Bagi sesiapa yang pernah menonton filem Schindler List arahan Steven Spielberg, pasti penonton akan mengetahui sosok yang bernama Oskar Schindler yang banyak menyelamatkan Yahudi daripada dibvnvh oleh Nazi.

Oskar Schindler

Di Tanah Melayu juga kita mempunyai kisah yang serupa. Ada seorang pengintip Jepun yang kemudiannya menyelamatkan ribuan rakyat Cina dari tragedi pembvnvhan Sook Ching. Mamoru Shinozaki merupakan seorang pengintip yang kemudiannya menyelamatkan ribuan rakyat Cina daripada dibvnvh.

Mamoru Shinozaki merupakan seorang wartawan di Jepun. Pada 1931, Shinozaki mula bertugas MShinozaki merupakan seorang wartawan di Jepun. Pada 1931, Shinozaki mula bertugas sebagai wartawan dan pegawai media untuk Kedutaan Jepun di luar negara seperti Hong Kong dan China. Pada 1938, beliau telah dihantar ke Singapura setelah hubungannya dengan seorang wanita terbongkar semasa bertugas di Jerman.

Pada 1931, Shinozaki mula bertugas sebagai wartawan dan pegawai media untuk Kedutaan Jepun di luar negara seperti Hong Kong dan China. Pada 1938, beliau telah dihantar ke Singapura setelah hubungannya dengan seorang wanita terbongkar semasa bertugas di Jerman.

Di Singapura, Shinozaki ditugaskan untuk membuat liputan untuk akhbar Jepun. Tidak lama kemudian, beliau ditugaskan untuk menghantar laporan mengenai keadaan setempat dan sistem pertahanan British di Singapura.

Shinozaki kemudian menjadi rapat dengan kakitangan kerajaan British dengan sering mengundang mereka ke parti yang dianjurkan di rumahnya di Wareham Road. Aktiviti ini kemudian menimbul kecurigaan terhadap pihak Cawangan Khas sehinggalah beliau ditahan ada  21 September 1940 kerana disyaki mencuri maklumat sulit dari kakitangan British.

Sebulan sebelum itu, beliau mengiringi Ketua Pegawai Bahagian Logistik,  Leftenan Kolonel Tanikawa Kazuo dan pembantunya, Kapten  Kunitake Teruhito melawat seluruh Singapura untuk merisik sistem pertahanan dan keupayaan British. Mereka juga sempat ke Melaka dan Johor untuk tujuan yang sama. Mereka mendapati, pertahanan British agak lemah di bahagian Utara Singapura. 

Setelah Jepun berjaya menawan Singapura, Shinozaki dibebaskan dari penj4r4 dan dilantik sebagai penasihat di Bahagian Pertahanan. Salah satu tugasnya ialah membuat pas perjalanan bagi rakyat yang datang dari negara berkecuali.

Shinozaki bersama Tomoyuki Yamashita.

Apabila pihak Jepun melancarkan Operasi Sook Ching, ramai rakyat Cina dan asing meminta Shinozaki untuk membuat pas bagi mengelakkan mereka ditangkap. Shinozaki juga telah mengeluarkan pas kepada rakyat Serani di negara itu terutamanya kanak-kanak dan wanita.

Saban hari, semakin ramai yang meminta pertolongan kepada Shinozaki. Shinozaki kemudian pergi ke setiap kem tahanan dan merasuah pegawai-pegawai Jepun untuk menyelamatkan seberapa yang boleh bagi mengelakkan mereka dibvnvh.

Dianggarkan, 2000 rakyat berbangsa Cina berjaya diselamatkan oleh Shinozaki. Shinozaki juga tidak lupa mengenai sosial dan kebajikan rakyat tersebut. Shinozaki telah membuat beberapa perancangan untuk menyelamatkan mereka termasuk menubuhkan Persatuan Cina Luar Negara (Chinese Oversea Association).

Pada 1942, Shinozaki telah dipindahkan ke Bahagian Pendidikan Dan Kebajikan. Beliau membuka semua sekolah yang ditutup ketika awal pep3r4ngan. Shinozaki juga turut menubuhkan Kesatuan Pekerja rakyat Serani.

Beliau juga pernah mendapatkan rawatan untuk Lucy Thomas, isteri kepada Sir Shenton Thomas yang ditimpa penyakit.Pada 1943, Shinozaki juga memindahkan beberapa buah masyarakat Cina dan Serani ke Bahau untuk memulakan kehidupan yang lebih selamat.

Setelah Jepun menyerah kalah, Shinozaki telah ditahan dan ditempatkan di Jurong. Walaubagaimanpun, terdapat petisyen dari masyarakat Cina dan Katolik supaya beliau dibebaskan. Shinozaki kemudian bekerja sebagai penterjemah dan pengatur bagi kedudukan masyarakat Jepun di Singapura. Tidak lama kemudian, beliau dihantar pulang ke Jepun dan tidak dibenarkan untuk masuk ke Singapura.

Pada 1951, Shinozaki cuba untuk memasuki Singapura namun pegawai imigresen yang bertugas enggan memberikannya visa kerana kegiatan beliau sebagai anggota tent3r4 Jepun ketika Pe-Rang. Pada 1975, barulah Shinozaki dibenarkan untuk menjejakkan kaki ke Singapura untuk mempromosikan memoirnya yang bertajuk Syonan, My Story: The Japanese Occupation of Singapore. 

Shinozaki bersama isterinya.

Hingga kini, Shinozaki masih diingati sebagai penyelamat di Singapura sehinggakan beliau digelar Schindler Singapura. Namun di Jepun, pejuang kemanusiaan, pegawai dan perisik ini kian dilupai oleh masyarakat di sana.

RUJUKAN:

O’dwyer, S. (n.d.). Mamoru Shinozaki: Japan’s forgotten humanitarian. Retrieved December 07, 2020, from https://www.japantimes.co.jp/opinion/2019/10/28/commentary/japan-commentary/mamoru-shinozaki-japans-forgotten-humanitarian/

Editor:Lim, F., Chua, A., & Lim, T. (2010, July 05). Mamoru Shinozaki. Retrieved December 07, 2020, from https://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_1686_2010-07-26.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.