Mana Mahu Bersembunyi Kalau Let*pan Nuklear Berlaku?

5,355

Risiko dari letvpan nuklear bukan sahaja datang daripada impak letvpan tetapi juga radiasi, sinaran dan asap berdebu yang terhasil. Letvpan b0m nuklear akan membebaskan sinaran cahaya yang boleh merosakkan penglihatan, malahan mencederakan kulit manusia.

Sinaran ini juga membawa radiasi yang merosakkan sel tisu tubuh badan seterusnya  menyebabkan kem4tian atau kec4catan genetik. Asap yang tersebar selepas letvpan juga mengandungi debu panas yang boleh menyebabkan kecederaan pada sistem pernafasan.

Pada Januari 2018, satu amaran kecemasan dikeluarkan oleh pihak berkuasa Hawaii. Amaran misil balistik yang sedang menuju ke Hawaii itu diterima melalui telefon, stesen televisyen dan radio.  Berita itu disahkan palsu kira-kira 30 minit selepas itu.

*Sumber : Bussiner Insider

Apa yang terjadi kepada penduduk Hawaii selepas menerima amaran itu amatlah menduka-citakan. Penghuni sebuah hotel duduk di dalam bilik sambil memandang keluar tingkap untuk melihat apa yang bakal terjadi. Ada yang melarikan diri keluar dari hotel dan bergegas menaiki kereta untuk meninggalkan tempat itu. Satu pasangan yang menghuni hotel siap keluar dan menuju ke pantai selepas amaran tu diterima (Dave Mosher, 2018).

Tempat yang selamat?

Bungker atau kubu bawah tanah tentunya tempat paling selamat semasa letvpan nuklear. Terlindung daripada impak letvpan dan sinaran radiasi yang terhasil. Tapi awas, dinding bungker mestilah kukuh dan tidak runtuh selepas menerima impak gegaran.

Bungker juga memerlukan sistem pengudaraan dan tenaga yang baik. Ada penjana tenaga yang menggunakan bahan api untuk digunakan semasa bersembunyi didalam. Saat itu, anda tidak boleh mengharapkan tenaga daripada luar sebab kemungkinan untuk putus bekalan tenaga elektrik adalah tinggi. Sistem pencawang elektrik mungkin akan musnah.

Bekalan makanan dan air bersih juga perlu disediakan. Makanan juga mesti boleh bertahan untuk masa yang lama. Keadaan diluar bungker masih beradiasi dan membahayakan nyawa.

Akan tetapi, pembinaan bungker memerlukan masa yang panjang. Bagaimana jika anda tidak pernah bersedia dengan ancaman seperti ini.

Tak mengapa, sesebuah misil mengambil masa untuk sampai ke tujuan. Masih ada masa untuk melarikan diri.

Terbaru: Fiksyen Mahakarya

Gambarajah diatas ialah halatuju misil dari Korea Utara ke beberapa tempat di Amerika. Seorang ahli fizik bernama David Wright telah menyatakan satu hipotesis masa yang akan diambil untuk misil sampai.

  • New York : 40 minit 30 saat
  • Washington: 41 minit
  • Chicago: 39 minit 30 saat
  • Anchorage: 29 minit
  • Los Angeles: 38 minit
  • Honolulu: 37 minit
  • Guam: 18 minit 30 saat

Jadi, disaat amaran kecemasan dikeluarkan, kita masih ada masa untuk menyelamatkan diri dan bersembunyi.

Salah satu tempat yang selamat daripada radiasi ialah di dalam bangunan. Kedudukan yang disarankan ialah di tengah-tengan bangunan dan jauh daripada tingkap. Selain itu, tempat letak kereta bawah tanah juga boleh dikira selamat memandangkan kedudukannya yang terlindung, Kebanyakkan bangunan bertingkat di negara kita mempunyai sistem tempat letak kereta bertingkat bawah tanah.

Bahagian tangga untuk tertutup yang berada ditengah bangunan juga sesuai memandangkan kedudukan yang terlindung. Lebih baik sekiranya tangga itu adalah tangga kecemasan dan mempunyai pintu kalis api.

Akan tetapi, bahagian bangunan sebegini adalah berbahaya sekiranya berlaku runtuhan disebabkan impak letvpan tadi. Untuk lebih selamat, bersembunyi dibawah meja untuk mengelakkan tertimpa sisa runtuhan secara terus.

Ini bahagian paling saya suka, dalam video yang saya tonton sebentar tadi. Seorang lelaki ni berada didalam rumah semasa letvpan ini berlaku. Secara drastik, dia memunggah keluar isi peti sejuk rumahnya dan masuk ke dalamnya. Hasil dari impak letvpan, peti sejuk itu melambung jauh dari rumahnya. Dia perlahan-lahan keluar dari peti sejuk sambil memandang kerosakan yang telah berlaku.

Ada logiknya apa yang dilakukan memandangkan peti sejuk kedap udara, jadi ia menghalang sinaran radiasi atau asap panas masuk ke dalam. Struktur buatan peti sejuk juga kukuh untuk menyerap impak hentakan semasa melambung jauh atau runtuhan bangunan yang menimpanya.

Tapi peti sejuk kena besar dan kita tidak boleh terus keluar sebaik sahaja selepas letvpan. Risiko radiasi masih ada. Peti sejuk juga hanya boleh muat seorang sahaja pada satu masa, itu pun kalau muat.

RUJUKAN:

  1. Dave Mosher (2018) If a nuclear weapon is about to explode, here’s what a safety expert says you can do to survive, Business Insider US. https://www.businessinsider.my/survive-nuclear-explosion-go-inside-shelter-no-windows-2018-1?r=US&IR=T
  2. Becky Alexis-Martin, Thom Davies (2016) If nuclear war broke out where’s the safest place on Earth?, The Guardian. https://www.theguardian.com/science/brain-flapping/2016/dec/16/if-nuclear-war-broke-out-wheres-the-safest-place-on-earth
  3. Dave Mosher, Skye Gould (2017) Here’s how long it could take North Korean nuclear missiles to reach US cities, Independent Website. https://www.independent.co.uk/news/world/how-long-could-take-north-korean-nuclear-missiles-reach-us-cities-america-kim-jong-un-a7920076.html
  4. Nuclear Explosion, Official website of the Department of Homeland Security, US. https://www.ready.gov/nuclear-explosion
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.