Mamluk: Hamba Yang Menjadi Raja

841

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

“Seorang raja tidak dilahirkan, seorang raja diangkat rakyatnya.” Liu Bang (Maharaja Gaozu), pengasas Empayar / Dinasti Han

Maksud Liu Bang adalah, seseorang itu tidak semestinya menjadi raja hanya kerana dia dilahirkan dari benih seorang raja, tanpa sokongan rakyat, raja tetap akan jatuh jua. Oleh itu rakyat tetap jadi keutamaan dalam apa jua sistem pemerintahan sekali pun.

Sepanjang manusia membina ketamadunan melalui peradaban bangsa masing-masing, pernahkah korang terfikir, siapakah sebenarnya maharaja, kaisar, sultan, khan, atau raja-raja yang terkenal dan berkuasa sebagai pemerintah sebelum mereka menjadi raja? Dan bagaimana mereka semua ini boleh menjadi raja? dari mana asal usul mereka?

Korang tahu tak, sebenarnya ada ramai raja-raja yang sebelum menjadi raja, mereka juga adalah rakyat biasa macam kita, bahkan ada di antaranya datang daripada keturunan hamba atau petani.

Namun untuk artikel ini aku hanya akan fokuskan kepada satu nama yang agak popular dalam dunia Islam kerana mereka pernah mengalahkan dan menghentikan kemaraan tent3ra Empayar Mongol dalam Pertempvran Ayn Jalut, tidak lain dan tidak bukan, Mamluk!

Baik, sebelum aku bincangkan tentang asal usul pemerintahan Kesultanan Mamluk yang terkenal di Mesir dan datang dari keturunan hamba sebaris dengan raja lain seperti Liu Bang, Zhu Yuanzhang, Nader Shah, Toghrul Bey, kita kena faham dulu bagaimana seorang raja menjadi raja.

Ada berbagai cara yang boleh digunakan, yang penting korang wajib berkuasa dan berpengaruh besar. Kalau korang nak jadi raja lah. Kerana itu pada zaman dahulu, di mana-mana tempat, orang yang paling berkuasa adalah orang yang merupakan penghuni atau ketua di sebuah rumah yang paling berkuasa dan berpengaruh.

Maka muncullah istilah ‘rumah’ (house) yang mewakili status seseorang, ia juga kadang-kala dirujuk sebagai ‘klan’ (clan) tetapi konteks Klan ni lebih besar kerana turut melibatkan orang luar. Setelah sebuah rumah ni semakin besar dan berkuasa, maka ketua rumah itu perlu menubuhkan kerajaannya sendiri untuk memerintah negara, dari situ muncullah istilah ‘dinasti’ yang jauh ebih besar.

Berikut adalah beberapa kaedah lain yang diamalkan oleh masyarakat terdahulu untuk menjadi raja. Semua kaedah yang aku lampirkan ini adalah kaedah yang masih sah dan boleh diamalkan pada hari ini. Tidak ada istilah “tak ada d4rah keturunan diraja tak layak memerintah”.

Liu Bang, si pemalas dari keluarga petani yang menjadi pengasas Dinasti Han

Istilah itu hanya terpakai semasa dinasti si fulan berkuasa saja, setelah sebuah dinasti dijatuhkan, mereka bukan lagi berketurunan diraja, maka sebuah dinasti yang baharu akan ditubuhkan untuk memerintah.

