Rakyat United Kingdom diberi pilihan sangat penting pada tahun 2016. Dan mereka mengundi untuk keluar daripada Kesatuan Eropah. Undian ini telah mengubah landskap politik British, yang masih bergegar hingga hari ini.

Pada dasarnya, rakyat United Kingdom barangkali tidak lihat nasib yang menimpa Ukraine. Sebaik sahaja Kesatuan Soviet dibubarkan, semua anak negara (Rusia, Ukraine, Uzbekistan dan sebagainya) bagaikan hilang hubungan.

Mana tidaknya – sebelum ini, satu lori boleh masuk dalam “anak negara” tanpa sebarang masalah. Tiba-tiba kena ada permit bagai.

Kena cari abam ni. Tanya pendapat dia searang.
Jangan lupa tanya pakcik ni sekali.

Itu yang berlaku di United Kingdom, kerana Kesatuan Eropah berfungsi bagaikan negara besar. Selama 47 tahun berintegrasi dengan gagasan negara-negara Eropah, mereka membuat keputusan untuk keluar.

Macam-macam permit tiba-tiba muncul. Scotland yang sebelum ini boleh hantar produk makanan laut segar bugar ke Perancis dalam masa beberapa jam – tiba-tiba hilang punca pendapatan. Semua produk Scotland tersadai berhari-hari untuk urusan kastam, sampai busuk basi habis (Holton, 2021).

Bukan produk makanan saja terjejas. Sekarang ini United Kingdom sedang garu kepala. Sejak bulan Ogos, pihak pengeluar gas asli di Kesatuan Eropah menaikkan harga gas asli. Bukan konspirasi pun sebenarnya.

Harga gas asli mentah memang naik berganda sejak kebelakangan ini (Egan, 2021). Puncanya adalah kerana negara-negara Asia memborong punya banyak, sampai ganggu imbangan harga (Ambrose, 2021).

Tanpa pertalian kebersamaan, pengeluar Kesatuan Eropah perlu menjual gas asli kepada United Kingdom dengan harga melambung…. juga tetapan tariff tinggi.  Jadi banyak pembekal gas asli tempatan di United Kingdom gulung tikar, kerana terlalu mahal.

Mana tidaknya – lonjakan 2.5 kali ganda. Ada 70 pembekal gas asli di United Kingdom. Tujuh sudah tutup selamanya. Sejuta pelanggan terjejas akibat penutupan tujuh syarikat ini. Mereka sedang mencari syarikat lain. Masalah sekarang, 35 syarikat sedang berada dalam keadaan nαzαk (Wiener, 2021).

Kerajaan Boris Johnson pula tidak akan memberi suntikan dana kepada syarikat-syarikat ini. Bagi mereka, kegagalan dan salah tadbir tidak boleh diberi ganjaran kerajaan (Staunton, 2021). Cuma sekarang, ada satu lagi berita buruk. Satu pertiga daripada semua stesen minyak milik BP sudah kehabisan stok (James, 2021).

Apa guna ada stesen yang tiada minyak?

Puncanya adalah BP kehilangan 100,000 pemandu lori minyak angkara Brexit (Holden, 2021). Biasanya golongan pemandu ini datang daripada negara-negara Eropah. Dulu senang; sekarang dengan masalah visa bagai.

Sudahlah bekalan berkurangan – rakyat pula menjadi takut. Mereka pun buat “panic buying”, yang mengeruhkan lagi keadaan semasa. Masalah ini ada kena mengena dengan COVID-19 juga.

Ramai dalam kalangan warga Eropah lebih suka mencari rezeki di negara yang tiada atau kurang halangan operasi. United Kingdom sejak kebelakangan ini mengenakan syarat yang sangat rumit dan perlu teliti habis. Jadi mereka kirim salam saja.

Tanpa pemandu lori, nampaknya United Kingdom kehilangan tulang belakang. Semuanya hanya kerana mahu berjimat beberapa bilion setiap tahun. Undian Brexit dibuat pada tahun 2016.

Dalam masa beberapa bulan, dunia akan masuk tahun 2022. Selesai satu masalah; timbul pula masalah baru. Sesudahnya untuk elak krisis bekalan tenaga, kerajaan Johnson perlu meminta bantuan Angkatan Teηterα Diraja.

Memang pelik habis. Angkatan seluruh dunia berlatih untuk pergi berperαηg. Angkatan di United Kingdom berlatih untuk bawa lori hantar minyak.

RUJUKAN:

Ambrose, J. (2021, September 19). UK energy market crisis: what caused it and how does it affect my bills? The Guardian.

Egan, M. (2021, September 28). Home heating sticker shock: The cost of natural gas is up 180%. CNN.

Holden, M. (2021, September 25). Britain expected to ease visa rules as truck driver shortage (ditapiskan). The Edge Markets.

Holton, K. (2021, Januari 8). Exclusive: ‘It’s a catastrophe’: Scottish fishermen halt exports due to Brexit red tape. Reuters.

James, W. (2021, September 27). BP says nearly a third of its UK fuel stations running on empty. Reuters.

Staunton, D. (2021, September 20). UK gas supply issues will not see ‘lights going out’, business secretary Kwarteng says. The Irish Times.

Wiener, L. (2021, September 22). Green and Avro Energy: Two more providers go bust amid surging gas prices. ITV News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.