Kalau kome pergi Korea atau Jepun, mesti ada tempat pelancongan yang tunjuk keadaan rupa kampung asal dengan budaya setempat penduduk disana. Yang tanam padi, dengan rumah yang dibina dengan pertukangan tempatan, lepas tu ada pesta dan festival kebudayaan sendiri.

Macam di Seoul, ditengah-tengah kota moden ada kampung tradisi Bukchon Hanok. Orang boleh lihat rupa bentuk perbandaran tradisi Korea yang berusia 600 tahun. Pelancong nak tengok benda macam ni la.

Jepun pun sama. Ada banyak pusat-pusat budaya tradisi khusus dalam rupa bentuk kampung. Ironinya banyak kampung ni ditinggalkan macam Shirakawa-go dan jadi pusat pelancongan sebab penghijrahan ke bandar. Tapi depa tak pi sodok la rumah-ruma lama pi tanam sawit atau buat lot kedai sederet.

Dan berjuta pelancong mai tempat begini. Bila den tengok MB Terengganu adakan inisiatif Kampung Budaya semalam den rasa lega. Den risau, sebab Terengganu banyak karya budaya asli Melayu yg makin hilang, macam pembuatan perahu, ukiran kayu, pembuatan songket tenun,batik canting, maka masih boleh diselamatkan lagi budaya-budaya Melayu untuk tatapan pelancong asing.

Rumah dan istana tradisi pun banyak dekat Terengganu. Mujur ada yang dijaga. Kalau bagi kat pemaju semberono dia sodok buat projek hartanah mampu tengok. Negeri lain pun ada je warisan budaya Melayu tapi dah terhakis dek kemajuan urban. Warih takde. Yang pandai semua dah arwah.

Masih belum terlambat untuk kita. Setiap negeri mesti ada kampung macam ni. Den rasa ramai je setuju. Malah ia merancakkan ekonomi luar bandar. Sampai bila kita nak dok ikut cakap org tua yang kata kemajuan tu adalah bangunan konkrit tinggi melangit dengan gedung jual barang mahal.

Perak ada Pasir Salak. Tapi tulah apa kabor Muzium Pasir Salak. Kedah ada Kota Mahsuri. Tapi tulah hidup segan mati tak mau. Selangor takde ayor. Malas cakap. Melaka pun den malas cakap, warisan penjajah lagi dibanggakan daripada lambang Kesultanan Melayu Melaka yang hidup segan, mati tak mahu.

Dulu penjajah Jepun robohkan pintu Gwanghwamun, dirikan Chongdokbu di depan istana Gyeongbokgung. Akhirnya bukan saja Koreans bina balik Gwanghwamun, Chongdokbu pun kasi robohkan pada 1995 (ulang tahun ke-50 merdeka). Kalaulah orang Malaysia ada 0.1% semangat nasionalis Korea.

Harap Kampung Budaya Terengganu ni boleh jadi contoh ikutan untuk negeri lain.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Comments are closed.