Makan Ikan Ni, Lepas Tu Kau Akan High…

699

Bahan halusinogenik ialah sejenis d4d4h yang membuatkan penggunanya khayal dan ‘high’. Kalau kita ikut konteks sekarang, bahan tersebut banyak digunakan dalam d4d4h seperi LSD dan bahan psikedilik. Ada sesetengah bahan tersebut boleh didapati daripada cendawan, di mana ia dikenali sebagai cendawan magik, dan mengikut orang Rom, bahan tersebut juga boleh didapati daripada sejenis ikan.

Ikan ini, Sarpa salpa boleh ditemui di laut Mediterranean, pantai timur Afrika hingga ke Perancis. Dalam sesetengah upacara, orang Rom purba akan memakan ikan tersebut untuk mendapatkan kesan khayal berkenaan. Dalam masyarakat setempat dan Arab, ikan ini dikenali sebagai ‘ikan mimpi’ atau ‘ikan yang membuat mimpi’.

Kembali ke zaman moden, pada tahun 1994, seorang lelaki telah mengalami halusinasi teruk setelah memakan ikan panggang Sarpa salpa di French Riviera. Menurut mangsa, dia telah mengalami simptom seperti loya, masalah otot dan juga mata yang kabur. Tak lama selepas itu, dia mengalami halusinasi seperti haiwan yang menjerit dan juga arthropoda (taksonomi keluarga bagi serangga, ketam etc) gergasi. Dalam kes lain, halusinasi berupa manusia menjerit dan burung yang berkicauan telah dialami oleh seorang lelaki tua berumur 90 tahun, juga selepas memakan ikan berkenaan, di lokasi yang sama.

Ikan Sarpa salpa ini menurut penulis sama seperti ikan buntal. Ikannya secara dasar tak beracun, tapi dietnya yang membuatkan ia beracun. Antara persoalan yang timbul berkenaan ikan ini ialah bukan semua orang akan mengalami halusinasi setelah memakan ikan tersebut. Jadi, ini bermakna gaya hidup ikan itu sahajalah punca kenapa ia beracun.

Dapatan kajian mendapati ikan tersebut memakan phytoplankton yang tumbuh pada tumbuhan laut. Ekstrak halusinogenik yang terdapat pada phytoplankton berkenaan kemudiannya akan melalui proses bioakumulasi di mana ia terkumpul dalam organ ikan tersebut. Semakin tinggi phytoplankton beracun yang dimakan, semakin tinggi lah ekstrak yang terkumpul. Akhirnya, ikan yang beracun ini dimakan oleh manusia dan seterusnya mengalami halusinasi teruk. Nama fenomena keracunan halusinogenik ini bernama ichthyoallyeinotoxism.

Walau bagaimanapun, kajian mengenai fenomena ini masih tak mencukupi dan saintis kurang pasti bahan kimia apakah yang menyebabkan khayalan tersebut. Terdapat kemungkinan bahawa ia adalah sama seperti bahan LSD dan cendawan magik, tapi setakat itu sahajalah. Masih tak konklusif.

Namun apa yang pasti, sekiranya anda melawat negara Mediterranean dan ternampak Godzilla mengamuk setelah memakan hidangan ikan, sekurang kurangnya anda sudah tahu apa puncanya.

RUJUKAN:

Bellassoued, K., Hamza, A., Abdelmouleh, A., Makni, F., Van Pelt, J., & Elfeki, A. (2012). Toxicity assessment of dreamfish Sarpa salpa from the Gulf of Gabes (Tunisia, Eastern Mediterranean Sea). Journal of Food, Agriculture and Environment, (2).

de Haro, L.; Pommier, P. (2006). “Hallucinatory fish poisoning (ichthyoallyeinotoxism): two case reports from the Western Mediterranean and literature review”. Clinical Toxicology. 44 (2): 185–8. doi:10.1080/15563650500514590. PMID 16615678.

Froese, Rainer and Pauly, Daniel, eds. (2015). “Sarpa salpa” in FishBase. April 2015 version.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.