Maksud disebalik Kekasih Awal dan Akhir, Kekasih Zahir dan Batin

684

Kita sering kali mendengar ayat itu, tapi jarang-jarang mengerti akan maksudnya.

1.Al-Awwal ( Maha Permulaan/Maha Pertama)

– Zat yang pada kewujudan-Nya tidak didahului oleh sesuatu yang lain.
– Dia tidak memerlukan orang lain kerana di atasnya sudah tidak ada sesuatu.
– Menjadi sandaran bagi segala yang wujud termasuk fenomena, perasaan dan musibah.

Kesan pembelajaran al-Awwal akan menyebabkan kita hilang segala perasaan tidak baik seperti dendam, benci dan iri hati.

Kita juga akan sedar bahawa segala musibah bermula daripada Al- Awwal.

2. Al-Akhir (Maha Penghabisan/ Yang terakhir)

-Zat yang kekal terus setelah habisnya sesuatu yang maujud
-Allah S.W.T yang mula-mula, kepada-Nya lah tempat kembali di akhir.

3. Al- Zahir

– Zat yang kedudukannya berada di atas makhluk-Nya.
– Lalu, dengan kedudukan itu dia bertindak melihat dan menyaksikan dengan ilmu-Nya.
– Kemudian, dia bertindak mengatur makhluk dengan kekuasaan-Nya.

Kesan pembelajaran Al-Zahir, kita akan redha( kemuncak ketenangan), tawakal dan ikhlas menerima sebagai orang yang berada diposisi hamba.

– Zat yang Al- Zahir juga berupaya menyatakan dan menampakkan kewujudan-Nya dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaan-Nya.

-Apabila kita melihat sesuatu yang mengagumkan, itu bererti kita melihat Allah yang sedang mempamerkan diri-Nya Al-Zahir.

4.Al- Batin
-Allah memiliki pengetahuan terhadap sesuatu yang batin ( tersembunyi) dan berupaya menghalang manusia daripada mengetahui sesuatu yang batin.

Contoh, peristiwa barang tiba-tiba hilang.

Dari zahir yang paling tinggi sehingga batin yang paling halus dan tak nampak.
Batin bukanlah bererti zat yang semakin mengecil.

Sifat kebatinan-Nya di bawah ( bukan paling rendah) tetapi di bawah itu bererti halus dan tidak terlihat daripada pandangan mata.

Artikel dikirimkan oleh Cikgu Wanny untuk The Patriots. 

Rujukan: Kelas Dr.Sholihah Kaswari
Rujukan : Buku Penjelasan Asmaul Husna- Ibnu Kathir

Ruangan komen telah ditutup.