Nasionalism sebuah bangsa bangkit dalam pelbagai cara. Misalnya dalam Perang 100 tahun, orang Inggeris dan Perancis mula mendapatkan identiti bangsa Inggeris dan Perancis mereka. Perang 100 tahun antara dua kerajaan ini membuatkan orang Inggeris mula bangga dan berjuang demi kebangsaan Inggeris, manakala orang Perancis mula merasakan semangat yang sama.

Dan nasionalism yang paling purba, dipercayai datang dari bangsa Arab. Mereka dengan sikap-sikap kepuakan mereka ialah nasionalism kecil pertama yang dapat dilihat dalam sejarah. Nasionalism sebagai bangsa Yunani mula bangkit ketika Parsi mula melanggar negara-negara kota Yunani. Sparta dan Athens yang sebelum ini saling bergaduh antara mereka, mula bersatu demi melawan penjajahan Parsi.

Bercakap pasal nasionalism, aku suka petik nasionalism orang Serbia. Setiap orang Serbia harus mengakui bahawa sesungguhnya para tentera Serbia yang gugur melawan Uthamniyah ialah sebuah jihad mereka, dan simbolik kepada syahidnya mereka. Kepercayaan ini dipanggil sebagai Kosovo Myth.

Kita perlu tambahkan kriteria untuk kita di Malaysia diakui sebagai Melayu. Aku suka bagaimana orang Serbia meletakkan setiap bangsa Serbia mengenangkan dalam dada mereka Pertempuran Kosovo sebagai lambang kebangsaan orang Serbia melawan penjajahan Uthmaniyah, dan mempertahankan agama Krisitian Ortodoks mazhab Serbia.

Jadi, untuk seseorang itu digelar sebagai Melayu, selain agama Islam, berbahasa dan mengamalkan adat-adat Melayu, untuk membenarkan kemelayuannya, maka kita kena ada Malay Myth kita tersendiri. Seorang Melayu di Malaysia itu harus beragama Islam, berbahasa dan mengamalkan adat dan budaya Melayu, dan mengakui Malay Myth yang mampu menyatukan kita semua dalam satu identiti nasionalism.

Peristiwa apa yang nak menyatukan seluruh orang Melayu dalam satu identiti? Ada beberapa, contohnya:

– 1511, kita orang Melayu kena tahu kalau kita bergelumang dengan korupsi, bergaduh sesama kita, maka apa yang berlaku pada nenek moyang kita masa 1511 akan berlaku kepada kita. Akhirnya kita hilang zaman keemasan kita, dan kita kena berikar kita tak akan bergaduh dan berpecah lagi sehingga membawa kepada angkara busuk kepada bangsa kita.

– Penjarahan Rajendra Chola pada tahun 1025 ke atas Srivijaya. Penjarahan ini telah melemahkan Empayar Melayu Srivijaya sebab nanti selepas itu, orang Melayu tidak lagi bersatu dibawah federasi dan sebuah kesatuan bangsa, mula berpecah-pecah sampai ke zaman moden. Kita ambil iktibar dari pepercahan ini. Kita orang Melayu kena berikrar suatu hari nanti, kita semua akan kembali bersatu di bawah satu payung seperti mana nenek moyang kita dibawah payungan Srivijaya.

– Atau setiap orang Melayu yang lahir harus mengakui dan mengenangkan kepewiraan tokoh pejuang bangsa. Kita pilih 5 tokoh ini sebagai simbolik penyatuan Melayu. Hang Nadim: melawan Portugis. Leftenan Adnan; melawan penjajah Jepun. Adrujha melawan Siam. Tun Abdul Jamil; melawan Portugis dan Tengku Kudin. Setiap anak Melayu harus kenal sejarah dan kenangkan perjuangan mereka untuk digelar sebagai Melayu sejati. Semangat 5 nama ini harus dipasakkan dalam dada setiap mereka yang bernama Melayu.

– Perang Musuh Bisik, di sini banyak kisah kepewiraan bangsa kita yang tak sanggup tunduk di bawah penjajahan Siam. Ini ialah bukti orang Melayu sanggup melawan ke titisan darah terakhir melawan penjajahan Siam. Kalau tak kerana British masuk campur, nescaya orang Melayu dah ketuk pintu Grand Palace kat Bangkok tu, memenggal kepala raja mereka. Semangat bersatunya orang Melayu, dan kerasnya mereka melawan penjajah membuatkan British memberi tabik hormat kepada Melayu melihatkan kentalnya kita tidak tunduk dibawah penjajahan.

– Revolusi Sumatera Timur di mana raja-raja Melayu kita dibasahkan darahnya sebab hasutan geng-geng Komunis atas nama “rakyat”. Negeri-negeri Melayu di Sumatera yang menjadi negeri terkaya di Nusantara ini dijarah sampai ke titisan terakhir. Jadi padang jarak padang terkukur. Puteri-puteri raja Melayu ketika itu dirogol sewenang-wenangnya. Putera dan raja-raja Melayu dirodok perutnya. Maka, kita orang Melayu harus bersama-sama berjanji kepada diri kita betapa kita tak akan membenarkan nasib yang sama berulang lagi kepada orang Melayu.

Sebab hari ini ramai yang mengaku bahawa dirinya Melayu, tetapi nilai jati diri Melayu-nya pun kita tak nampak. Jadi, bagaimana nak nilai ke-Melayu-an seseorang? Aku dah bagi caranya.

Kalau difikirkan, bagi aku tiada salahnya menambahkan Malay Myth (pilih sahaja peristiwa-peristiwa besar dalam Tamadun Melayu) sebagai salah satu pasak identiti Melayu? Nilai sejarah ini harus diakui sebagai nilai Ke-Melayuan seseorang. Barulah kita rasa “self-belonging” kepada Melayu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.