Orang banyak bercerita pasal Ramses II kerana kemungkinan besar inilah firaun durjana yang menyusahkan Bani Israil semasa zaman kerasulan Nabi Musa (as).

Walau bagaimanapun, teori Ramses II sebagai firaun tersebut masih lagi bersifat kemungkinan kerana ada persamaan dan percanggahan. Dalam artikel ini, saya bercerita tentang Ramses II tanpa melibatkan sirah Musa (as). Kerana artikel ini sebenarnya bukan pasal baginda, sekadar perkaitan sahaja.

Perkaitan Ramses II dan “Firaun Musa” dibuat selepas mengambil kira faktor kekayaan ekonomi dan pengaruh politik Mesir Purba.

Ramses II.

Semasa zaman Ramses II, negara Mesir Purba boleh dikatakan berada pada tahap paling maju dan berkuasa. Ramses II seolah-olah berkuasa terlalu mutlak dengan keagungan tidak terhingga bagaikan “seorang raja atas raja-raja”.

Dan kemutlakan ini adalah kerana keberkesanan sebuah kerajaan, yang mana baginda dibantu golongan cerdik pandai dalam pengurusan ekonomi.

Mudah cakap, Ramses II mempunyai menteri kewangan yang bijak. Dan menteri kewangan ini bukan jenis tersilap titik perpuluhan.

Main Dua Bendang

Sistem kerajaan Mesir Purba menghubungkan dasar ekonomi dengan unsur agama. Sebenarnya sistem moden seperti Malaysia pun tiada beza. Mesti ada jawatan untuk ekonomi. Mesti ada jawatan untuk agama (mufti misalnya). Tetapi semasa zaman Mesir Purba, hanya seorang sahaja yang pegang kedua-dua jawatan.

Baru-baru ini sejarawan Mesir iaitu Ola el-Aguizy mengetuai sebuah pasukan arkeologi bagi pihak Universiti Kaherah. Mereka dihantar ke sebuah makam di Saqqara untuk misi penggalian.

Ada satu makam di situ yang mendapat perhatian mereka. Pintu masuknya tersergam indah dengan ukiran berhias, yang menceritakan tentang kehidupan si mati.

Dalam ruangan makam pula, semua dinding dicat dengan gambaran berwarna-warni. Pasukan el-Aguizy menemui satu gambar yang nampak jelas tentang upacara penyembelihan anak lembu (Gershon, 2021).

Gambaran kehidupan Ptah-M-Wia.

Setelah mengamati gambaran-gambaran ini, mereka mula kaji tiang-tiang yang ada ukiran Osiris. Untuk pengetahuan semua, Osiris adalah dewa maut dan kebangkitan semula.

Dan bentuk ukiran dibuat sangat persis dengan bentuk ukiran semasa zaman pemerintahan Ramses II. Rupa-rupanya si mati yang dikebumikan dalam makam ini memang seorang pembesar ketika zaman baginda.

Ptah-M-Wia diberi tanggungjawab menjaga hal ehwal ekonomi dan pengurus agama dalam kerajaan Ramses II. Memang pasti beliau pegang dua portfolio… cuma tidak pastilah jika beliau pernah tulis surat adinda semasa dalam kapasiti pengurus agama.

Dasar Ptahisme Semasa Zaman Ramses

Penglibatan Ptah-M-Wia dalam kerajaan Ramses II menarik perhatian pengkaji. Ini adalah kerana beliau memegang kapasiti pengurusan sebelum zaman matawang. Pemerintahan Ramses menggunakan sistem barter, yang mana barang perdagangan ditukar-tukar dengan barangan lain (Jarus, 2021).

Hasil pertukaran ini dicukaikan dalam bentuk emas, yang kemudian menjadi simbol kebesaran Ramses II. Aliran ekonomi ini kekal terjamin semasa zaman Ramses II. Dan kerajaan baginda boleh menjalankan projek pembangunan besar-besaran. Salah satu projek ini adalah Kuil Karnak, yang dibesarkan untuk memuatkan tujuan akidah mereka.

Catatan mengabadikan yang Ramses II pergi mengunjungi Nubia untuk tujuan perasmian kuil Abu Simbel yang sangat agung.

Ukiran ini menunjukkan Ramses II sebenarnya sedarjat dengan dewa dewi.

Kuil ini adalah legasi paling besar, kerana niat pembinaannya mengisytiharkan cita-cita sebenar Ramses II. Baginda sebenarnya tiada niat untuk menjadi “firaun paling agung” Mesir Purba.

Sebaliknya Abu Simbel adalah bukti bahawa Ramses II menjadi seorang dewa.

Rangka Ramses II

Sekadar penutup. Dewa jadahnya kalau kemaluan Ramses menjadi tatapan saintis.

RUJUKAN:

Gershon, L. (2021, November 2). Tomb of Ramses II’s Treasurer Unearthed at Saqqara Necropolis. Smithsonian Magazine.

Jarus, O. (2021, November 2). Ancient tomb of Pharaoh Ramesses II official discovered at Saqqara. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply