Pertalian di antara Tamadun Melayu dan Tamadun Tibet banyak berkait rapat dengan status kepulauan Melayu sebagai pusat pembelajaran agama Buddha ketika era kegemilangan Srivijaya.

Kepulauan Melayu ketika itu dikenali di dalam rekod-rekod Tibet sebagai Suvarnadvipa atau Kepulauan Emas. Di sini, telah berdiri sebuah pusat pengajian agama Buddha yang sangat penting ketika itu.

Atisa (982-1054), salah seorang intelektual Buddha abad ke-11 yang berasal dari Bengal telah menuntut ilmu di Srivijaya sebelum beliau dijemput untuk menyebarkan Buddhism di Tibet.

Di Srivijaya, Atisa telah dididik oleh seorang pendeta Buddha berbangsa Melayu dan berdarah diraja yang dikenali dengan nama Dharmakirti Suvarnadvipa.

Keilmuan Dharmakirti di dalam ajaran Buddha telah menarik kedatangan para pelajar bukan sahaja dari benua India, malahan turut menarik para pelajar dari rantau Asia Timur.

Dikhabarkan, setelah Dharmakirti pulang daripada menuntut ilmu di Magadha, timur laut India, dia telah berjaya mengubah pegangan agama rakyat Srivijaya daripada berfahaman Tirthika kepada berfahaman Buddha.

Kemahsyuran Dharmakirti telah menarik perhatian Atisa. Atisa berangkat ke Srivijaya dan menuntut ilmu di sana selama 12 tahun (1013- 1025). Atisa menetap di Srivijaya semasa pemerintahan seorang Raja yang bernama Cudamanivarman.

Setelah menamatkan pengajian agama Buddha, Atisa meninggalkan Srivijaya dan kembali ke benua India. Pada waktu yang sama, kerajaan yang menaungi Dharmakirti runtuh diserang kerajaan Chola pada tahun 1025 M.

Di India, Atisa berkhidmat sebagai ketua biara di Vikramshila sehinggalah dia dijemput ke Tibet pada tahun 1041 M untuk menyebarkan ajaran Buddha.

Atisa dilaporkan telah menyebarkan ajaran Buddha yang disadur dengan pemahaman falsafah Mahayana oleh Dharmakirti yang bersusurgalurkan tradisi pemikiran Nagarjuna, Maitreyanatha dan Candrakirti di Tanah Tinggi Tibet.

Menurut Andrea Acri, Atisa juga dipercayai telah menyebarluaskan pengamalan ritual penyembahan Tara yang diwarisi daripada Dharmakirti.

Di sini, kita dapat melihat bahawa wujud kemungkinan akan percampuran gaya pemikiran orang Melayu dan orang Tibet melalui ajaran Buddha yang dibawa oleh Atisa.

Atisa dan gurunya, Dharmakirti atau dikenali juga dengan nama Tibetnya, Serlingpa (maksudnya yang berasal dari Suvarnadvipa/Srivijaya) disebut-sebut sebagai tokoh reformis Buddha di Tibet oleh para penulis (e.g: Sum-pa) di sana.

– FM

Rujukan:

1)Atisa and Tibet: Life and Works of Dipamkara Srijnana in Relation to the History and Religion of Tibet with Tibetan Sources oleh Alaka Chattopadhyaya

2)Esoteric Buddhism in Medieval Maritime Asia: Networks of Masters, Texts, Icons oleh Andrea Acri

3)Apa yang Boleh Tamadun Melayu Manfaatkan daripada Tamadun Tibet? Kertas kerja oleh Tee Boon Chuan

Artikel ini ialah ehsan sahabat kami daripada The Ancient Malay Society. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply