1. Penulis menekuni persepsi dan kefahaman yang dizahirkan oleh segelintir rakyat Malaysia tentang slogan “Malaysia Baru” yang digagaskan kerajaan. Penulis mengklasifikasikan kepada dua kelompok majoriti iaitu “menyokong tanpa faham” atau “menolak tanpa faham”. 

2. Malangnya, kita boleh terpisah kepada kedua kelompok ini hanya kerana semangat kepartian, pro-kerajaan akan menyokong manakala pro-pembangkang akan menolak. Fenomena seperti ini menandakan bahawa wacana politik kita masih berkisar ditahap yang mandum dan ini sangat membimbangkan, kita masih tidak celik atau matang berpolitik.

Sepatutnya, apabila selesai proses pilihanraya, kita perlu bergerak kearah pembinaan dan pengurusan negara. Tajuk perbincangan politik yang perlu kita bahaskan ialah tentang polisi negara, adakah tindakan sekian adalah yang terbaik untuk negara atau sebaliknya, jika tidak apa solusi yang kita boleh salurkan, jika tidak berkesan lagi, rakyat boleh menekan mengikut saluran(baca: check and balance).

Apakah Malaysia Baru Bagi Kerajaan

3. Sehingga sekarang tiada definisi Malaysia Baru yang berjaya menepati spektrum sains politik yang benar. Adapun, kenyataan daripada Menteri atau Perdana Menteri sendiri, semuanya bersifat populis dan mempunyai kesamaran(tidak tepat). Respon daripada kesamaran inilah yang melahirkan kekeliruan rakyat terhadap visi kerajaan yang baru ini.

4. Di dalam portal rasmi, kerajaan mentakrifkan Malaysia Baru sebagai “Malaysia Baharu adalah hasil daripada usaha untuk membaiki apa yang telah rosak di negara ini dan untuk mengulangi lagi kejayaan dan pencapaian negara yang membanggakan yang pernah dicapai sebelum ini” atau dalam erti kata lain, selepas Malaysia berjaya membina kerajaan baru(Pakatan Harapan), Malaysia seolah-olah bebas daripada kerajaan yang korup, kleptokrasi dll/suci seperti baru lahir. Jika kerajaan ingin terus mengunakan laras definisi ini untuk “Malaysia Baru”, saya jangkakan yang ia akan gagal dan terus membawa kepada perpecahan.

Malaysia Baru Bagi Pembangkang

5. Mereka akan melihat slogan ini sebagai ancaman, sebagai sebuah ideologi pemula kepada kebencian perkauman, agama yang mula membuak semenjak Pakatan Harapan mula memimpin negara. Kita tidak pelik kenapa kefahaman sebegini boleh timbul, ianya kerana definisi yang samar seperti dijelaskan tadi. Namun, kita juga perlu adil dalam menyatakan pandangan, elakkan bersangka-sangka kerana ia menimbulkan jurang bukan mendekatkan.

Malaysia Baru Sebagai Identiti Nasional

6. Malaysia Baru bukanlah slogan yang diguna pakai bagi memperingati kekalahan Barisan Nasional, sampai bila kita mahu berdendam dan menyalahkan orang lain, sepatutnya mentaliti kerajaan perlu lebih matang dan teliti. Malaysia Baru juga bukanlah satu bentuk ancaman kepada negara kerana ia tidak sama dengan “Malaysian Malaysia 1967”. Malaysian Malaysia menghendaki kita untuk tidak mendiskriminasi kaum bukan Melayu dengan menghapuskan Perkara-153 (hak-hak istimewa) dalam perlembagaan Malaysia, manakala Malaysia Baru pula membahaskan perkara yang lain (identiti-nasional).

7. Malaysia Baru sepatutnya menjadi visi kerajaan dalam membina identiti nasional(baca: building national identity) bukan instrumen menyerang pembangkang. Di dalam negara yang mempunyai kepelbagaian agama, bangsa dll, selain pembangunan material, Malaysia juga harus fokus dalam membangun identiti negara yang dapat menyatukan dalam kepelbagaian(rujuk: unity in diversity).

8. Identiti ialah sesuatu yang merujuk kepada individu atau kumpulan, ianya merupakan sesuatu yang membezakan kita daripada orang lain sama ada dari segi fizikal atau sosial, nilai atau bentuk perilaku. Jesteru itu, apakah identiti negara kita?

9. Jangan “over-interpreted” kenyataan di atas, kita perlu membezakan identiti bangsa, agama dengan identiti sebuah negara, kesemua identiti ini merupakan dari jenis yang berbeza. Jelas bahawa identiti agama membentuk muslim agar teguh bila berkait agama mereka, muslim tidak sesekali akan membenarkan agama mereka, nabi mereka dihina bagi alasan dakwah. Itu bukan lagi dipanggil dakwah tapi satu bentuk kebodohan.

10. Identiti sebuah negara akan membina dan memberitahu kita siapakah itu orang yang berwarganegara Malaysia dikala kita mempunyai pelbagai bangsa dan agama. Walaupun kita Melayu muslim, kita warganegara Malaysia. Walaupun kita berbangsa Cina Buddha, kita warganegara Malaysia. Itulah fungsi identiti-nasional.

11. Kita perlu mengakui bahawa Malaysia mempunyai pelbagai kaum, bukan hanya orang Melayu sahaja. Tetapi disamping orang melayu memperakui kepelbagaian bangsa lain, bangsa lain juga wajib ada rasa hormat dengan hak mereka (orang melayu dan islam). Wacana seperti itulah yang harus dilaraskan dalam slogan Malaysia Baru.

Kesimpulan

12. Malaysia Baru tidak sepatutnya disalah tafsir sebagai satu benda yang jahat dan salah semata-mata, ia benda yang baik tapi sebaliknya apabila disalah guna, itulah sepatutnya yang diperhatikan oleh pembangkang dan rakyat sebagai instrumen “check and balance” bagi kerajaan. Malaysia Baru juga jangan sesekali disalah guna oleh kerajaan untuk dijadikan hujah murahan bagi menghalalkan semua polisi yang mengugat kestabilan politik kita.

13. Tetapi lupakan sajalah jika kita masih mahu mengunakkan Malaysia Baru sebagai tanda kerajaan BN jatuh dsb. Wacana politik sebegitu menunjukkan ketidak-matangan sebuah kerajaan dan akan membina rakyat yang sama.

Menjadi kerajaan harus memiliki visi yang lebih besar dan murni selain menjatuh dan memalukan orang lain. Semoga Malaysia Baru difahami semua terutama pemimpin negara dan mahasiswa, jika ia digunakan selain daripada sebagai agenda pembangunan identiti nasional, sudah pasti Malaysia Baru akan menjadi seperti “air besar sampan tak hanyut” sahaja.

Wallahualam

Artikel disumbangkan oleh Aiman_R untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.