Makhluk Ini Bangkit Semula Selepas 100 Juta Tahun Tidur

2,440

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Australia terletak lebih kurang 6,500 kilometer dari Myanmar. Tetapi kedua-dua negara ini dulu pernah berkongsi benua yang sama. Gondwana mungkin berbunyi seperti Afrika.

Tetapi inilah benua yang pernah wujud sekitar 550 juta tahun dahulu. Gondwana mula berpisah sekitar 180 juta tahun dahulu.

Tempoh 370 juta tahun ini sangat mencukupi untuk kehidupan terhasil. Salah satu kehidupan tersebut ialah spesis pokok atherosperma moschatum yang biasa tumbuh di Australia.

Gondwana dulu.

Walau bagaimanapun, saintis menemui sekuntum bunga valviloculus pleristaminis yang disimpan dalam batu ambar.

Disimpan alam untuk kajian manusia.

Pleristaminis mempunyai perkaitan biologi dengan moschatum.

Tetapi masalahnya, saintis menemui bunga pleristaminis yang dipercayai berusia 100 juta tahun ini di Myanmar (Avery, 2020).

Bunga moschatum.

Penemuan ini membuktikan faktor Gondwana yang menghubungkan dunia satu masa dahulu.

Bunga ini sangat halus, dianggarkan dalam 2 mm sahaja. Oleh kerana diawet dalam batu ambar, ia meninggalkan ciri-ciri menarik untuk dikaji.

Penyelidikan ini dibuat pakar-pakar paleontologi daripada Universiti Negeri Oregon. Tetapi bukan setakat ilmu paleontologi yang ditambah. Mereka juga mengukuhkan pengetahuan tentang bidang geologi.

Teknologi sains yang semakin maju membolehkan kajian kompleks sebegini. Bukan bunga ini sahaja yang menjadi saksi pada alam masa lampau. Kerana saintis pernah menemui organisme halus yang sebenarnya masih hidup.

Lebih Halus, Lebih Lama

100 juta tahun ialah suatu tempoh yang sangat lama. Ketika itu Tyrannosaurus Rex belum wujud lagi. Malah spesis Daspletosaurus yang mendahului Tyrannosaurus Rex juga masih belum wujud.

Tetapi inilah zaman kemuncak dinosaur, seperti Argentinosaurus yang berleher panjang (Hecht, 2003). Ketika ini sesuatu berlaku di dasar laut. Dan banyak sampel mikroorganisma halus tert1mbµs atas apa yang berlaku.

Masa berlalu.

Hari demi hari.

Hingga alaf demi alaf, hinggalah 101.5 juta tahun kemudian.

Benua sudah berubah.

Dasar laut berubah.

Semuanya berubah. Tetapi mikroorganisma ini masih hidup, ditemui sepasukan penyelidik yang menyelam enam kilometer ke dasar Laut Pasifik.

Sampai di dasar, mereka menggali 100 meter dalam dan menemui harta karun saintifik.

Alam laut yang penuh rahsia alam.

Tinjauan mendapati kawasan lautan ini kekurangan oksigen dan zat nutrien. Itu tidak menjadi penghalang untuk mikroorganisma ini.

Mereka masih hidup, menongkah masa tanpa jemu. Jika boleh bercakap, entah apa yang akan dikongsi.

Kemandirian mikroorganisma ini menjadi tanya tanya kepada saintis, kerana zon mereka hidup memang tiada kehidupan lain langsung.

Penyelidik ini mengeluarkan mikroorganisma ini dari dasar laut dengan cermat. Pertama sekali, mereka memastikan tiada penc3m4ran akan berlaku.

Jadi keadaan sekeliling disterilkan dulu. Kemudian, mereka mengeluarkan mikroorganisma ini dengan menggunakan sebuah tiub.

Langkah ini diambil untuk menjaminkan mikroorganisma di dalam pasir tidak bercampuran dengan mikroorganisma sekeliling.

Akhir sekali mikroorganisma purba ini dibawa ke makmal untuk kajian. Apa yang mereka dapati agak mengejutkan.

Kerana mikroorganisma ini sedang berhibernasi. Itulah rahsia di sebalik kehidupan mereka yang serba panjang. Hanya apabila diberi nutrien barulah semua kembali aktif (Letzler, 2020).

RUJUKAN:

Avery, D. (2020, Disember 24). ‘New’ species of flower is discovered in a shard of amber in Myanmar 100 million years after it blossomed. Daily Mail Online.

Hecht, J. (2003, Oktober 25). Veggie monsters. NewScientist.

Letzler, R. (2020, Julai 30). Sleeping microbes wake up after 100 million years buried under the seafloor. Live Science.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.