Bunyi Ayatollah mungkin kedengaran sangat janggal bagi rakyat Malaysia. Kerana jawatan ini hanya wujud di Timur Tengah sahaja, menaungi komuniti Syiah bagaikan sebuah organisasi berstruktur.

Iran merupakan satu-satunya negara yang menghubungkan struktur Ayatollah dengan kepimpinan kerajaan.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Sama seperti negara lain, Iran mempunyai badan eksekutif dan legislatif. Presiden Iran sebagai ketua kerajaan (head of government) menjalankan rang undang-undang.

Amanah ini sekarang dipegang Hassan Rouhani, yang mempunyai kuasa tinggi di seluruh Iran. Hanya satu kuasa sahaja yang mengatasi Rouhani, iaitu Ali Khamenei.

Khamenei pula mengetuai Kuasa Kepimpinan Tertinggi. Dalam bahasa mudah, beliau merupakan Pemimpin Agung (Supreme Leader) yang menggantikan Ruhollah Khomeini.

Ali Khamenei bersama Ruhollah Khomeini.

Hanya dua orang ini sahaja yang memegang jawatan Pemimpin Agung. Inilah kuasa yang membuat keputusan akhir dalam segala bab terutamanya ekonomi dan hal ehwal luar negara.

Khomeini dilahirkan pada 17 Mei 1900, menyaksikan dua pe.rang dunia sepanjang hidupnya dalam bidang keagamaan Syiah.

Pada usia 63 tahun, beliau dipilih menjadi seorang marja. Sesiapa yang berjaya menjadi marja’ akan mendapat pangkat Ayatollah Besar.

Contoh Ayatollah.

Sejak penubuhan “Republik Islam Iran”, jawatan Ayatollah sudah menjadi perkara biasa (Momen, 2015).

Hampir semua agamawan Iran dipanggil Ayatollah sekarang. Cuma Ayatollah Besar (macam Khomeini dan Khamenei) hanya untuk segelintir sahaja.

Sehingga tahun 2017, terdapat 86 Ayatollah Besar di seluruh dunia. Kebanyakan dalam kalangan mereka menetap di Najaf dan Qom. Mereka ini mempunyai kuasa hawzah untuk membuat keputusan berkaitan dengan hukum-hakam agama.

Jadi persoalannya, macam mana seorang agamawan menjadi Ayatollah? Pertama sekali, Ayatollah dikehendaki mengetahui ilmu agama, falsafah dan sains secara mendalam (Koerner, 2004).

Selepas beberapa tahun mengkaji, barulah Ayatollah dibenarkan memberi ceramah sendiri dengan tafsiran al-Qur’an berkenaan dengan topik dipilih.

Dalam waktu ini, seorang Ayatollah akan menulis buku sendiri sebagai ikutan anak muda.

Lama-kelamaan, Ayatollah menimba populariti dalam kalangan rakyat Iran (dan penganut Syiah di luar Iran).

Senang kata, jawatan ini memang dipandang tinggi dalam kalangan mereka. Hanya seorang Ayatollah Besar sahaja boleh menjadi Pemimpin Agung. Ketika di hujung usia, Khomeini didakwa memilih Khamenei sebagai pengganti.

Atas sebab itu, Iran melantik Khamenei sebagai Pemimpin Agung. Walhal ketika itu, Khamenei masih belum menjadi Ayatollah Besar. Sebab itulah beberapa Ayatollah Besar lain seperti Hossein-Ali Montazeri mempersoalkan legitimasi beliau.

Kelayakan Seorang Agamawan Menjadi Ayatollah Besar

Struktur keagamaan ini sebenarnya tiada hierarki. Secara tradisi, seorang Ayatollah mendalami ilmu ijtihad dahulu. Individu yang menguasai ilmu ini akan digelar mujtahid.

Mereka harus mengetahui tentang hukum syariah, ilmu Qur’an dan prinsip keadilan – adab pun harus mantap. Peralihan kuasa dibawah Ruhollah Khomeini telah merasmikan jawatan Ayatollah.

Impaknya, ramai menggelar diri Ayatollah tanpa perlu dianugerahkan sesiapa. Senang kata, ramai kaki claim pula – macam pangkat “ustaz” dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kalau mengikut susunan tradisional, seorang agamawan bermula sebagai Talabah. Permulaan ini seperti yang boleh dibayangkan hanyalah pelajar semata-mata.

Itulah maksud Talabah yang perlu belajar dengan gigih supaya dapat menjadi Thiqat al-Islam (Amanah Islam). Peringkat Thiqat sudah cukup untuk mengenakan pakaian rasmi keagamaan seperti agamawan-agamawan Iran.

Setelah sekian lama, seorang Thiqat akan menjadi Hujjat al-Islam (kemudian Hujjat al-Islam wal-Muslimin).

Dua peringkat ini hanyalah mukadimah sahaja dalam perjalanan menjadi Ayatollah. Kerana kedua-duanya dianggap Mujtahid Kecil. Ayatollah saja yang dianggap Mujtahid Besar.

Empat orang mujtahid (entah kenapa seorang tu facepalm).

Pangkat tertinggi adalah seperti 86 Ayatollah Besar yang diceritakan, iaitu Ayatollah al-Uzma. Mereka ini dijulang tinggi dalam mazhab Jafari, seseorang lebih berilmu untuk dibandingkan dengan agamawan-agamawan lain.

Tidak cukup dengan ilmu, mereka barangkali berhak untuk menggantikan Ali Khamenei andainya sesuatu berlaku.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Seperti yang boleh dibayangkan, seorang agamawan yang berjaya menjadi Ayatollah juga boleh dilucutkan jawatan (Daryaee, 2012).

Jadi mungkin semuanya bersangkutan dengan politik juga – itulah nasib yang menimpa Mohammad Kazem Shariatmadari dan Hossein-Ali Montazeri. Walhal Montazeri pernah menjadi Timbalan Pemimpin Agung dibawah Ruhollah Khomeini antara 1985 hingga 1989.

RUJUKAN:

Daryaee, T. (2012). The Oxford Handbook of Iranian History. Oxford Handbooks in History. Halaman 378.

Koerner, B. (2004, April 6). So You Want To Be an Ayatollah. Slate.

Momen, M. (2015). Shi’l Islam: A Beginner’s Guide. Oneworld Publications. Halaman 178.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.