  • Deklarasi: Di mana ketika berada di dalam keadaan yang tidak ada raja atau kerajaan, beberapa orang yang berpengaruh menjadi pemimpin untuk menyatukan rakyat dan kekuasaan akan diisytiharkan atau mengisytiharkan dirinya sebagai raja.
  • Warisan / keturunan: Ini adalah konsep yang sering kita temui di dalam sistem monarki. Berd4rah keturunan diraja. Biasanya ia diwariskan kepada anak lelaki sulung (atau kadang-kadang anak perempuan) seorang raja. Sekiranya tidak ada anak yang layak, maka ia diberikan kepada adik kandung, atau anak saudara kandung. Sekiranya tidak ada juga, maka salasilah keturunan mereka akan disemak kembali bermula dari pengasas dinasti.
  • Pelantikan/pertabalan: Kadang-kala, raja akan melanggar hukum monarki yang mewariskan takhta kepada garis keturunan sendiri, raja yang memerintah adakalanya memberikan kepercayaannya kepada seseorang yang bukan ahli keluarganya, biasanya saudara jauh akan dilantik sebagai pewarisnya. Ini sering berlaku di Arab Saudi.
  • Penaklvkan / rampasan kuasa: Pencerobohan atau pemberontakan dalaman. Raja yang bertakhta akan digulingkan dan pemenangnya akan mengambil takhta secara paksa. Keadaan ini sangat biasa berlaku di mana-mana sekali pun, ia akan mencipta satu dinasti berketurunan diraja yang baharu. Sebab itu istilah “tidak memiliki d4rah diraja tidak boleh menjadi raja” adalah karut.
  • Pemilihan / pengiktirafan: Terdapat juga beberapa kerajaan atau empayar yang menyerahkan hak kepada pemilihnya untuk memilih raja yang baru. Konsep ini seakan-akan sistem demokrasi tetapi ia merangkumi berbagai kaedah, tidak semua rakyat berhak memilih, seperti Empayar Mongol melalui tradisi kurultai, hanya para pembesar sahaja yang layak memilih Khan Agung yang baru. Dalam sistem awal kekhalifahan juga begitu, hanya orang yang terpilih dalam majlis syura sahaja yang layak memilih seorang Khalifah.
  • Perkahwinan: Jarang berlaku, tetapi kadang-kala apabila seseorang berkahwin dengan raja yang memerintah atau yang bakal menjadi raja yang memerintah akan mengambil alih takhta itu sendiri samada secara de facto ataupun tidak, biasanya takhta akan diserahkan kepada puteranya. Ini juga sebahagian dari rampasan kuasa, tetapi dengan kaedah yang lebih sopan dan lembut.

Kadang-kadang ada juga kaedah yang boleh menjadikan sebuah kerajaan itu adalah kerajaan gabungan, yang biasanya berlaku melalui pewaris / garis keturunan yang akan memainkan peranan. Kaedah ini mudah berlaku tanpa sedar melalui perkahwinan.

William the Conqu3ror, misalnya, mendakwa dia dilantik oleh King Edward, the Confessor. Harold Godwinson juga mendakwa dia dilantik dan para baron mengakuinya sebagai raja. William kemudian menyer4ng dan mengalahkan Harold di luar Hastings dan dinobatkan sebagai raja.

Di England, setiap raja dan ratu selepas King William adalah keturunan langsung darinya, tetapi masih tetap berlaku penaklvkan. Stephen, Henry IV, Edward IV, Henry VII, semua ini hanya sebahagian daripada nama yang di mana kesemuanya mengambil takhta secara paksa tetapi berasal dari garis keturunan diraja yang sama.

James VI of Scotland menjadi James I of England dengan menaiki carta turunan keluarga dan turun kembali memandangkan Elizabeth I tidak mempunyai anak, tidak ada adik beradik yang masih hidup, dan tidak ada anak saudara dari adik beradik itu. Dalam kes ini, mereka perlu kembali kepada datuknya, Henry VII, kemudian turun melalui puteri sulungnya Margaret dan sampai kepada James.

Raja-raja terawal di Eropah Abad Pertengahan, adalah dinaikkan secara deklarasi. Raja Frank yang pertama, Raja Wessex yang pertama, dan lain-lain lagi, mereka semua menyatukan rakyat, menyatukan kuasa dan diisytiharkan atau mengisytiharkan diri sebagai raja.

Napoleon mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja setelah mengambil alih kuasa Konsulat. Begitu juga dengan anak saudaranya, Napoleon III, yang mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja setelah empat tahun dipilih sebagai Presiden Republik Kedua.

Contoh kuasa melalui perkahwinan pula adalah Catherine the Great of Russia. Dia mengahwini Peter III, cucu Peter the Great. Apabila suaminya menjadi Tsar Peter III, dia menjadi ratu permaisuri.

Tetapi enam bulan kemudian dia bersekongkol dengan musuh untuk menggulingkan suaminya, berlakulah kudeta hingga membvnuh Tsar Peter III, dan Catherine menjadi satu-satunya Ratu Permaisuri yang memerintah tanpa memiliki d4rah keturunan Dinasti Romanov.

Namun, Paul I, anaknya, menggantikannya setelah dia meninggal dunia, maka d4rah keturunan Dinasti Romanov sekali lagi menduduki takhta. Nampak tak? Sampai tahap macam tu pun masih dikira memerintah secara sah, kau pula masih sibuk mempertikaikan keabsahan atau status kelayakan Kesultanan Johor hari ini hanya kerana mereka datang daripada rumah Temenggung.

Pada zaman sekarang, kebanyakan sistem pewarisan takhta masih mengekalkan tradisi bakal raja adalah pewaris lelaki terdekat dengan raja atau permaisuri sebelumnya. Tetapi peraturan tersebut boleh menjadi peraturan tambahan. Di Britain, korang kena memiliki latarbelakang agama yang tepat seperti Anglican untuk England dan juga Gereja Scotland di sebelah utara sempadan.

Dalam situasi yang berbeza mengikut tradisi, kadang kala raja akan ‘mencalonkan’ para pewaris mereka. Pada zaman dahulu, adik beradik samada kandung atau berlainan ibu akan bertanding merebut takhta yang ditinggalkan bapa mereka melalui peper4ngan atau pembvnuhan, ini pernah berlaku semasa era Empayar Uthmaniyah dan masih berlaku dalam keluarga diraja Saudi di Arab. Kaedah ini merupakan salah satu daripada bentuk penaklvkan tetapi secara dalaman dan susurgalur dinasti tetap dikekalkan.

Terdapat banyak contoh yang boleh kita kemuka dan bincangkan, seperti Qutb-ud-din Aybak, beliau asalnya hanyalah seorang hamba semasa era Dinasti Ghurid, kemudian dia mendirikan dinasti Mamluk dan menjadi Sultan Delhi.

Atau Malik Ambar, seorang hamba Abyss yang dijual oleh bapanya pada usia lapan tahun, menjadi pemerintah de facto Kesultanan Ahmednagar dan bertanggungjawab dalam pembinaan kubu Murad Janjira.

Pemerintah dari keturunan hamba sebenarnya lebih biasa daripada perkara biasa seperti apa yang kita fikirkan. Ia adalah tradisi kuno, bahkan lebih kuno lagi, misalnya Sargon of Akkad – maharaja Akkadia, yang pada asalnya adalah seorang tukang kebun dan kemudian menjadi pelayan yang menghidangkan minuman di istana Ur-Zababa Kish pada sekitar 4,300 tahun yang lalu, tetapi akhirnya dia menjadi penaklvk dan pemerintah terhebat pada zamannya.

“Tak sangka dulu aku ni kerja Hang Kebun je..” — Sargon

Kisahnya mungkin bercampur aduk antara fakta sejarah dengan mitologi, tetapi ini adalah contoh terawal dari bagaimana dia bermula dari ‘sehelai kain buruk’ hingga mecipta kekayaan demi kekayaan, dan kisah yang Sargon sendiri ciptakan ini tidak pernah disebar oleh dirinya sendiri.

Dari seorang pekebun, akhirnya namanya sendiri dijadikan sebagai sebuah gelaran untuk menentukan status seseorang selepas itu sebagai “raja yang sah” – sesuatu yang tidak perlu diingatkan. Bahkan, maharaja Assyria selepas itu masih kekal menggunakan namanya lebih dari seribu tahun kemudian. Sargon benar-benar salah seorang raja pemula sejarah.

