Pemerintah terakhir Dinasti Shang terkenal sebagai seorang pemerintah yang gemar bersenang-lenang. Tatkala beliau dan permaisurinya ingin menyenangkan diri, mereka akan mengunjungi istananya yang mewah dan menikmati ar4k daripada kolam ar4k buatan.

Panggilan ‘kolam ar4k’ ini bukanlah suatu metafora dan sama sekali tidak memaksudkan bahawa saiznya kecil. Dikatakan bahawa kolam ar4k milik Raja Zhou Xin ini terbentang seluas dua kilometer. Saiznya cukup besar sehinggakan raja boleh sahaja menempatkan perahunya di dalam kolam tersebut dan mendayungnya.

Di tengah-tengah kolam ini tedapat sebuah pulau buatan yang dilengkapi dengan hutan daging. Pokok-pokok di sana diperbuat daripada batang-batang pencucuk daging. Manakala dahan-dahannya pula dibentuk oleh kepingan-kepingan tebal daging ayam, lembu dan khinzir. Raja Zhou Xin seringkali menghabiskan masanya dengan mendayung perahu, mencedok dan meneguk ar4k daripada kolam itu dan memetik dan menikmati daging enak daripada dahan-dahan yang bergantungan.

Kemewahan istana milik Raja Zhou Xin ini tidak pernah disaksikan di mana-mana ceruk dunia dan pesta-pesta yang diadakan di dalamnya boleh dikatakan secara keseluruhan merupakan pesta liar yang melibatkan peminuman ar4k dan s*ks bebas. Dicatatkan bahawa pesta-pesta tersebut lazimnya dihadiri oleh sehingga 3000 orang hadirin yang kesemuanya berkeadaan telanj4ng, sesuai dengan peraturan yang ditetapkan oleh raja.

Lebih daripada itu, raja juga lazim mengarahkan mereka agar meminum ar4k daripada kolam dengan gaya yang saling tidak tumpah seperti haiwan. Kalau tidak meneguk ar4k, mereka disuruh menyelam atau berenang di dalam kolam tersebut. Tidak kurang juga ada yang saling berkejaran, memeriahkan pesta liar yang dipenuhi dengan keluc4han itu. Dalam kelangsungan pesta-pesta sebegini, si raja dan permaisurinya akan mengambil tempat di tengah-tengah hadirin sambil berkeadaan m4buk.

Raja Zhou gemar meluangkan masanya di atas kolam 4rak miliknya

PERMAISURI DAJI

Dikatakan bahawa Raja Zhou Xin sebenarnya merupakan seorang raja yang baik, paling tidak, semasa tahun-tahun awal pemerintahannya. Beliau meraih reputasi sebagai seorang pemerintah yang bijaksana dan bersifat tenang. Jika dibandingkan perwatakannya pada tahun-tahun awal, ia sememangnya berbalikan dengan perwatakannya di usia lanjut yang gemar bersenang-lenang di kolam ar4k.

Sebaik usianya meningkat tua, Raja Zhou Xin menjadi seorang yang mabvk kuasa. Sukar untuk mengemukakan secara pasti apakah faktor yang mendorong kepada perubahan tersebut. Namun, kebanyakan penulis China di zaman purba menudingkan kesalahan ke atas isteri raja, yang bernama Daji. Daji dicatatkan sebagai wanita yang paling jelita di China pada waktu itu. Pada saat raja bertemu dengannya buat kali pertama, beliau serta-merta menjadi obses terhadapnya sehingga melupakan segala tanggungjawab yang digalasnya.

Daji adalah seorang wanita yang gemar berpesta. Beliau kuat minum dan tanpa segan silu berbicara tentang hal-hal sulit secara terbuka. Raja Zhou pula sanggup melakukan apa sahaja demi memenangi hati Daji. Selepas sahaja mengenali gadis jelita itu, Raja Zhou mula memerintahkan para pemusiknya agar mengarang lagu-lagu yang bersifat lancang dan luc4h. Atas permintaan Daji, raja malah membelanjakan banyak harta kerajaan semata-mata untuk membina kolam ar4k yang besar.

