Maksud Sebenar Menjaga Tepi Kain Orang

945

https://bit.ky/kombowww

Apa maksud ” Menjaga tepi kain orang?”

Pertamanya mari berkenalan dengan #anatomi sehelai kain dalam alam #Melayu.

Tepi kain atau juga disebut gigi kain adalah bahagian birai yang terletak selepas kawasan kaki kain Biasanya tepi kain ini amat halus dan tersembunyi, kadangkala tidak kelihatan.Coraknya juga tidak menarik berbanding bahagian Kaki,Kepala dan Badan Kain.

Oleh kerana itu, bahagian tepi kain ini amat jarang diberikan perhatian kerana kedudukannya yang tersembunyi.

Jadi apabila bahagian yang tidak tampak itu yang sibuk diperkatakan oleh orang yang melihat,sedangkan ia sendiri tidak begitu kelihatan kepada pemakai, itulah yang dimaksudkan dengan sibuk memberi perhatian kepada aib orang lain.

Kerana bahagian tepi kain ini biasa disembunyikan boleh pemakainya sama ada di dalam gulungan atau ikatan bergantung kepada cara pemakaiannya.

Jadi sikap orang yang menjaga tepi kain orang ini sangat negatif kerana bahagian yang sudah disembunyikan pemakainya pun boleh kelihatan cela pada matanya.

Itulah sedikit sebanyak maklumat yang abang terima daripada kenalan Abang,seorang tukang #tenun di Pusat Tenun Pulau Keladi,Pekan Pahang. Semoga bermanfaat!

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.