Mungkin ada sedikit cerita sampingan yang tidak kita ketahui.  Lugal-zage-si – raja yang di mana Sargon berkhidmat untuknya sebagai tukang kebun dan pelayan pada usia mudanya – juga menggambarkan dirinya seperti “hamba yang dibesarkan oleh Ningirim. (Dewi)”

Tidak pasti bagaimana kita harus membaca maksudnya, mungkin cerita Sargon adalah versi rosak dari beberapa kaedah konvensional untuk membicarakan tentang pemerintahan yang tidak kita fahami – tetapi secara lebih seimbang (terutamanya bila terdapat begitu banyak protes tentang nama diraja Sargon). Aku menganggap ini merupakan satu kes rampasan kuasa istana oleh hamba yang kebetulan berada di tempat dan waktu yang tepat.

Apa yang tidak jelas dan mengelirukan orang lain adalah, seseorang boleh menjadi hamba yang boleh berada dekat dengan pusat utama kekuasaan yang sebenarnya berbanding para birokrat istana atau bangsawan lain yang lebih merdeka di luar tembok istana, kenapa mesti hamba?

Kenapa hamba digambarkan dengan begitu sempvrna dalam seluruh catatan sejarah negeri yang dikuasai oleh anggota berstatus hamba tent3ra, terutamanya dalam Dunia Islam. Mereka ini secara umumnya dikenali sebagai Mamluk atau Ghilman, dan merangkumi beberapa pusat pemerintahan dari Mesir, Parsi, Asia Tengah, India dan Mesopotamia.

Perlu difahami, semenjak kemunculan Islam, konteks pemahaman tentang istilah ‘hamba’ dalam Dunia Islam adalah sangat berbeza dengan ‘hamba’ menurut pemahaman dunia lain. Ia tidak semestinya perlu mengisahkan tentang keperitan peribadi mengatasi kesulitan. Gaya pemikiran orang barat tidak ada cara yang sesuai untuk menggambarkan keadaan sebenar seorang hamba tent3ra dalam masyarakat ini, tetapi dalam Dunia Islam, ‘hamba’ tidak sama seperti yang selalu orang fikirkan.

Hambakah Seorang Mamluk?

Seorang Mamluk atau Ghulam/Ghilman adalah jelas lagi benar merupakan golongan atau individu kelas hamba yang dimiliki seorang penguasa, jadi mereka tidak merdeka, dalam erti yang lain, mereka tidak boleh memiliki cita-cita tersendiri atau memegang gelaran bangsawan.

Tetapi, mereka hampir sama seperti Sargon semasa muda, golongan Mamluk ini kedudukan mereka lebih dekat dengan pusat kekuasaan berbanding kebanyakan para bangsawan yang bebas merdeka pada waktu dan tempat yang sama. Ini adalah gabungan unik nilai kebebasan dan hak istimewa.

Ilustrasi menggambarkan seorang askar Mamluk sedang berlatih mem4nah

Kadang-kala agak menarik juga bila kita membandingkan Mamluk dengan wanita-wanita seperti geisha di Jepun atau gisaeng Korea, atau haseki sultan Empayar Uthmaniyah kerana mereka secara teknikalnya dianggap sebagai wanita yang ‘menghiburkan’ bangsawan, namun di sebaliknya, mereka boleh memiliki status yang sangat tinggi dalam masyarakat. Walaubagaimana pun, tidak ada geisha yang pernah menjadi Maharaja Jepun.

Aku juga mendapati konsep hamba tent3ra dalam Islam sering dikelirukan oleh segelintir pihak terutamanya oleh orang dari dunia Barat. Di dunia Barat, apabila seseorang menyebut tentang perhambaan, apa yang mereka akan fikirkan adalah, – perhambaan merupakan suatu sistem di mana hamba tidak akan diperlakukan sebagai manusia seadanya, hamba boleh dibeli dan dijual sebagai harta benda, dan biasanya mereka diguna untuk pekerjaan yang berat dalam keadaan yang kotor.

Oleh itu, apabila seseorang bercakap mengenai Mamluk, Janissari, atau Ghilman, mereka pasti akan berhenti dan berfikir, “Kejap, macam mana seorang hamba boleh menggunakan pengaruh dan kuasa? Kenapa seorang Raja boleh percayakan mereka dengan membekalkan mereka senj4ta? Bagaimana sebuah pasukan tent3ra elit boleh diwujudkan dari anggota tent3ra yang diperhambakan?”

Baiklah, ini adalah beberapa penjelasan tetapi apabila korang mula mencari jawapan, korang akan faham bahawa sejak dahulu lagi tamadun Islam telah mengamalkan budaya politik yang sangat pintar untuk berada dalam lingkungan politik kekuasaan dunia lama. Ini baru kepintaran politik namanya tuan-tuan semua.

Sekarang, bayangkan bahawa korang adalah seorang raja atau sultan di Dunia Islam. Seperti kebanyakan raja yang lain di seluruh dunia, kekuasaan korang tidak mutlak – tanah yang kau kuasai adalah hasil pegangan milik bangsawan semi-feudal, dengan memiliki begitu ramai emir (gabenor) di setiap wilayah, bey, dan raja-raja dari negeri yang lebih lemah sentiasa membayar ufti penghormatan kepada korang selaku raja yang paling unggul.

Dah tentulah korang adalah raja yang paling unggul di antara semua raja, tapi korang kena ingat, kesetiaan mereka tidak menentu dan sentiasa berubah. Sebagai Sultan yang gagah perkasa, kau takkan hanya nak sentiasa bergantung pada sokongan para bangsawan yang sentiasa rapuh itu untuk mengekalkan kuasa kau kan? Boleh ke kau harapkan bangsawan-bangsawan ini? Tak boleh, kau memerlukan sokongan asas yang wajib ada kekuatan, dan wajib ada kesetiaan. Di mana kau nak cari kuasa macam ni?

Kau memerlukan satu angkatan tent3ra yang setia dan sentiasa menjalin hubungan yang langsung dengan diri kau sendiri, jangan sesekali membiarkan orang lain seperti emir atau mana-mana bangsawan kaya merekrut mereka sendiri, dan kau memerlukan satu pentadbiran kukuh yang mematuhi perintah dan kehendak korang tanpa sebarang ikatan dengan struktur kuasa yang mapan dan mungkin memerlukan amalan nepotisme dilaksanakan.

Sepanjang sejarah, para pemerintah dalam posisi seperti itu pasti akan sering cenderung memberi keutamaan terhadap orang asing. Mengimport pakar asing ke dalam struktur pemerintahan sendiri adalah tradisi beraja yang sudah lama diamalkan, inilah tradisi yang mewujudkan asas kuasa yang saling menyokong.

Kau sebagai raja akan sentiasa memihak kepada pegawai kau yang merupakan orang asing, kerana mereka lah yang telah membentuk pengkalan atau asas kekuasaan kau – yang penting mereka akan tetap setia, kerana kepentingan mereka pasti akan terikat kepada tahap keselamatan serta kesejahteraan kau.

Sebagai orang asing, mereka tidak akan mendapat sokongan orang tempatan dan sememangnya akan dibenci oleh struktur kuasa yang mapan. Sifirnya mudah saja, iaitu, kalau kau jatuh, maknanya mereka juga akan jatuh, dan oleh itu, kesejahteraan dan keselamatan kau sebagai raja akan menjadi kepentingan paling utama bagi mereka untuk memastikan kau tetap kuat dan berkuasa, dan mereka kekal selesa.

Pendahulu kepada sistem Mamluk adalah Ghilman: kelas ketent3raan baru yang diperkenalkan kepada dunia Islam oleh bakal Khalifah Abbasiyah, Al-Mu’tasim, tetapi ketika itu dia belum menjadi khalifah atau memegang gelaran itu. Al-Mu’tasim menginovasikan idea awam dari bangsawan asing yang diimport ke tahap yang baru – dia mula membeli hamba berbangsa Turki (juga beberapa orang Kaukasia dan Iran) dari pasar hamba, dan mula melatih mereka sebagai askar kecil tetapi pasukan elit yang bergaji. Pasukan ini juga dianggotai oleh tent3ra asing, sukarelawan dan orang yang merdeka.

Ia berfungsi sebagai sistem yang saling menguntungkan bagi semua pihak yang terlibat. Para hamba mendapat kehidupan yang jauh lebih bahagia dan makmur dengan prospek kemajuan berbanding pengalaman yang mereka lalui sebelum Al-Mu’tasim membeli mereka, pelik kan? Kenapa menghabiskan harta untuk hamba sedangkan para bangsawan dan panglima yang lain sedang berlumba-lumba untuk memiliki angkatan tent3ra yang merdeka mempunyai prestij dan peluang untuk maju dan menang.

Akan tetapi, walaupun Al-Mu’tasim hanya memiliki tent3ra yang kecil dan tidak merdeka, namun mereka adalah hamba yang sangat berdisiplin, mereka adalah tent3ra yang sangat setia kerana mereka tahu dan faham dengan jelas bahawa keuntungan dan nasib baik mereka hanya akan kekal berterusan selagi mereka bergantung kepada Al-Mu’tasim.

Ped4ng Mamluk

Sama ada Ghilman ini pada asalnya adalah askar hamba, merdeka sepenuhnya, atau wujud sebagai suatu entiti di antaranya adalah tidak diketahui. Tetapi walau apa pun jua mereka ini, pasukan tent3ra peribadi Al-Mu’tasim yang kecil tetapi elit ini tetap berjasa dalam memberi kemenangan takhta kepada Al-Mu’asim. Keberkesanan dalam kebergantungan terhadap tent3ra profesional yang direkrut, samada sebagai hamba atau individu yang merdeka telah membuktikan keupayaan mereka dalam setiap peper4ngan, maka sejak itu, konsep yang digunakan Ghilman tersebar di dunia Islam.

Mamluk pula muncul sebagai struktur yang leih standard dan teratur secara penuh dalam penubuhan awalnya yang merupakan kesinambungan dari kumpulan Ghilman. Perjalanan awal mereka bermula, bergantung pada siapa yang korang nak tahu, baik dari penerus legasi Bani Abbasiyah seperti Al-Muwaffaq, atau Dinasti Syiah Fatimiyyah di Mesir.

Rekrut yang dipilih adalah golongan hamba lelaki yang muda, kebanyakannya dari populasi yang suka berper4ng seperti orang Turki (biasanya dari kelompok Cuman dan Kipchak) dan orang Georgia sangat digemari sebagai pilihan, tetapi orang Armenia, Koptik, dan bahkan orang Sudan amat jarang sekali ditemui.

Hamba-hamba lelaki ini kemudian akan dibesarkan sebagai anggota tent3ra yang berdedikasi tinggi, biasanya ditempatkan di berek yang terpencil dengan tempat latihan dan interaksi yang tidak luas dengan dunia luar, serta disiplin yang ketat. Setelah mereka menamatkan latihan, seorang Mamluk akan berada dalam satu situasi yang aneh di mana mereka atau kita tidak tahu adakah mereka sebenarnya telah merdeka atau masih lagi diperhambakan?

Jawapannya tiada beza kerana walaupun mereka masih lagi seorang hamba, mereka bukanlah hamba yang biasa-biasa, bahkan status mereka yang berprestij tinggi, hasil pendapatan dan pengaruh yang mereka miliki membuatkan pasukan tent3ra elit ini sentiasa dicemburui oleh ramai orang yang jauh lebih berkedudukan dan merdeka berbanding Mamluk sendiri.

Hasilnya, tertubuhlah satu pasukan tent3ra yang amat berdisiplin, terlatih, dan setia kepada pemilik / penaunh mereka dalam prospek kemajuan dan perlindungan dari struktur kuasa tempatan yang tidak menyukai mereka sebagai orang asing dan mendambakan kedudukan mereka, dan setia kepada sesama Mamluk berdasarkan semangat berpasukan mereka yang terkenal.

Peranan Dan Sumbangan

Bukanlah satu perkara yang mengejutkan sekiranya Mamluk berupaya menjadi pemain utama dalam beberapa peristiwa bersejarah yang penting. Contohnya pada tahun 1249, raja Perancis Louis IX melancarkan Per4ng Salib menentang €unia Islam. Dia mendarat di Damietta, Mesir, dan pada dasarnya tersesat arah di Sungai Nil selama beberapa bulan, hinggalah dia memutuskan untuk mengepvng kota Al-Mansoura.