“Tuanku perlu memiliki Kolam Ar4k dan Hutan Daging ini, supaya tuanku dapat membuktikan kepada menteri-menteri tuanku bahawa tuanku adalah lelaki terhebat dalam kerajaan ini,” ujar Daji ketika cuba memujuk Raja Zhou Xin untuk akur dengan permintaannya itu.

Sebelum mengenali Daji, Zhou Xin merupakan seorang raja yang baik

LUBANG ULAR

Setidak-tidaknya, lebih kurang begitulah kisah seputar pasangan diraja ini. Hakikatnya, sukar untuk membezakan antara fakta dan fiksyen. Sebahagian kisah perihal Daji sama sekali tidak masuk akal. Terdapat satu legenda yang mendakwa kononnya Daji adalah semangat musang berekor sembilan yang berupaya untuk mengubah-ubah bentuk tubuhnya. Malahan, pesta-pesta yang lazim beliau adakan kononnya adalah semata-mata bertujuan untuk menghimpunkan orang ramai supaya nantinya dia dapat mem4kan mereka.

Bagi legenda-legenda seperti ini, dia secara harfiah disifatkan sebagai syaitan. Hal ini berkemungkinan mencerminkan ketidakterimaan rakyat jelata terhadap perubahan yang berlaku pada diri raja mereka yang dahulunya bersifat baik, kini bertukar menjadi raja yang zalim dan gemar berfoya-foya.

Pada pandangan mereka, kolam ar4k milik raja itu lebih daripada sekadar satu kemewahan yang terdapat di dalam istana raja. Sebaliknya, ia merupakan suatu beban kewangan yang natijahnya menghancurkan total kerajaan.

Malahan, pesta-pesta yang diadakan oleh raja lazimnya dibiayai dengan menggunakan wang daripada rakyat. Raja mengenakan cukai yang tinggi ke atas setiap individu. Selain daripada memeras wang rakyat, dia malah jarang memunculkan diri di balairung istana. Dalam erti kata lain, enggan memainkan tanggungjawabnya sebagai seorang raja.

HUKVMAN MERIAM BAKAR

Korupsi yang berlanjutan ini membuatkan rakyat jelata naik berang dan sebahagian daripada mereka cukup berani untuk menyuarakannya secara terbuka. Namun, kritikan-kritikan tersebut sama sekali tidak diterima oleh raja.

Tatkala bapa saudara Raja Zhou Xin menasihatkannya tentang pengaruh yang dimiliki oleh Daji serta kekerapan pesta yang diadakan di kolam ar4k, Raja Zhou memerintahkan agar beliau disi4t hidup-hidup dan j4ntungnya yang masih berd3gup dir3ntap daripada tubuhnya.

Pada zaman itu, mereka meyakini bahawa jantung milik lelaki hebat mempunyai tujuh ruang (tidak empat ruang). Makanya, ketika melakukan penyeksa4n tersebut, si raja berseloroh dengan mengatakan bahawa beliau mahu melihat sama ada bapa saudaranya itu merupakan seorang lelaki yang hebat ataupun bukan.

Seiring peredaran masa, raja dan permaisuri mereka pelbagai bentuk hukvman. Misalnya, mereka membina sebuah lubang yang di dalamnya ditempatkan sejumlah ular. Mana-mana individu yang membangkang atau menentang mereka akan dihvmban ke dalam lubang tersebut. Mereka berdua juga mencipta hukvman yang dipanggil sebagai Hukvman Meriam Bakar. Hukvman ini melibatkan sebuah meriam tembaga bersaiz besar yang dimuatkan dengan arang. Hukvman ini direka khas untuk membak4r mangsa hidup-hidup.

Individu pertama yang menjadi mangsa hukvman ini adalah canselor diraja yang bernama Mei Bo. Beliau dihvkum akibat mengingatkan raja agar tidak membvnuh rakyat atau menteri sendiri. Lantaran itu, beliau dibawa ke balairung istana, ditel4njangkan lalu diikat pada meriam. Kemudian, arang dicurahkan pada tubuhnya dan api pun dinyalakan sekaligus menjilat setiap inci badan milik Mei Bo.

Seluruh isi balairung ketika itu dipaksa untuk menyaksikan penyeksa4n tersebut. “Sesiapa yang berani menuturkan kata-kata yang menyinggung hati beta, akan dikenakan hukvman yang sama seperti Mei Bo,” ugut si raja. Makanya, bisikan-bisikan halus yang sebelum itu memenuhi ruangan balairung serta-merta hilang dan ditenggelami oleh erangan Mei Bo. Tidak seorang pun daripada mereka dibenarkan beredar melainkan sesudah penyeks4an tersebut berakhir – saat di mana bau busuk daripada daging Mei Bo yang hangus terbakar memenuhi setiap inci ruangan balairung.

Salah satu hukvman yang dijatuhkan oleh Zhou Xin adalah menghvmban mangsa ke dalam lvbang vlar

RAJA WU DARI ZHOU

Rentetan kematian Mei Bo, rakyat dan menteri berasa gerun untuk melemparkan sebarang kata-kata bantahan terhadap raja. Raja Zhou Xin dan permaisurinya dibiarkan bersenang-lenang dengan kolam ar4k mereka dan melayani fikiran serta kegiatan liar mereka.

Namun, Raja Zhou Xin tidak menyedari bahawa kedudukannya sedang diperhatikan. Raja Wu dari kerajaan Zhou telah lama menyusun rancangan untuk m3ny3rangnya. Beliau hanya menantikan detik yang sesuai untuk berbuat demikian. Apabila perisik-perisik yang dihantarnya melaporkan bahawa rakyat jelata telah pun menentang raja mereka, barulah Raja Wu bertindak melancarkan ser4ngan.

Beliau hanya menghantar sekitar seratus orang tentera untuk melakukan ser4ngan. Ternyata, jumlah tersebut sudah memadai. Kebanyakan tentera Zhou Xin meletakkan senjata dan menyerah diri sejurus selepas tentera-tentera musuh tiba. Sebahagian daripada mereka malah menyertai pasukan tentera Raja Wu. Dalam tempoh masa yang singkat, ibu kota Shang pun tumbang dan barisan t3nt3ra terakhir Zhou Xin berpaling tadah.

Beliau sendiri melarikan diri ke istana mewahnya dan berdiri di sisi kolam 4raknya buat kali terakhir. Sebelum tentera musuh tiba, beliau sempat membumihangvskan istananya sendiri. Di saat-saat 4khir hay4tnya, Raja Zhou Xin tidak berganjak daripada kolam 4raknya dan riwayat hidupnya ditam4tkan di sana. Dengan kem4ngkatan Raja Zhou Xin, Dinasti Shang yang telah memerintah selama lebih 550 tahun pada akhirnya tvmbang dan era baru dalam sejarah China pun bermula.

Walau bagaimanapun, kolam 4rak milik beliau terus diabadikan dalam sejarah. Sehingga ke hari ini, 3000 tahun sesudah berakhirnya era Dinasti Shang, frasa ‘Kolam Ar4k dan Hutan Daging’ terus digunakan di seluruh negara bagi merujuk kepada korupsi – ciri yang diwakili oleh Raja Zhou Xin.

TERJEMAHAN:

Mark Oliver. (20 Mei 2018). The Chinese Emperor Who Built a Lake of W!ne and a Forest of M3at. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history/chinese-emperor-built-lake-w1ne-and-forest-m3at-0010076


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.