Kaisar Agung Friedrich Wilhelm II

Kaisar Agung Friedrich Wilhelm II (1859-1941), merupakan Maharaja Empayar Jerman merangkap Raja Prussia yang terakhir. Beliau mempunyai matlamat yang sama seperti Britain dan Perancis, iaitu untuk menyebarkan pengaruhnya ke Timur.

Walau bagaimana pun, Kejayaan Britain mendominasi Terusan Suez membantutkan segala impian maharaja itu. Maka, sebagai tindak balas, beliau telah menjalin ‘persahabatan’ dengan sebuah kerajaan Islam yang merupakan salah satu kuasa besar dunia waktu itu iaitu Empayar Turki Uthmaniyyah semasa di bawah pemerintahan Sultan Abdulhamid II.

Kerjasama Dengan Empayar Uthmaniyyah

Landasan keretapi Hijaz

Empayar Jerman telah membantu dan bekerjasama dengan Uthmaniyyah dalam pelbagai aspek terutamanya m!litari, pelaburan saham, pendidikan dan pengangkutan. Jerman juga bertanggungjawab membekalkan kepakaran kepada Uthmaniyyah dalam projek pembinaan landasan keretapi Hijaz yang berupaya membawa jemaah Haji daripada Damsyik ke Madinah pada jangka waktu yang singkat sahaja, landasan itu boleh dianggap sebagai respon pakatan Turki-Jerman terhadap Terusan Suez.

Walaupun begitu, landasan keretapi Hijaz bukan lah semata-mata demi memenuhi keperluan beribadat untuk umat Islam sahaja, bahkan ia menjadi laluan penting untuk mengangkut kelengkapan pertahanan bagi tujuan persediaan sekiranya berlaku peper4ngan.

Satu lagi projek penting kerjasama Turki-Jerman iaitu Landasan Keratapi yang boleh melalui Basra dan Baghdad juga pernah dilaksanakan namun tidak sempat disiapkan berikutan tercetusnya per4ng Dunia Pertama.

Namun landasan Hijaz juga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan kabilah-kabilah Arab kerana mereka menganggap pencapaian Uthmaniyyah dalam memberi kemudahan pengangkutan kepada rakyat di sekitar Levant telah mengganggu sumber pendapatan orang Arab yang menguasai laluan darat setiap kali tibanya musim Haji.

Dalam pada itu, walaupun Kaisar Wilhelm II merupakan seorang Penjaga Knights of Saint John (Sebelumnya dikenali sebagai Tentera Salib Frank), Wilhelm II merupakan seorang yang amat mengagumi karekter Sultan Salahuddin Al-Ayubbi, tokoh Islam berbangsa Kurdis yang telah berjaya menewaskan Tentera Salib dan merampas kembali Baitulmaqdis untuk umat Islam semasa per4ng Hattin.

Ketika lawatan Wilhelm II ke makam Salahuddin Al-Ayubbi di Masjid Umayyad, Damsyik, beliau dikatakan telah memberikan ucapan bersejarah sebagai tanda penghormatan terhadap tokoh Muslim itu, bahkan, selepas melihat keadaan makam yang agak usang, Wilhelm II menyumbang dana peribadi dan terus mengarahkan makam itu dibaik pulih semula dengan lapisan dinding nya dipasang dengan batu marmar.

Namun kini jenazah Salahuddin Al-Ayubbi dikatakan telah dialih daripada kurungan marmar tersebut dan dimakamkan semula bersebelahan dengan kurungan itu. Tidak diketahui apa puncanya. Wilhelm II juga menyumbang sekeping plak emas namun plak itu dicuri dan kini ditempatkan di sebuah muzium di London.

Makam Salahuddin Al-Ayubbi di Masjid Umayyad, Damsyik

Pada satu lawatannya ke Baitulmaqdis sekitar tahun 1898, dikatakan ketika menunggang kuda menghampiri Gate Of Jerusalem, Wilhelm II pernah cuba melepasi gerbang itu dengan terus menunggang kudanya namun dia terpaksa diminta turun dari kudanya untuk berjalan kaki melepasi gerbang tersebut oleh pengawal kerana pada zaman itu, melepasi gerbang tersebut dengan menunggang kuda merupakan perbuatan simbolik seseorang yang menganggap dirinya sebagai “pen4kluk kota Baitulmaqdis yang berdaulat”.

Jadi Wilhelm II dianggap dirinya tidak setanding dengan nama-nama bersejarah seperti Saidina Umar r.a, Sultan Selim I, dan Sultan Salahuddin Al-Ayubbi sendiri di mana nama-nama ini pernah melalui gerbang tersebut dengan menaiki kuda selaku pemerintah yang berdaulat di Baitulmaqdis.

Melepasi gerbang itu dianggap sebagai salah satu pantang larang yang harus dijaga oleh Empayar Uthmaniyyah, namun, demi menjaga hubungan baik di antara Empayar Uthmaniyyah dan Jerman, satu jalan penyelesaian telah ditemui iaitu dengan membina satu lagi gerbang baharu yang khas buat Wilhelm II.

Pada 29 Oktober 1898, Wilhelm II diberi penghormatan untuk melepasi gerbang baharu itu dengan menunggang kuda. Peristiwa ini dianggap sebagai salah satu strategi diplomatik yang berkesan pernah dilaksanakan oleh Sultan Abdulhamid II.

Lawatan diplomatik Wilhelm II ke Baitulmaqdis melalui gerbang khas

Kaisar Wilhelm II, sebenarnya telah melakukan lawatan ke Bilad al-Sham sebanyak tiga kali berturut-turut. Beliau juga merupakan seorang yang secara peribadinya gemar mempromosikan kesenian dan kebudayaan dari seluruh dunia. Beliau lah yang bertanggungjawab membina Kubah Berlin, di mana kesemua leluhur moyang keturunannya dimakamkan di sana.

Kubah Berlin juga turut dikelilingi oleh pelbagai jenis muzium di sekitarnya. Baik, semasa lawatannya ke Jordan, beliau terpesona dengan keindahan reka bentuk dekorasi facade di laluan masuk utama Istana tinggalan zaman Umayyad iaitu Istana Qsar Mshatta (berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Aliya). Lantas, Sultan Abdulhamid II mengarahkan facade itu ditanggalkan dan dihantar terus ke Berlin, sebagai hadiah daripada seorang sahabat untuk Kaisar Wilhelm II di mana hari ini ia dipamerkan di Muzium Pergamin.

Hubungan Dengan Kerabat Diraja Eropah

Wilhelm II bukanlah orang asing dengan kerajaan-kerajaan monarki Eropah yang lain, beliau merupakan cucu sulung kepada Ratu Victoria, Wilhelm II adalah salah seorang daripada raja-raja Eropah lain yang memiliki pertalian keluarga dengan monarki Britain walaupun saling berper4ng sesama sendiri, bahkan sepupu beliau sendiri, King George V (Raja UK merangkap Maharaja India-British) pernah menulis gambaran tentang Wilhelm II yang dianggap sebagai “penjenayah terbesar dalam sejarah”.

Namun King George V menolak usul David Lloyd George (perdana menteri UK waktu itu) supaya Wilhelm II dijatuhkan hvkuman gantvng sampai mat! selepas Empayar Jerman dan sekutunya termasuk Uthmaniyyah kalah dalam per4ng Dunia Pertama yang sekaligus membawa kepada revolusi yang menamatkan pemerintahan monarki Jerman dan Prussia, lalu Wilhelm II yang telah digulingkan itu dibuang negeri dan hidup dalam buangan di Doorn, Belanda.

Ratu Victoria

Sikap ‘memberontak’ Wilhelm II terhadap kerajaan-kerajaan yang diperintah saudara mara nya sendiri dikatakan berpunca dari dirinya sendiri, yang dipercayai sebagai seorang yang memiliki karekter yang impulsif, sukar mempercayai orang lain, di mana dia sangat jarang merujuk sebarang pendapat daripada pegawai dan penasihat ketenteraannya setiap kali dia membuat keputusan penting, apatah lagi hendak mempercayai hegemoni Eropah.

Walaupun berjaya membina pakatan dengan Uthmaniyyah, masalah ini turut berlarutan di antara Jerman dan Uthmaniyyah selepas Sultan Abdulhamid II digulingkan hingga menyebabkan dia menghadapi pelbagai masalah hingga dia juga turut digulingkan beberapa hari sebelum tamat per4ng Dunia Pertama dan revolusi yang membawa kepada pembubaran monarki Jerman kemudiannya penubuhan Republik Weimar.

Kaiser Wilhelm II juga merupakan seorang yang memiliki sifat anti-England dan anti-Yahudi melalui perbandingan beliau antara Jerman dan England, beliau mengangkat negara Jerman sebagai tanah monarki yang suci direstui Jesus manakala Englands sebagai tanah liberalis yang dipenuhi syaitan anti-Christ. Para bangsawan Inggeris di mata Wilhelm II diibaratkan sebagai kumpulan Freemason yang diracuni Yehuda.

Dendam H!tler Terhadap Wilhelm II

Semasa kebangkitan parti N4ZI pada awal 1930an (ketika Wilhelm II telah hidup dalam buangan di Belanda), Wilhelm II pernah menaruh harapan agar dengan kejayaan N4ZI ini bangsa Jerman boleh mengembalikan kerajaan monarki mereka.

Wilhelm II pernah memfailkan beberapa petisyen mencadangkan supaya cucunya diangkat sebagai Kaisar Keempat kepada Ad0lf H!tler, namun Hitl3r yang juga merupakan veteran WWI tidak mengendahkan petisyen tersebut kerana sentimen yang menganggap Kaiser Wilhelm II sebagai punca kekalahan Empayar Jerman dalam WWI masih menebal.

Wilhelm yang dibuang negeri dan hidup dalam buangan di Doorn, telah menghabiskan sisa-sisa hidupnya, sehingga kemangkatannya pada 4 Jun 1941 pada usia 82 tahun, hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum Pakatan Axis menceroboh Kesatuan Soviet dan s3rangan Jepun terhadap Amerika Syarikat yang mencetuskan P3rang Dunia Kedua. Beliau men!nggal dunia akibat penyakit embolus pulmonari, sejenis masalah saluran arteri tersekat di paru-paru.

AdoIf H!tler semasa dilantik sebagai Chancellor oleh Reich President Paul von Hindenburg

Kebetulan pada waktu itu tentera Jerman telah menduduki Belanda, Ad0lf H!tler yang mengetahui tentang kemat!an Wilhelm II mengarahkan pasukan pengawalnya mengawal kawasan kediaman Wilhelm II. Namun dikatakan H!tler pernah mengamuk dan nyaris men3mbak kepala Jeneral pasukan pengawal tersebut gara-gara melihat jasad Wilhelm II diberikan iringan kehormat seperti kerabat diraja.

Namun begitu, walaupun pada dasarnya H!tler masih menaruh rasa dendam peribadi terhadap Wilhelm II, H!tler masih berhasrat untuk membawa kembali jen4zah Wilhelm II ke Jerman dan disemadikan dengan penuh istiadat penghormatan, namun H!tler menghormati wasiat Wilhelm II yang tidak mahu kembali ke Jerman selagi kerajaan monarki Empayar Jerman tidak dihidupkan kembali.

Ironinya, ini menjadikan jasadnya sendiri tak dapat disemadikan di Kubah Berlin yang dibinanya sendiri. Tetapi sebenarnya Hitl3r berhasrat sedemikian hanya kerana dia melihat tindakan begitu merupakan satu propaganda yang berkesan jika dilaksanakan di Jerman, di mana dia boleh membukti kepada rakyat bahawa Third Reich juga berhak menjadi penerus legasi kerajaan Empayar Jerman.

Walau bagaimana pun Ad0lf Hitl3r kemudiannya tetap mengarahkan majlis pengebumian untuk Kaisar Wilhelm II dilakukan di Doorn, Belanda, yang dihadiri oleh sebilangan kecil warga tempatan dan dikawal oleh tentera.

Wilhelm II semasa dalam buangan di Belanda pada 1940

Kekalahan pakatan dari paksi-paksi seperti Jerman dan Uthmaniyyah di dalam per4ng Dunia Pertama bukan hanya berpunca dari kesilapan satu pihak sahaja, boleh dikatakan Uthmaniyyah dan Jerman pada waktu itu masing-masing gagal melaksanakan perancangan politik yang baik sekaligus menggagalkan mereka.

Namun, Wilhelm II masih tetap dikenang sebagai seorang ahli politik yang memiliki keberanian dan matlamat yang besar demi kepentingan bangsanya sendiri yang tidak berjaya dicapai samada untuk dirinya sendiri mahu pun empayarnya. Namun beliau telah meninggalkan legasi sumbangannya yang masih kukuh di makam Salahuddin Al-Ayubbi sehingga hari ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.