Namun, bukan setakat gagal merebut kota itu, tent3ra Salib akhirnya kehabisan bekalan dan kebvluran. Pada saat ini, tent3ra Mamluk yang berkhidmat untuk Dinasti Ayyubi dengan bergayanya mengambil kesempatan menghapvskan t3ntera Louis yang lemah itu dengan sekali sapu saja tidak lama kemudian dalam Pertempvran Fariskur pada 6 April 1250. Mereka berjaya mengejar dan menahan raja Perancis sebagai tawanan, dan menuntut bayaran yang lumayan sebagai tukaran untuk menebus raja musvh mereka itu.

Salah seorang panglima Ayyubi berketurunan Mamluk-Kipchak semasa pertempuran ini bernama Baibar, dan ini adalah kemenangan utama yang pertama dirinya selaku seorang panglima t3ntera.

Bagi kaum kerabat Dinasti Ayyubi, as-Salih Ayyub adalah sultan yang terakhir dinasti ini yang memerintah Mesir dan Syria secara mutlak. Penggantinya, al-Muazzam Turanshah hanya memerintah untuk jangka waktu yang singkat, dan dibvnuh oleh kaum Mamluk. Baibar dianggap sebagai pelopor kepada salah satu dinasti Mamluk iaitu Dinasti Bahri.

Matawang yang digunakan semasa zaman Baibar

Dengan itu Dinasti Ayyubi dikira telah digulingkan di Mesir, maka Mamluk menggantikan mereka untuk berkuasa. Sultan Mamluk yang pertama adalah Aybak, yang pernah berk0nflik dengan Baibar sehingga dia terpaksa melarikan diri ke Syria, di mana dia bersembunyi di sana selama beberapa tahun.

Satu dekad kemudian, Mamluk menghadapi musvh yang baru.  Pada 3 September 1260, mereka berjaya menyekat kemaraan dan menewaskan tent3ra Mongol dari cabang Ilkhanat dalam Pertempvran Ayn Jalut. Ini adalah kekalahan yang jarang berlaku dan agak sukar diterima oleh Empayar Mongol serta menjadi penanda sebagai penghujung sempadan barat daya penaklvkan Mongol.

Sebilangan pakar berpendapat bahawa Mamluk telah menyelamatkan Dunia Islam daripada dij4rah Mongol di Ayn Jalut, ditambah lagi dengan fakta bahawa semenjak itu semakin ramai orang Mongol dari Ilkhanat yang memeluk Islam.

Namun, tidak ramai yang tahu bahawa dalam pertempvran tersebut, Mamluk turut bekerjasama dengan tent3ra Salib, dua mvsuh tradisi sanggup menghentikan sementara persengketaan mereka demi menghapvskan ancaman yang jauh lebih besar terhadap mereka.

Mendaki Hirearki Kuasa

Walaupun Mamluk dan sebahagian besar Ghilman secara teknikalnya adalah golongan hamba dan tunduk pada kehendak raja mereka, secara praktiknya mereka menjalani kehidupan seperti bangsawan, dan memegang prestij dan kekuatan untuk bersaing.

Ini bererti, mereka mencipta satu lagi struktur kuasa di mana mereka pula akan dianggap sebagai ‘raja’ oleh orang bawahan mereka yang dipercayai, bermakna, mereka akan dihargai oleh hamba sebenar, (hamba kepada hamba) dan asas solidariti yang saling menyokong di antara tent3ra hamba berbangsa asing dengan penaung mereka secara teknikalnya menjadi amalan yang sentiasa dipegang oleh mana-mana kerajaan pemerintahan Islam.

Secara teori, sistem ini kelihatan tidak sempurna. Walaupun mereka adalah hamba, namun pada suatu tahap, mereka boleh meningkat maju hingga tidak ada lagi orang yang menganggap mereka sebagai hamba tradisional. Tent3ra hamba boleh juga wujud di luar struktur kekuasaan sedia ada, dan setia kepada pemilik mereka yang menjadi punca dari mana mereka memperoleh kuasa, dan berkhidmat dengan penuh disiplin dan kesetiaan tinggi.

