Perang Yom Kippur. Syria ni kurang cerdik dari Mesir.

Kembali kepada rantau ini, contoh terbaik lapisan pertahanan udara adalah seperti Singapura yg meliputi jarak dekat, sederhana dan jauh.

RBS70 – 5 km
Spyder – 20 km hingga 50 km
Hawk – 50 km
Aster 30 – sehingga 120 km

Lapisan pertahanan udara Malaysia.

Rapier – 8 km
Starstreak – 7 km
Igla – 5 km
Starburst – 7 km
Anza – 5 km
Pantsir S1M – 30 km (jangan percaya hanya mimpi saya) ?

Sekianlah sedikit penjelasan samada pasukan pertahanan udara boleh menggantikan peranan jet atau tidak. Tuan-tuan boleh buat penilaian sendiri berdasarkan pengetahuan tuan-tuan dan sedikit info saya ini. Kesimpulannya kita perlu banyak pelancar misil pelbagai jarak jika kita mahu merangkumi pertahanan udara di Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.