Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, “etimologi” ditakrifkan sebagai “cabang ilmu linguistik yang mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata”. Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, “rasul” bermaksud “utusan atau pesuruh Allah yang telah menerima syariat untuk disampaikan kepada umatnya”.

Untuk pengetahuan semua, terdapat seramai tiga ratus tiga belas Rasul telah diutuskan oleh Allah SWT. Dua puluh lima (25) daripadanya wajib diketahui para penganut agama Islam. Keimanan kepada Rasul telah tertakluk dalam Enam Rukun Iman.

ASAL-USUL NAMA RASUL

Adam adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Arab, “ʾādam (آدَم)” yang membawa maksud “orang”.

Idris adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Arab, “ʾadrus (إدرس‎)” yang membawa maksud “ajar”.

Nuh adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Hebrew, “ʾNóaḥ (נוח‎)” yang membawa maksud “selesa”, “mudah”, “memudahkan”.

Hud adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Arab, “Ha’id” yang membawa maksud “yang kembali kepada kebenaran”.

Salleh adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Arab, “ṣalaḥa (صلح)” yang membawa maksud “menjadi baik”.

Ibrahim adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Hebrew, “ʾaḇrāhām (אַבְרָהָם)” yang membawa maksud “bapa para Nabi”.

Lut adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Hebrew, “lūṭ (לוט)”.

Ismail adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Hebrew, “yishma’él (ישמעאל)” yang membawa maksud “Tuhan Mendengar”.

Ishak adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Hebrew, “yiṣḥāq (יצחק)”.

Yaakob adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Hebrew, “ya’akov (יעקב)” yang membawa maksud “tumit”.

Yusuf adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Hebrew, “yoséf (יוסף)” yang membawa maksud “semoga dia ditambah”.

Ayyob adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Hebrew, “iyov (איוב)”.

Zulkifli adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Arab, “ḏū kifl (ذوالكفل)” yang membawa maksud “dia yang banyak memiliki”.

Syuaib adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Arab, “šuʿayb (شعيب)”.

Musa adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Hebrew, “moše (משה)” yang membawa maksud “menarik keluar”.

Harun adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Mesir Purba, “hrw” yang membawa maksud “pahlawan singa”.

Daud adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Hebrew, “dāwīḏ (דוד)”.

Sulaiman adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Suryani, “šlemūn” yang membawa maksud “sejahtera”.

Yunus adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Yunani, “Iōnâs (Ἰωνᾶς)” yang membawa maksud “burung merpati”.

Ilyas adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Yunani, “Ēlías (Ἠλίας)” yang membawa maksud “dia yang agung”.

Ilyasa adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Hebrew, “elîšā (אלישע‎)”.

Zakaria adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Hebrew, “zəḵaryā (זכריה)”.

Yahya adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Arab, “yaḥyā (يحيا)” yang membawa maksud “dia hidup”.

Isa adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Hebrew, “Yəhōšúa (יהושע)” yang membawa maksud “Keselamatan YHWH”.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Muhammad adalah salah seorang Rasul utusan Allah SWT yang wajib diketahui umat Islam. Nama tersebut berasal daripada Bahasa Arab, “ḥammada (حمد)” yang membawa maksud “untuk puji”.

PENUTUP

Kesimpulannya, itulah asal-usul nama kesemua 25 Rasul yang wajib diketahui oleh umat Islam. Setelah wafatnya Muhammad SAW pada hari Jumaat yang bertarikh 8hb Jun 632 Masihi, tiada lagi Rasul yang diutuskan sehingga hari ini.

RUJUKAN:

Dewan Bahasa Dan Pustaka: Etimologi. Dicapai pada 255hb April 2020 dari http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=etimologi

Dewan Bahasa Dan Pustaka: Rasul. Dicapai pada 255hb April 2020 dari http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=rasul

AL-AFKAR #62: PERBEZAAN ANTARA NABI DAN RASUL. Dicapai pada 25hb April 2020 dari https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/3658-al-afkar-62-perbezaan-antara-nabi-dan-rasul

25 Rasul Yang Wajib Diketahui. Dicapai pada 25hb April 2020 dari https://ohmyislam.wordpress.com/rukun-iman/25-rasul-yang-wajib-diketahui/

Perbezaan Antara Nabi Dan Rasul. Dicapai pada 25hb April 2020 dari https://www.azhan.co/perbezaan-antara-nabi-dan-rasul/

Maksud Nama-nama Nabi. Dicapai pada 25hb April 2020 dari https://namanamaislam.net/maksud-nama-nama-nabi

Nabi Muhammad Sebagai Nabi Terakhir Dan Posisi Nabi Isa Di Akhir Zaman. Dicapai pada 25hb April 2020 dari https://islam.nu.or.id/post/read/117279/nabi-muhammad-sebagai-nabi-terakhir-dan-posisi-nabi-isa-di-akhir-zaman

Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.