Orang Melayu kalau berimpian nak selamatkan Al-Aqsa, benda pertama korang mahirkan ialah kuasai balik teknologi. Nak kuasai teknologi, korang kena bukak hati korang belajar balik dengan bangsa-bangsa yang dah tinggalkan kita.

Jangan berteori konspirasi dengan kemajuan teknologi US, China, Russia dan negara-negara lain. Dulu umat Islam berjaya kuasai teknologi dan sains ni dengan belajar dari manuskrip Yunani, Rom, India, China sampai akhirnya menguasai dunia. Jadi, kenapa kita tak nak ulang balik? Tak salah untuk belajar balik macam kita belajar dulu dari Yunani dan Rom, dari India dan China sampai kita sendiri kuasai ilmu tersebut.

Kita mampu kuasai sekarang? Tak mampu. Buku dalam Bahasa Melayu tulis pasal Islamic Golden Age masa permulaan Umaiyyah sampai ke Sultan Suilaiman The Magnificent di Uthmaniyah pun takde dalam bahasa Melayu! Padahal kita nak belajar ni daripada generasi terdahulu, kau rasa mampu ke kita capai? Ini membuktikan bahawa tamadun kita sangat miskin tradisi ilmu!

Selagi umat Melayu masih skeptik, menolak nak belajar sains dan teknologi, merendahkan ilmu fardu kifayah seperti falsafah, sejarah, matematik, dan seumpama dengannya, selagi mereka tenggelam dalam teori konspirasi, selagi itu jangan bermimpi nak tawan Al-Aqsa.

Lepas dah kuasai teknologi, mampu bina sendiri pesawat pejuang kita, dah mampu untuk bina peluru berpandu kita, dah mampu untuk bina robot-robot kita, dah mampu untuk bina nuklear kita sendiri, dah cukup ke? Tak… tak cukup. Apa guna ada ilmu, kalau kita merempat ekonomi, kita tak mampu nak makan dalam negara kita?

Lepas tu, kenalah kuasai Ekonomi. Sebab kalau nak tawan Al-Aqsa tu balik, kau kena pastikan yang mampu tahan embargo daripada negara-negara sekutu. Ekonomi negara kau mampu bertahan ke kalau kena boikot? Jangan cakap pasal nak lawan ekonomi dengan negara luar, dalam negara kita pun, orang Melayu masih belum mampu kuasai ekonomi negara mereka sendiri.

Food security negara kita macam mana? Mampu kita duduk dalam kepungan untuk bertahun-tahun? Padi kita cukup ke nak belanja perut 30 juta populasi? Lembu ayam kita semua cukup ke? Atau semua dah ready nak makan pasir ke? Kalau food security kita pun kita tak mampu nak capai, dengan masih import padi dari Thailand, lembu daripada India, Ayam dari sudut lain dunia, jangan haraplah kita mampu rampas Al-Aqsa.

Lepas tu macam mana kemahiran geopolitik kau? Macam mana kemahiran diplomasi kau? Dah cukup power ke permainan geopolitik kau nak dapatkan sokongan dari negara-negara lain? Kau mampu yakinkan negara-negara lain untuk berpihak kepada kau? Sebab nak langgar Israel ni, yang ada kuasa-kuasa besar dunia belakang dia bukan kerja senang. Orang suruh belajar geopolitik, kau pilih nak hadam teori konspirasi.

Dulu, kerana wanita muslim dicabul auratnya oleh Yahudi di Madinah, umat Islam gerakkan ketumbukan tentera yang terus menghalau Yahudi di Madinah, menghalau mereka keluar.

Dulu, kerana seorang wanita yang diganggu oleh pemuda-pemuda Kristian Byzantine di Amorium, maka wanita tersebut berteriak memanggil nama Khalifah Al-Mutasim yang jauh beribu batu di Baghdad.

“Di mana kamu wahai Al-Mutassim? Di mana kamu wahai Al-Mutasim?”

Mendengar khabar namanya dilaungkan oleh wanita tersebut, terus Al-Mutasim membawa 100, 000 orang tentera Islam menuju ke Amorium, salah sebuah kota terutuh Byzantine.

Sampai sahaja di kota tersebut, habis dibakar Amorium menjadi abu sebagai amaran kepada Byzantine bahawa maruah seorang wanita dalam agama ini bukanlah sebarang pertaruhan. Itu dulu, ketika umat Islam menguasai ekonomi, menguasai ilmu, menguasai geopolitik dunia.

Lantaran hari ini, betapa lemahnya kita, seorang Imam menjerit memanggil mana Salahuddin hari ini untuk selamatkan mereka di Al-Aqsa, tiada seorang pun pemimpin Islam yang mampu menyahutnya.
Padahal kita jumlahnya mencecah lebih 1 billion nyawa, berganda-ganda lagi ramai dari umat Islam sebelum ini, tetapi kerana kita dah terlalu ketinggalan dari segala sudut, maka malapetaka ini akan terus menghantui kita.

Kepada kalian yang membaca artikel ini, selain kita panjatkan doa kepada ALLAH, tataplah kesengsaan yang dihadapi oleh umat Islam di Palestine itu, dengan satu tekad. Ada anak-anak kan? Bakal memiliki sebuah keluarga?

Maka tanamkan rasa cinta mereka pada ilmu. Tanamkan rasa sayang mereka pada buku. Tanamkan rasa asyik mereka pada pengetahuan.

Kita mungkin dah terlambat, tapi dari anak-anak kita, manalah tahu akan lahir para diplomator hebat yang tahu selok belok geopolitik dunia yang bakal membantu umat Islam kelak?

Akan lahir dari anak-anak kita, para saintis hebat yang mampu mencipta roket, senjata-senjata yang akan digunakan oleh para umat Islam demi perjuangan mereka kelak?

Akan lahir dari anak-anak kita, jeneral tentera akalnya setanding Khalid dan Al-Fateh merencanakan strategi ampuh suatu hari nanti?

Akan lahir dari anak-anak kita, economist hebat yang akan memberi buah fikir membangunkan ekonomi umat Islam menjadi gergasi semula untuk senang mereka kuasa dunia?

Akan lahir dari anak-anak kita, para ulama hebat yang mampu membangunkan para serigala dalam jiwa kita yang dah lama tidur, menjadikan kita sekental pejuang Badar?

Akan lahir dari anak-anak kita, pemimpin-pemimpin hebat yang mampu gerakkan pembangunan negara Islam persis kebangkitan negara lain yang dulu lagi ketinggalan berbanding kita?

Macam aku cakap, kita mungkin dah terlambat, tapi tidak anak-anak kita. Hanya ilmu sahaja yang mampu bawa kita keluar dari kemelut ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.