Malaysia Menerima Pujian Luar

0
1208
views

Den tak suka sangat nak cerita pasal kerja, tapi atas permintaan ramai (antaranya bro Azwan Bin Omar), den ceritalah sedikit pengalaman di Geneva minggu lepas sebagai penyelaras delegasi Malaysia ke Penilaian Dasar Perdagangan Malaysia (“Trade Policy Review” atau TPR) yang diadakan di ibu pejabat Pertubuhan Perdagangan Dunia (“World Trade Organization” atau WTO) dari 14 hingga 16 Februari.

Sebagai penyelaras, kerja den banyak. Waktu Geneva pula 7 jam lewat daripada KL. Jadi tak hairanlah den macam masuk gua seminggu. Nak ber-Valentine dan beraya Cina pun tak sempat, apatah lagi nak membalas komen dan hujah berjela-jela kat post den pasal diplomat Israel itu. Sorrylah korang, wrong timing.

Balik kepada cerita TPR. TPR ni merupakan satu penilaian atau semakan berkala (“periodic review”) yang diadakan oleh WTO, badan tertinggi dunia yang mentadbir hal ehwal perdagangan dunia, untuk menilai sejauhmana negara mematuhi peraturan WTO yang berlandaskan prinsip keterbukaan dan ketelusan. Bagi Malaysia, TPR diadakan 4 tahun sekali.

Malaysia sebenarnya tiada masalah sangat nak mematuhi undang-undang dan peraturan WTO. Sebab kita merupakan negara yang berorientasikan eksport. Sejak Malaysia menyertai WTO pada tahun 1995, nilai eksport Malaysia melompat sebanyak 222%. Jadi, boleh dikatakan WTO ni menguntungkan Malaysia.

Yang susah nak mematuhi undang-undang WTO ni selalunya negara maju seperti US, EU dan gergasi ekonomi seperti China dan India. Macam Donald Trump sekarang ni main langgar je undang-undang WTO. Sebabnya negara-negara maju ni perlu menjaga pasaran domestik mereka daripada “dicerobohi” pesaing luar. Yang rugi ialah negara-negara kecil macam kita ni yang bergantung pada pasaran luar untuk eskport.

Walaupun kita selalu dengar dakwaan “ekonomi Malaysia dalam tenat”, “Malaysia hampir nak bankrap”, “imej Malaysia buruk di mata dunia”, tapi sepanjang den berada dalam mesyuarat TPR, yang paling banyak den dengar ialah pujian negara-negara asing terhadap ekonomi Malaysia. Perkataan yang paling banyak diulangi ialah “resilient” (kukuh) dan “sustainable” (mampan). Sampai den pun dah rasa bosan dan hairan, takkan tak ada kritikan langsung terhadap ekonomi Malaysia?

US, EU, Switzerland, China, Jepun semua mengambil peluang memuji Malaysia. 7 daripada 12 negara Amerika Selatan (Brazil, Chile, Peru dan lain-lain) mengambil peluang untuk menyatakan hasrat untuk merapatkan hubungan ekonomi dengan Malaysia. Rusia mengutarakan perasaan kagum terhadap Malaysia kerana mampu mencatatkan pertumbuhan GDP sebanyak 5% pada tahun 2015 walaupun harga minyak seluruh dunia jatuh, sementara Rusia mencatat pertumbuhan GDP negatif -4% pada tahun yang sama.

Waqaf Saham

Semua duk memuji dasar ekonomi Malaysia dari 2014 hingga 2017 yang melindungi Malaysia daripada krisis ekonomi dunia 2015-2016. Langsung tak sama dengan gambaran ekonomi yang dijaja oleh sesetengah pihak. Mungkin kesemua 164 negara anggota WTO pun sudah makan dedak. Kalau den kata negara-negara asing memuji GST, nanti marah kang.

Tapi itulah, pointnya ialah ekonomi Malaysia sebenarnya “on track”, walaupun bukan “perfect”. Tidak dinafikan ada banyak ruang yang perlu ditambahbaik (seperti jurang pendapatan dan harga hartanah yang mahal), tapi secara keseluruhannya, ekonomi negara berada di landasan yang tepat. Pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan bukanlah keputusan seorang dua, tapi hasil kolektif pakar kerajaan dan bukan kerajaan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk memperbaiki ekonomi negara, bukannya boleh dibakul sampah ikut sentimen politik semata-mata.

Ye betul, WTO, IMF dan Bank Dunia pun bukanlah “absolute” dalam menilai keadaan ekonomi Malaysia, tapi sekurang-kurangnya itulah pandangan dunia luar terhadap Malaysia. Tidakkah korang hairan, kenapa orang kita asal sembang pasal ekonomi je macam langit nak runtuh, tapi dunia luar begitu yakin, positif dan optimistik dengan kita?

Kalau cerita panjang lagi kang korang cakap den makan dedak lah, tak kritis lah kena baca buku Stiglitz lagi lah, jadi lebih baik korang baca sendiri liputan berita tentang TPR di bawah:

“Malaysia Wins WTO Praise for Impressive Economic Achievement” – https://www.nst.com.my/business/2018/02/336371/malaysia-wins-wto-praise-impressive-economic-achievement

“Malaysia Dapat Pujian Berikutan Pencapaian Ekonomi Yang Cemerlang” – http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1437052

“Malaysia Undergoes Seventh Trade Policy Review at WTO” – https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/02/17/malaysia-undergoes-seventh-trade-policy-review-at-wto/

Gambar ini diambil beberapa minit sebelum bermulanya mesyuarat TPR. Depan bos besar (Ketua Setiausaha MITI) pun boleh masukkan tangan dalam poket, itulah dia Ayman Rashdan Wong.