Daun inai adalah salah satu tumbuhan yang disebut dalam hadis dan pernah digunakan oleh Rasulullah S.A.W untuk merawat pelbagai jenis kesakitan.  Inai dalam bahasa arab disebut sebagai al-hinna yang bermaksud tumbuhan yang ma’aruf (dikenali ramai).

Dalam bahasa latin, pokok inai dikenali sebagai Lawsonia Inermis, sejenis pokok yang banyak tumbuh di benua Asia dan Afrika, serta tumbuh luas di kawasan beriklim tropika.

Inai Celup Daun Asli 50g adalah produk berasaskan daun inai asli. Kuantiti produk adalah untuk 30 jari. Dapatkan di sini. 

Daun inai berbentuk seakan-akan daun delima, menghasilkan bunga putih seperti pohon anggur, dan juga menghasilkan warna merah yang digunakan secara tradisional sebagai agen pewarna pada jari atau rambut.

Untuk mengetahui bagaimana inai boleh mewarnai jari dan rambut, baca disini.

Manfaat dan kegunaan daun inai dalam hadis

Rasulullah SAW menggunakan inai sebagai pewarna untuk mewarnakan rambut, jari dan janggut, dan juga dalam bidang perubatan untuk menyembuhkan luka, bisul, sakit kaki, dan sakit kepala.

Ini dapat dilihat dalam hadis-hadis yang direkodkan:

Perubatan

Sunan Ibnu Majah,

“Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr Ibn Abi Saibah menyampaikan kepada kami Zaid ibn al-Hubab dari Fa’id maula ‘Ubaidillah ibn ‘Ali ibn Abi Rafi’ dari tuannya ‘Ubaidullah bahwa neneknya, Ummu Salma Rafi’, maula Rasulullah SAW berkata:

Tidaklah Rasulullah SAW menderita luka-luka bernanah dan tidak pula terkena duri, melainkan beliau meletakkan inai padanya.”

Sunan at-Tirmidhi

“Dari Ali Ibn Ubaydillah, dari datuknya, Salmi yang pernah melayani Nabi SAW berkata: “Apabila Rasullullah SAW luka atau tertusuk duri, maka baginda SAW memerintahku untuk meletakkan inai di atas luka tersebut”

Sunan At-Tirmidhi dan Ibn Majah

“Dari Ali bin Ubaidillah, dari datuknya, Salmi RA yang pernah melayani Nabi SAW berkata: “Apabila Rasulullah SAW luka (bisul) atau tertusuk duri, maka baginda SAW memerintahku untuk meletakkan inai di atas luka tersebut.”

Sunan Abu Dawud

“Telah diceritakan kepada kami Fa‟id hamba „Ubaidillah Ibn „Ali Ibn Abi Rafi‟, dari tuannya, „Ubaidillah Ibn „Ali Ibn Abi Rafi‟, dari datuknya Salmi, khadam Rasulullah SAW katanya: “Jika ada seseorang mengeluh kepada Rasulullah SAW akan sakit kepala yang menimpanya. Maka Baginda SAW bersabda kepada orang itu, “Berbekamlah! Dan jika ada orang yang mengeluh kepada Baginda SAW tentang sakit pada kedua belah kakinya. Maka Baginda SAW bersabda kepada orang itu. Balutlah dengan inai.”

Sunan Ibnu Majah

“Ketika Nabi SAW menderita sakit kepala, beliau membungkus kepalanya dengan inai dan berkata: “Ini akan menyembuhkan sakit kepala dengan izin Allah SWT”.

Inai Rambut Daun Asli 250g adalah produk berasaskan inai daun asli yang ditambah dengan minyak argan. Sebekas inai rambut 250g adalah cukup untuk rambut paras bahu. Dapatkan di sini.

Pewarna

 

Sunan At-Tirmidhi, Ibn Majah, Abu Dawud, dan al-Nasa’i

“Dari Abu Dhar RA, dari Nabi SAW sabdanya: “Sesungguhnya yang terbaik untuk mengubah (mewarnakan) uban dengannya ialah inai dan katam (sejenis dengan inai).”

Sunan Abu Dawud

“Dari Abu Rimthah berkata: aku dan ayah menghadap Rasulullah SAW. (Ketika itu) rambutnya panjang (mencapai hujung daun telinga) yang diwarnakan dengan inai serta sedang memakai dua pakaian berwarna hijau.”

Sunan Abu Dawud dan al-Nasa’i

Dari Abu Rimthah katanya: Aku dan ayahku menghadap Rasulullah SAW, maka Rasulullah bertanya kepada ayahku: Siapa ini? Maka dijawab: “Dia anak ku.” Baginda bersabda, “Janganlah kamu hukum (berlaku jahat kepadanya).(Ketika itu) dia mewarnai janggutnya dengan inai.”

Sunan al nasa’i dan Abu Dawud

“Dari Aishah RA, seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada Baginda SAW. Lalu baginda melihat tangan itu seraya bersabda: “Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan”. Perempuan itu menjawab: “Aku seorang wanita”. Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang wanita, berbezalah (dengan lelaki) dengan memakai inai (dijari)”.

Mengikut kaedah perubatan islam, inai berupaya menyembuhkan luka. Caranya adalah dengan membersihkan luka terlebih dahulu, dan letakkan daun inai yang telah ditumbuk dan dihancurkan ke atas luka.

Sakit kepala juga dapat disembuhkan dengan menumbuk halus daun inai, dan dicampur dengan cuka. Campuran inai tersebut kemudiannya disapu pada dahi.

Terdapat kisah yang diriwayatkan mengenai seorang lelaki yang mempunyai kuku yang pecah-pecah. Setelah puas beriktihar, lalu datang seorang wanita menyarankan lelaki tersebut untuk meminum air rebusan inai selama 10 hari. Lelaki itu pun mengikut petua yang diberikan wanita tersebut, dan masalah jarinya yang pecah-pecah akhirnya sembuh.

Berdasarkan hadis-hadis yang telah dinyatakan di atas, jelas nyatalah khasiat daun inai yang mepunyai kebaikan dalam bidang perubatan, dan bukan hanya sebagai perhiasan wanita sahaja.

Untuk hukum berkenaan lelaki memakai inai, anda boleh membaca disini.

Jika anda ingin mencuba inai daun asli, anda boleh mencuba produk inai daun keluaran Inaidamia. Inaidamia merupakan pembekal daun inai asli dalam bentuk serbuk dan juga siap bancuh.

Daun inai asli Inaidamia tidak dicampur dengan bahan kimia yang berbahaya, selamat digunakan, halal, dan mesra solat.

RUJUKAN:

  1. TUMBUHAN INAI DALAM AL-QURAN DAN HADITH: MANFAAT DAN CADANGAN LANJUTAN BERASASKAN PENYELIDIKAN SEMASA. Khader Ahmad,Mohd Farhan Md Ariffin,Monika @ Munirah Abd Razzak, Nurulwahidah Fauzi, Mohd Asmadi Yakob. 2016
  2. LAWSONIA INERMIS LINNAEUS (INAI) DALAM AGAMA ISLAM DAN TRADISI SERTA PENEMUAN SAINTIFIK. Muhammad Remy Othman, Mohd Farhan Md Ariffin, Nooraqilah Che Rozenan, Hazrina Hazni, Mohd Rais Mustafa, Khalijah Awang, Rozana Othman. 2016
  3. Wheny, W.M., 2019. Tumbuhan Inai dalam Sunan Ibn Majah Hadis No. Indeks 3502: Kajian Ma ‘ani al-Hadith Tentang Pengobatan Tradisional Dengan Menggunakan Pendekatan Sains (Doctoral dissertation, UIN Sunan Ampel Surabaya).

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.