Mamluk (Mamalik, Mamlouk, Mameluke, Mameluck) merupakan tentera Muslim yang diangkat dari kaum hamba (Bahasa Arab : Mamluk مملوك = Hamba). Mereka terkenal sebagai pasukan kalvari kuda terulung, dan berjaya membina Kesultanan Mamluk (1250-1517) yang berkuasa di Mesir.

Mamluk terkenal kerana kejayaan mereka dalam Kempen Tentera Salahuddin Al – Ayyubi ketika Perang Salib, dan kemenangan mereka melawan Mongol, yang membuat langkah pengembangan Mongol ” terhenti ” di Timur Tengah. Mamluk merupakan tentera yang mempunyai sejarah yang amat panjang. Mereka wujud di dunia ketenteraan dan politik Islam selama lebih kurang 1000 tahun, sejak abad ke – 9 hingga abad ke- 19 Masehi.

Sejarah Mamluk

Sejarah awal Mamluk bermula sejak Khalifah Bani Abbasiyah, Al – Ma’mun (813-833), membawa hamba-hamba bukan beragama islam yang kebanyakannya dari wilayah Turki, dan menjadikannya tentera serta pengawal peribadi. Mereka biasa disebut dengan nama Ghilman (di kemudian hari dikenal sebagai Ghulam. Namun kehadiran mereka ditentang rakyat dan para Ulama, yang berpendapat bahawa perhambaan dan memaksakan agama Islam untuk kepentingan tentera, adalah dilarang dalam hukum Syariat. Pertentangan ini kemudian berujung pada rusuhan Baghdad di tahun 834, yg memaksa Khalifah Al – Mu’tashim (833-842) memindahkan ibu negara Kekhalifahan ke Samarra, Iraq (kemudian berpindah kembali lagi ke Baghdad di tahun 842 oleh Khalifah Al – Mu’tamid (870 -892).

Mamluk kemudian menjadi kekuatan politik yg sangat berpengaruh dan menjadi pengendali pemerintahan yg sebenarnya. Sedangkan Khalifah, hanya sebagai simbol, boneka bagi para Mamluk. Hal ini menjadi faktor utama melemahkan ketuanan Kekhalifahan Abbasiyah di dunia Islam (di samping juga kerana munculnya dinasti-dinasti kecil yang merdeka).

Setelah pengaruh Abbasiyah lemah di abad ke-10, Mamluk menjadi tentera yang digunakan oleh para Sultan dan Amir tempatan. Kekhalifahan Syiah Fatimiyah di Mesir adalah pengguna Mamluk yang terbesar. Mesir menjadi semacam pusat pengambilan dan pelatihan Mamluk. Seperti di masa dahulu (Abbasiyah), Mamluk juga menjadi kekuatan politik yang sangat berpengaruh di Mesir. Namun, kali ini pengaruh mereka mampu ditahan oleh para Amir keturunan Arab.

Semasa pemerintahan Salahudin Al-Ayyubi/Saladin (1171-1193), Sultan Ayyubiyah, kekuatan Mamluk bertambah besar, sehingga mengisytiharkan pemerintahan Kesultanan Mamluk di Mesir pada tahun 1250.

Kesultanan Mamluk

Sultan Ayyubiyah, Ash – Shalih Ayyub (1240-1249), mendirikan sebuah pasukan Mamluk yang terdiri dari 800-1000 kalveri dan diberi nama Bahri (Bahasa Arab = laut, sungai), kerana pengkalan tentera terletak di Rawdah, sebuah pulau di sungai Nil.

Di tahun 1250, para Mamluk berjaya menggulingkan penguasa Ayyubiyah di Mesir, dan mengisytiharkan penubuhan Kesultanan Mamluk. Namun, pergolakan politik terus berlaku di masa itu. Mamluk Bahri sendiri pergi ke Syam dan menunjukan taat setia kepada Amir Ayyubiyah di Syria pada tahun 1254.

Dalam masa sembilan tahun selepas itu (1250-1259), Mesir mengalami ketidakstabilan politik. Hingga akhirnya seorang Mamluk Muizziyah (Mamluk milik Mu’izzudin Aybak, Sultan Mamluk kedua), Muzaffar Saifudin Qutuz (1259-1260) menjadi Sultan. Qutuz mampu menyatukan para Mamluk yang terpisah akibat konflik politik sebelumnya (salah satunya Baibars). Bersama – sama, para Mamluk berjaya mengalahkan tentera Mongol dalam Pertempuran Ain Jalut, dan membebaskan daerah-daerah yang dikuasai Mongol di Syam. Kekhalifahan Abbasiyah Baghdad yang dihancurkan Mongol pada tahun 1258, diselamatkan dan Khalifah ditempatkan di Kaherah dalam perlindungan Mamluk.