Sebagai balasannya, pemilik mereka akan melindungi hak istimewa mereka, kedudukan mereka yang berprestij, dan memberi penghargaan kepada mereka dalam bentuk kenaikan pangkat. Ia terbukti dalam sejarah di mana seorang askar hamba akhirnya akan bangkit sebagai seorang emir atau wazir.

Gambaran kota Damsyik semasa era Mamluk

Oleh kerana tent3ra hamba ini biasanya dibesarkan di berek yang jauh dari kampung halaman mereka dan bahkan terpisah dari keluarga etnik asal mereka. Oleh itu, mereka tidak mempunyai keluarga atau dipisahkan mengikut keturunan yang boleh mencipta jurang persaingan sesama anggota pasukan tentera mereka.

Namun, ‘kesatuan dan kesetiaan’ tidak semestinya mewakili perkara yang baik, adakalanya solidariti yang kuat di dalam rejimen tentera Mamluk memungkinkan mereka untuk bersatu dan menjatuhkan pemerintah mereka sendiri, dan sebagai gantinya mereka sendiri akan melantik salah seorang dari hamba menjadi sultan.

Masalah Dan Kelemahan

Masalah utama dalam mewujudkan pasukan tent3ra hamba asing adalah, apabila korang membiarkan organisasi begini wujud sebegitu lama, ada risiko yang besar bahawa apa yang kau tubuhkan ini akhirnya hanya akan melahirkan pemain kuasa yang lain, pemain yang kini mempunyai segala kekuatan ketent3raan dan pentadbiran serta prestij yang mereka pernah gunakan untuk menjaga kesinambungan dinasti korang kekal bertakhta sebelum itu.

Pemain yang memerintah ini akan memiliki organisasi ketent3raan terhebat di sekitar korang, dan dia ada satu pasukan yang sangat setia pada kesatuannya sendiri hasil dari semangat solidariti berpasukan yang diamalkan.

Dan dengan demikian, seiring berjalannya waktu, di kebanyakan tempat, Mamluk, Ghilman dan tent3ra hamba yang lain mula-mula sekali akan menjadi satu entiti yang berperanan sebagai kingmaker, dan lama kelamaan, mereka akhirnya akan mengambil alih kuasa lalu mereka sendiri menjadi raja. Di Mesir, seorang Emir bernama Aybak hanyalah berasal dari seorang hamba Mamluk berketurunan Kipchak.

Aybak mengambil alih kuasa pada tahun 1250 dengan sokongan tent3ra Mamluk dan dia menikahi janda Sultan Mesir yang telah meninggal dunia semasa memer4ngi tent3ra Salib, beliau mengasaskan pemerintahan kaum Mamluk ke atas Mesir yang berlangsung hingga tahun 1517, nama gelaran beliau semasa memulakan pemerintahannya adalah al-Malik al-Mu’izz Izz al-Din Aybak al-Jawshangir al-Turkmani al-Salihir. Kesultanan Mamluk meneruskan kesinambungannya sehingga tahun 1517.

Yavuz Sultan Selim dari Uthmaniyah yang menjatuhkan kekuasaan Mamluk di Mesir

Namun, walaupun wujud cubaan mengembalikan era kegemilangan dan legasi Mamluk, takdir telah tersurat, mereka masuk campur dan berkonfik dalam hal ehwal dalaman Uthmaniyah sehinggalah mereka jatuh sepenuhnya pada tahun 1520 akibat diser4ng dan dikalahkan oleh tent3ra Empayar Uthmaniyah yang bertindak melanggar selatan. Kemenangan Uthmaniyah itu adalah berkat kekuatan yang mereka kerahkan iaitu pasukan tent3ra elit Janisari di barisan hadapan melawan Mamluk – satu lagi kelas tent3ra hamba Dunia Islam.

RUJUKAN:

Shayyal, Jamal, Prof. of Islamic history, Tarikh Misr al-Islamiyah (History of Islamic Egypt), dar al-Maref, Cairo 1266.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.