Singa Afrika ialah pemangsa karnivor yang terbesar yang ada di Afrika. Mereka tergolong dalam keluarga kucing dan yang terbesar dalam kumpulan. Badan mereka sekitar 1.4 meter panjang dengan kepanjangan ekornya 67 ke 100 cm. Mereka ialah mamalia yang hidup dalam kumpulan yang dikenali sebagai pride dan satu-satunya kucing yang memaparkan dimorfisme seksual, iaitu singa jantan dan singa betina boleh dibezakan dengan mudah melalui penampilan dan tingkah laku fizikalnya.

Setiap haiwan perlu menyesuaikan diri secara fizikal dan tingkah laku untuk terus hidup dalam persekitaran tertentu. Singa Afrika juga telah menyesuaikan diri mereka untuk membantu mereka bertahan dalam jangka masa yang panjang. Adaptasi singa Afrika boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu fizikal dan tingkah laku. Struktur badan jatuh di bawah kategori fizikal, manakala tindak balas atau tingkah laku haiwan kepada ransangan luar berada di bawah kategori tingkah laku.

Adaptasi Fizikal

  • Kuku tajam
Kuku Singa

Kuku besar dan tajam adalah salah satu penyesuaian terbaik singa Afrika. Mereka menggunakan kuku tajam mereka untuk menangkap mangsa dan mencarik daging daripada tubung mangsa. Cakar yang tajam juga digunakan untuk pertahanan dan memaparkan kekuatan kepada haiwan lain. Kuku juga berperanan sebagai pencengkam untuk singa supaya mereka dapat berlari dengan pantas secara mudah.

  • Gigi dan Taring Tajam
Gigi Singa

Penyesuaian yang paling ketara dan menarik ialah giginya yang tajam. Seperti karnivor lain, singa juga bergantung kepada daging untuk memenuhi keperluan pemakanan mereka. Gigi yang tumpul tidak mampu memberikan cengkaman untuk mengoyak dan mengunyah daging. Oleh itu, singa mempunyai gigi yang tajam supaya mereka tidak mempunyai masalah untuk memakan makanan terutama daging yang liat. Selain itu, kegunaan gigi yang tajam juga adalah sebagai pertahanan. Dalam pertarungan, gigi membantu mereka untuk terus hidup.

  • Misai
Misai Singa

Misai Singa

Misai bertindak sebagai pengesan dan membolehkan haiwan itu merasakan persekitarannya, dan mencari jalan keluar melalui tempat yang sempit. Apabila seekor singa sedang memburu, misai-misai ini membantu ia merasai mangsanya. Ini juga dapat membantu sama ada ia boleh muat ke kawasan tertentu atau tidak.

  • Warna bulu keperang-perangan.

Singa Afrika mempunyai bulu berwarna keperang-perangan di badan mereka. Warna bulu ini adalah penyesuaian untuk memenuhi keperluan tertentu seperti membantunya bercampur dengan warna di sekitar yang menghalang penyamarannya. Sekiranya warna bulunya berbeza, maka sukar bagi singa untuk bertahan hidup di padang rumput.

Adaptasi Tingkah laku

  • Vokal

Ini adalah cara singa menyesuaikan diri untuk berkomunikasi dengan kumpulan mereka. Singa berdengung apabila berpuas hati, dan menghembuskan udara apabila mendekati antara satu sama lain. Mendengus adalah bunyi yang mereka hasilkan untuk terus berhubung apabila mereka bergerak dari satu kawasan ke tempat yang lain.

Singa betina mengaum untuk melindungi anak-anak mereka daripada haiwan lain atau ketika mereka memanggil singa betina lain untuk membantu menangani penceroboh. Singa jantan pula mengaum untuk memberitahu lokasi mereka, menonjolkan kekuatan dan sebagai isyarat kepada haiwan lain untuk menjauhi kawasan pride.

  • Pemburu Nokturnal.
Singa Memburu Pada Waktu Malam

Singa merupakan spesis nokturnal dan lebih suka memburu pada waktu gelap. Mereka sering memburu makanan secara berkumpulan dan pemburuan ini dilakukan oleh singa betina. Kekuatan sesebuah kumpulan singa biasanya ditentukan dengan jumlah makanan yang dimiliki oleh pride itu.

Salah satu sebab yang lain mengapa singa gemar memburu pada waktu malam adalah kerana singa cepat letih disebabkan badannya yang terlalu berotot. Itulah sebabnya mereka menghabiskan hampir 20 jam sehari untuk berehat. Memburu pada waktu malam juga memberikan kelegaan daripada cuaca panas pada waktu siang hari.

  • Hidup Berkeluarga

Ibu singa menjaga anak-anak dan menyembunyikan mereka daripada haiwan lain selama kira-kira 8 minggu. Singa-singa betina akan membentuk pasukan ‘pengasuh’ dan menjaga anak-anak singa lain semasa ketiadaan ibu mereka. Dalam situasi tertentu yang terdesak ketika makanan tidak mencukupi, ibu-ibu akan meninggalkan anak-anak dan pride. Ini dilakukan supaya singa betina yang lain akan kekal dalam pride dan dapat melahirkan anak pada masa akan datang apabila pride itu mempunyai makanan yang cukup untuk semua anggotanya.

  • Mengambil Pelajaran

Seperti manusia, singa mengajar anak-anak muda cara untuk hidup dan bertahan di dunia luar. Pada saat anak mencapai umur 3 bulan, ibu mengajar anaknya memburu makanan. Anak muda memerhatikan singa dewasa dan belajar  untuk mencari dan memburu mangsanya.

Anak singa menjadi pakar dalam memburu hanya selepas mereka berusia 2- 3 tahun. Anak-anak singa jantan terpaksa berpindah dari pride selepas 2 tahun, dan mencari pride baharu untuk diri mereka sendiri. Singa betina tinggal di dalam pride untuk melahirkan anak sendiri pada masa akan datang.

Singa Afrika berhadapan dengan situasi pengurangan populasi sebanyak 30 % disebabkan oleh pembunuhan. Bahkan dikhuatiri jumlahnya akan semakin berkurangan disebabkan oleh perubahan cuaca ekstrem yang mana spesis tersebut masih belum dapat mengadaptasikan diri dengannya. Walaubagaimanapun, penyesuaian yang disebutkan di atas telah membantu mereka untuk menghadapi situasi yang sukar pada masa lalu dan bertahan di tanah Savana.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Jasmani. Gemar melakukan aktiviti memanah di masa lapang. Minat terhadap bidang penulisan sehingga berjaya menerbitkan beberapa buah novel thriller bersama Karangkraf. Menjalankan khidmat bekam pada masa lapang. Bercita-cita untuk menjadi guru silat.

Comments are closed.