Setelah pertempuran dengan Mongol berakhir, Qutuz dibunuh oleh para Mamluk Bahri, dan Zahir Ruknudin Baibars menjadi Sultan. Semenjak itu, Mamluk Bahri menjadi menjadi pemerintah dalam Kesultanan Mamluk, hingga kemudian digantikan oleh Dinasti Mamluk Burji pada tahun 1382. Mamluk sempat bersama dengan Turki Uthmaniyah untuk melawan armada Portugis yang menyerang laut Arab, laut Merah, dan perairan India pada tahun 1497-1501.

Berakhirnya Riwayat Mamluk

Pada tahun 1517, Sultan Turki Uthmaniyah, Salim I, menakluk Kaherah, dan mengakhiri sejarah Kesultanan Mamluk Mesir. Mesir kemudian berada di bawah kawalan Turki Uthmaniyah. Para Mamluk kemudian merebak ke seluruh Timur Tengah. Pada tahun 1768, Ali Bey Al – Kabir memdeklarasikan kemerdekaan Mesir dari Turki Uthmaniyah. Askar Mamluk ” dihidupkan ” kembali pada masa ini.

Kemudian di tahun 1798, Maharaja Perancis, Napoleon Bonaparte, datang memimpin ” Armée d’ Orient ” untuk menceroboh Mesir, dan berjaya mengalahkan Mamluk di Pertempuran Piramid. Namun Napoleon kembali ke Perancis selepas kalah di Pertempuran Sungai Nil (1799) oleh armada Kerajaan Inggeris. Selepas Perancis, kemudian Mamluk terus berjuang memperjuangkan kemerdekaannya menghadapi Inggeris dan Turki Uthmaniyah. Di tahun 1806, Mamluk berjaya mengalahkan tentera Uthmaniyah dan memperoleh kemerdekaannya secara penuh di tahun yg sama.

Muhammad Ali, Gabenor Mesir, berasal dari kumpulan pesaing dari Mamluk. Sedangkan Mamluk masih merupakan pemerintah de facto Mesir, jadi jika Ali ingin menguasai Mesir, dia harus menyingkirkan Mamluk. Pada 1 Mac 1811, Ali memerangkap serombongan besar Mamluk dalam sebuah perbarisan dan membunuh kira-kira 600-700 Mamluk. Dalam masa beberapa bulan, 3000 Mamluk dibunuh oleh tentera Ali. Benteng terakhir Mamluk di Dunqulah jatuh di tahun yang sama dan mengakhiri sejarah ” Tentera Legenda Mamluk ”

Tentang Unit Kalvari Mamluk

Majoriti Mamluk berasal dari suku Turki, Cumans, atau Kipchak, dan kemudian Circassian dan Georgian. Kemudian di masa Mesir selepas kemerdekaan dari Turki Uthmaniyah, ahli Mamluk juga direkrut dari suku-suku Afrika. Mereka direkrut dan dilatih dengan kos yang ditanggung oleh seorang Tuan atau Syaikh. Kerana itulah, kadangkal Mamluk lebih setia kepada Tuan atau Syaikhnya daripada kepada Amir, Sultan, atau Khalifah.

Sebagai tentera yang sangat terlatih sebagai tentera berkuda, Mamluk memegang teguh Asas Furusiyyah (Kod Kalvari Pahlawan Muslim). Dari Furusiyyah pula, Mamluk mempelajari 4 asas ilmu pahlawan, iaitu berkuda, memanah, menggunakan tombak, dan menggunakan pedang. Di masa selanjutnya, Mamluk menambah pistol atau musket sebagai senjata mereka. Kesultanan Mamluk juga didakwa merupakan yang pertama kali menggunakan Meriam Tangan (Midfa) pada Pertempuran Ain Jalut (1260) melawan Mongol.

Mamluk menguasai penggunaan hampir semua macam senjata. Ditambah dengan perisai lengkap (Mamluk biasanya dibentuk sebagai tentera berkuda berat), mereka merupakan tentera yang mengerikan. Pasukan Salib menjadi saksi kehebatan mereka. Kuasa Mamluk paling terasa ketika Kempen Tentera Salahuddin Al – Ayyubi melawan tentera Salib (1171-1193), serta di bawah panglima Ruknudin Baibars, yang berjaya mengalahkan tentera Raja Louis IX dari Perancis dalam Pertempuran Al – Mansurah (1250). Dan juga di bawah Panglima Sultan Qutuz dalam Pertempuran Ain Jalut mengalahkan pasukan Kithbuga dari Empayar Mongol (1260).

Mereka adalah Tenetra yang disegani, sekurang-kurangnya sehingga abad ke – 16. Terbukti dengan kekalahan pasukan Mamluk dari pasukan Turki Uthmaniyah di Pertempuran Merj Dabik (1515). Tentera kalvari Mamluk merupakan tentera yang disegani pada masanya, namun mereka jelas bukanlah tandingan bagi meriam Uthmaniyah dan Janissari.

Nama Mamluk tetap dikenali dunia sekali pun mereka sudah tidak ada, Replika Pedang Mamluk (Mameluke Sword) digunakan oleh para laksamana Inggeris dan Amerika sejak abad ke – 19 untuk tujuan untuk istiadat ketenteraan zaman sekarang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply