Mahasiswa Suka Membaca: Kenapa Kena Baca Buku Setiap Hari?

0
1333
views

“Berapa buah buku yang kau baca setahun?”

Soalan ini saya tanyakan kepada rakan sebilik dulu.

Dan, soalan tersebut dibalas dengan jawapan yang…. Pelik.

“Eh. Penting ke baca buku?”

.

.

Pelik kan? Sekurang-kurangnya pada saya. Tapi tak pelik pada majoriti rakan sekeliling.

Bagi mereka tak penting pun baca buku hari-hari. Mereka pun tak tahu apa bagusnya baca buku.

“Baik baca Al-Quran!”

Ya, betul. Tapi jangan tak tahu. Tafsir Al-Quran yang ulama tulis pun kena baca kat buku lain tau. Kalau dok baca Al-Quran je bila nak faham isi Al-Quran.

Betul?

Jadi, dalam artikel ini, saya cuba kupas secara ringkas – kenapa tabiat membaca setiap hari penting terutamanya bagi mahasiswa.

Sebab #1: Bantu buat keputusan yang betul dan selesaikan masalah yang kita hadapi

Sebelum kita pergi lebih jauh, dengar dulu apa orang nombor dua terkaya di dunia ni cakap:

“I read and think. So I do more reading and thinking, and make less impulse decisions than most people in business.” – Warren Buffet.

Dengan membaca buku dapat membantu dia buat keputusan yang tepat dalam pelaburan.

Bagi seorang pelabur, buat keputusan yang betul dalam pelaburan adalah penting bagi mengelakkan kerugian besar.

Setiap hari, ada saja masalah baru yang mereka hadapi.

Mereka perlu buat banyak keputusan penting yang melibatkan duit dengan nilai jutaan ringgit.

Bagi kita mahasiswa, mungkin keputusan-keputusan yang kita buat tidaklah ‘semahal’ itu. Hanya sekadar menyelesaikan masalah-masalah harian saja.

Tetapi, kalau kita dapat buat keputusan yang betul macamana nak selesaikan masalah-masalah tersebut, ia akan beri kesan yang besar dalam hidup kita.

Bagaimana membaca boleh bantu kita buat keputusan betul dan selesaikan masalah yang kita hadapi?

Kalau anda ada masalah bangun awal pagi setiap hari, baca buku The Power of Habit tulisan Charles Duhigg. Buku tersebut terangkan bagaimana tabiat manusia berfungsi dan bagaimana mahu bina tabiat baik yang baru.

Kalau anda ada masalah susah fokus dalam kelas, baca buku Focus tulisan Daniel Goleman. Buku tersebut perincikan mengenai apa yang mengganggu fokus kita dan bagaimana untuk tingkatkan tahap fokus.

Kalau anda ada masalah suka bertangguh buat kerja, baca buku Predictably Irrational tulisan Dan Ariely.

Oh, buku ini takda la sangat cerita pasal tabiat bertangguh. Tapi, saya dapat idea untuk buang sikap bertangguh daripada buku ini.

Bayangkan kalau saya tak baca buku-buku tadi, mungkin sampai sekarang saya akan hadapi masalah yang sama.

Jadi, dengan membaca buku-buku tersebut membantu saya buat keputusan yang betul untuk selesaikan masalah yang saya hadapi.

Waqaf Saham

Sebab #2: Bina pengetahuan luar daripada kuliah.

Pesan Warren Buffet lagi:

“Read 500 pages like this every day. That’s how knowledge works. It builds up, like compound interest. All of you can do it, but I guarantee not many of you will do it.”

Apa yang kita belajar dalam kuliah tidak cukup untuk membina pengetahuan yang kukuh.

Silibus yang dirangka oleh universiti sangat terhad sedangkan ilmu pengetahuan yang ada sangat luas.

Curiousity kita tak boleh disuap hanya dengan duduk dan melangut dalam dewan kuliah.

Kita perlu ke dunia luar untuk tahu apa yang kita tak tahu.

Dan buku adalah ‘dunia luar’ yang wajib kita terokai.

Di luar sana, sudah ada manusia yang DAH pun lalui apa yang akan kita lalui dalam hidup.

Mereka dah pun tahu apa yang belum kita tahu.

Tinggal lagi usaha kita untuk buka buku yang mereka tulis, baca dan fahamkan setiap isi.

Membaca setiap hari menunjukkan minat kita yang sangat jelas untuk sentiasa belajar sampai mati.

Apa yang kita tahu akan berkembang.

Dengan apa yang kita tahu itu akan beri manfaat kepada diri.

Kemudian, sampaikan apa yang kita tahu kepada orang lain supaya ilmu-ilmu tersebut bermanfaat pula kepada mereka.

Sebab #3: Bantu bina skil-skil praktikal

“Youtube je la. Kan senang.”

Untuk permulaan, tak ada masalah kalau nak belajar skil-skil praktikal guna Youtube dan Google.

Biasanya dia akan bagitahu langkah demi langkah terus mudah kita ikut.

Tapi, kalau kita betul-betul nak mahir dengan apa yang kita buat, tak cukup tahu teknik-teknik mudah macam tu.

Kita perlu tahu apa strategi di sebalik langkah-langkah tersebut. Kita perlu tahu kenapa kita buat apa yang kita buat dan untuk capai apa.

Penulis buku biasanya dah pun padatkan isi buku dengan segala strategi dan prinsip yang perlu kita faham untuk kuasai kemahiran tersebut.

Membaca perlu konsisten setiap hari

Ini bukan tentang berapa banyak yang kita baca…

Ini tentang tabiat membaca dan kualiti bahan bacaan kita.

Konsisten baca setiap hari.

Fahamkan apa yang kita baca.

Kalau tak faham, berhenti sekejap, ulang baca sampai faham.

Jangan mengharap baca hari ini, esok terus pandai.

Pandai tak datang dengan hanya baca sekali tapi dengan membaca setiap hari dan konsisten!

Jangan sayang duit beli buku. Nilainya tak terkira!

Biasalah…

Student kan. Kadang-kadang makan hari-hari pun tak cukup. Harapkan meggi je la buat alas perut.

Tapi betul ke tak ada duit?

Ke kita habiskan duit untuk belanja benda tak perlu?

Rokok?

Motor?

Awek?

Bandingkan dengan buku yang buat kita pandai, mana lagi berbaloi?

Kalau betul-betul tak ada duit sekali pun bukan alasan untuk tak membaca.

Jangan lupa. Kita ada perpustakaan yang sediakan beribu-ribu buku. Pinjam dan baca kat bilik. Lepas dua minggu pulang balik.

Bak kata orang-orang tua – nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Kan?

Artikel ditulis oleh Halim Sallehuddin untuk The Patriots.