Makan Mayat Sebagai Perubatan?

808

“Hope not for mind in women; at their best. Sweetness and wit, they’are but mummy, possess’d.”

Bagi sesiapa yang membaca baris terakhir sajak Love’s Alchemy yang dikarang oleh sasterawan John Donne, pasti merasa pelik mengapa penulis memilih dua baris terakhir sajak berkenaan.

Jika anda perasan, wanita disamakan dengan mumia yang dirasuk. Aneh kan pilihan perkataan Donne? Tidak ramai tahu pada suatu ketika di Eropah, m4yat merupakan pilihan makanan perubatan orang Eropah. Dan ya, orang Eropah pada zaman itu meniru selera Hannibal Lecter!

Perkara ini berleluasa di Eropah terutama pada abad ke-16 dan abad ke-17, dua abad yang merupakan tempoh utama Zaman Renaissance. Dan pemakannya juga datang dari pelbagai lapisan masyarakat dari golongan pemerintah (raja dan bangsawan) hinggalah golongan marhaen.

Cakaplah apa sahaja bahagian m4yat yang dicuba, semuanya dicuba untuk mengubati penyakit dari sakit perut hinggalah epilepsi. Terima kasih kepada kepercayaan tahyul kalah Hantu Kak Limah ini, ramai yang menjadi per0mpak kubur dengan menggali m4yat dan menjual semua bahagian tubuh m4yat di pasaran.

Menurut penulis Mummies, Cannibals and Vampires: The History of C0rpse Medicine from the Renaissance to the Victorians, Richard Sugg, soalan yang patut ditanya dalam hal ini bukan ‘Patutkah kita makan daging manusia?’ tetapi ‘Apa jenis daging yang kita patut makan?’. Mumia misalnya ditumbuk sehingga hancur dan diambil untuk membantu menghilangkan masalah pendar4han dalaman.

Rajah 1: Mumia dihancurkan dan dijadikan sebagai perisa minuman yang boleh merawat pendar4han dalaman.

Tengkorak pula ditumbuk sehingga hancur dalam bentuk serbuk dianggap penawar mujarab untuk masalah sakit kepala. Manakala lemak manusia pula digunakan untuk merawat sakit luaran. Contohnya, doktor-doktor Jerman pada abad ke-16 dan abad ke-17 menganjurkan kain balutan luka direndam dalam lemak sebelum digunakan untuk membalut luka. Mereka juga mengatakan menyapu lemak pada bahagian kulit merupakan penawar terbaik kepada penyakit gout.

Rajah 2: Serbuk tengkorak sesuai sebagai penawar sakit kepala.

Apa cerita dar4h? Biasanya dibuat sebagai bahan minuman kesihatan. Contohnya dalam kes Raja Charles II, minuman wain yang diambilnya mempunyai sedikit d4rah yang dijadikan sebagai bahan perisa. Nak minum, d4rah mestilah masih lagi dalam keadaan segar kerana didakwa mengandungi semua khasiat badan. Dan bagi penduduk miskin, peluang terbaik nak minum d4rah ialah selepas upacara hukuman m4ti.

Mereka akan membayar sedikit wang untuk mendapatkan secawan d4rah pesalah yang masih segar. Tambah Sugg, “Pertanda dianggap penyembuh terbaik di negara-negara rumpun Germanik. Dia dianggap sampah masyarakat tetapi dengan kuasa yang menyamai kuaa magis.” Bagi yang memilih meminum dar4h yang telah dimasak, ada satu resepi pada abad ke-17 yang menunjukkan bagaimana d4rah boleh diproses menjadi jem marmalad.

Rajah 3: Minuman kegemaran Raja Charles II ialah wain yang dicampur d4rah.

Jadi kenapa ramai yang obses dengan tonik tenaga yang menjelikkan ini? Menurut Sugg, d4rah manusia didakwa mengandungi jiwa manusia daripada badan yang diambil. Roh dianggap komponen sebenar fisiologi yang menghubungkan badan dengan jiwa.

D4rah sebegini dianggap mempunyi khasiat yang tinggi di mana sesetengah mengambilnya untuk memperoleh kekuatan bak orang muda. Perkara ini turut disokong oleh polymath Renaissance terkenal, Leonardo da Vinci yang menyifatkannya sebagai satu peluang bagi jiwa orang yang telah tiada mendapatkan kembali sisi sensitiviti dan intelektual kehidupan.

Namun, idea ini tidaklah eksklusif pada era Renaissance sahaja. Pada era Rom, bukan satu rahsia d4rah gladiator yang m4ti dihirup oleh penonton-penonton untuk mendapatkan khasiat dan kekuatannya.

Kebanyakan doktor dalam tamadun lain dari Mesopotamia hingga India turut mencadangkan perkara sama atas alasan kesihatan. Namun bagi orang Eropah, apa yang dibuat mereka tidak salah. Tetapi jika yang melakukannya ialah kelompok bangsa lain seperti orang asli Amerika, lambang tak bertamadun dan kejam memang selalu dibaling.

Hipokrasi ini didedahkan oleh Michel de Montaigne menerusi eseinya yang bertajuk ‘On the Cannibals’. Esei yang dikarang pada abad ke-16 itu menyifatkan kegiatan kan!balisme di Brazil dua kali lima sama saja dengan kan!balisme di Eropah (orang Eropah menggelar amalan ini perubatan m4yat). Malah, de Montaigne turut menyifatkan kegilaan mereka ini sama seperti pembvnvhan rakus yang berlaku semasa perang keagamaan dilancarkan.

Seiring dengan perubahan semasa, amalan jelik ini perlahan-lahan dilupakan. Ini berikutan perkembangan sains dan teknologi yang melanda Eropah pada era Renaissance terutama input ilmu yang datang dari dunia Islam melalui karya-karya yang diterjemah dalam banyak bahasa.

Tetapi itu masih belum cukup memadamkan amalan ini untuk selama-lamanya. Misalnya, lilin yang diperbuat daripada lemak manusia yang dipanggil lilin pencuri. Lilin ini dikatakan boleh menyebabkan seseorang itu lumpuh. Mitos lilin ini terus bertahan sehingga akhir abad ke-19. Manakala kali terakhir mumia dijual sebagai ubat-ubatan ialah pada permulaan abad ke-20.

RUJUKAN:

Dolan, Maria. (2012). The Gruesome History of Eating C0rpses as Medicine. Smithsonian Magazine. https://www.smithsonianmag.com/history/the-gruesome-history-of-eating-corpses-as-medicine-82360284/

Ruangan komen telah ditutup.