Mahmood Jun atau nama sebenarnya Mahmood Junit bin Derani dilahirkan pada 20 Januari 1921, di Alor Ganu, Mukim Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Sebelum memasuki bidang perfileman, beliau terlebih dahulu berlakon di pentas bangsawan dengan menyertai Grand Noolan Opera milik tokoh bangsawan iaitu Pak Yem. Watak pertamanya di bawah bangsawan Pak Yem melalui pementasan Porter 13.

Selepas itu beliau menyertai Cathay-Keris pada tahun 1958 dengan filem pertamanya berjudul ORANG LICHIN arahan L.KRISHNAN (Tan Sri). Di Cathay-Keris beliau sering kali membawakan watak-watak penjahat yang bengis dan zalim. Sehinggakan beliau pernah digelar sebagai “KING CROOK OF CATHAY-KERIS”

Semasa penggambaran filem SULTAN MAHMOOD MANGKAT DI-JULANG (1961), telah berlaku satu kejadian yang tidak diingini. Ketika para pelakon yang terlibat sedang menjayakan babak Wan Anom (MARIA MENADO) dibelah perutnya oleh Tun Bija Ali (MAHMUD JUN), untuk membuktikan kepada Sultan Mahmood (M.AMIN) yang beliau telah termakan seulas nangka milik Sultan.

MAHMUD JUN secara tidak sengaja telah mencederakan bahagian perut MARIA MENADO berikutan plat zink yang digunakan sebagai pelapik di atas perut MARIA MENADO tidak berada dikedudukan yang sebenar. Ini mengakibatkan MARIA MENADO menjerit kesakitan meminta MAHMUD JUN memberhentikan lakonannya. Pengarah filem ini K.M BASKER bersama para pelakon dan krew panik dengan keadaan itu lalu memberhentikan penggambaran. Apabila MARIA MENADO diberi rawatan, pasukan penyelamat mengesahkan beliau hanya mengalami luka ringan hasil torehan dari MAHMUD JUN dan beliau boleh kembali meneruskan penggambaran.

Semasa filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ketika majlis pratonton filem ini bersama barisan pelakonnya yang di adakan di salah sebuah panggung milik Cathay-Keris di Singapura, ramai penonton yang terdiri dari wartawan dan individu khas dijemput untuk menonton sekali. Antara barisan pelakon yang hadir seperti NORDIN AHMAD, MARIA MENADO, M.AMIN, MUSTAPHA MA’AROF dan WAHID SATAY serta MAHMUD JUN sendiri.

Setelah selesai majlis pratonton itu ramai penonton mengambil peluang untuk betemu dan bergambar dengan barisan pelakon. Tetapi itu tidak terjadi kepada MAHMUD JUN apabila beliau telah diludah oleh salah seorang penonton yang hadir. MARIA MENADO menyedari hal itu kerana turut berada berhampiran dengan MAHMUD JUN pun berkata, “Abang, kenapa diamkan saja perbuatan dari orang itu?”. Lalu MAHMUD JUN menjawab, “Biarkan dia Maria, dia ludah Abang kerana dia membenci Abang di dalam filem itu, ini bermakna lakonan Abang menjadi”. Lalu MAHMUD JUN membersihkan mukanya dengan sapu tangan.

Di Cathay-Keris, MAHMUD JUN yang kita kenal selalu diberi peranan menjadi penjahat atau crook kerana watak sebegitu adalah makanan bagi beliau. Tetapi apabila berpindah ke Kuala Lumpur dan berkenalan dengan P.RAMLEE maka wujudlah watak Pak Maun. Betapa besarnya impak watak Pak Maun ciptaan P.RAMLEE itu sehingga generasi sekarang dengan mudah melupakan watak beliau ketika di Cathay-Keris seperti Panglima Merak Hitam, Pateh Karma Wijaya, Awang Sulong, Megat Rambai, Tun Bija Ali dan Bija Sura. Tetapi bagi peminat filem Melayu klasik, watak-watak itu adalah kekuatan kepada perjalanan karier seni MAHMUD JUN.

Antara filem-filem lakonan MAHMUD JUN di Cathay-Keris seperti ORANG LICHIN, SATAY, ORANG MINYAK, MAHSURI, SELENDANG DELIMA, RADEN MAS, BAWANG PUTIH BAWANG MERAH, RASA SAYANG EH, NOOR ISLAM, TUNANG PAK DUKUN, HANTU RIMAU, HANG JEBAT, JALAK LENTENG, SRI MERSING, SULTAN MAHMOOD MANGKAT DI-JULANG, SITI ZUBAIDAH, GADO-GADO dan DANG ANOM.

Filem lakonan MAHMUD JUN di Studio Merdeka, Kuala Lumpur antaranya SELENDANG MERAH, SITI PAYONG, IBU AYAM, TUN MANDAN, SI TORA HARIMAU JADIAN, RAGAM P.RAMLEE (DAMAQ), MASAM-MASAM MANIS, DAJAL SUCHI, BUMIPUTERA, SABARUDIN TUKANG KASUT, DO RE MI, dan NASIB DO RE MI.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hidir Ali Razali seorang peminat tentang sejarah perfileman Melayu klasik. Beliau telah memulakan pengkajian dan mendalami perkembangan sejarah berkaitan sejak 25 tahun yang lalu.

Leave A Reply