Kehadiran kertas pada hari ini sangat memudahkan kehidupan kita kerana banyak membantu menyelesaikan masalah. Bermula daripada perkara sekecil membungkus makanan sehingga menjadi helaian assignment, kertas telah banyak berjasa kepada kita. Jika tiada kertas, mungkin kita masih lagi menulis assignment di atas kulit kambing ataupun batu.

Apa-apapun terima kasih kepada Tamadun China yang menjadi pencetus kepada kegunaan kertas secara meluas. Kebijaksanaan mereka telah membuatkan Tamadun Islam dan Tamadun Eropah mencapai era keemasan apabila ilmu dapat disebarluaskan melalui penciptaan kertas. Persoalannya macam mana orang China boleh terfikir nak buat kertas?

Kertas dikatakan telah wujud di Tamadun China semenjak abad ke-2 sebelum masihi. Bukti-bukti arkeologi menunjukkan kertas paling awal dicipta menggunakan daun hemp. Sebenarnya kertas telah dicipta secara tidak sengaja oleh masyarakat China purba apabila mereka tersilap langkah dalam menghasilkan pakaian berasaskan daun hemp.

Hemp paper

Untuk menghasilkan pakaian berasaskan hemp, masyarakat China perlu menjemur daun itu sehingga kering sebelum dijadikan benang bagi menenun baju. Kesilapan berlaku apabila baju sudah siap ditenun dibiarkan di bawah terik mentari sehingga menjadi keras. Dari situ masyarakat China mendapati, baju yang telah rosak tadi boleh berfungsi sebagai ciptaan baru.

Walau bagaimanapun, tarikh rasmi kewujudan kertas pertama di dunia adalah pada tahun 105 masihi. Cai Lun dikatakan sebagai orang pertama yang mendapat idea untuk menghasilkan kertas melalui tumbuhan yang direndam, dibentuk semula dan dikeringkan sehingga menjadi keras. Idea penghasilan kertas ini muncul apabila beberapa bahan seperti sutera menjadi sangat mahal dan sangat sukar untuk didapati. Jadi penyelesaian terbaik adalah kertas yang dicipta daripada tumbuhan.

Ketika awal penciptaan kertas, masyarakat China banyak bereksperimentasi dengan menggunakan pelbagai jenis tumbuhan untuk menghasilkan kertas berkualiti tinggi. Bermula dengan daun hemp, kertas terus mendapat permintaan tinggi sehingga permintaan melebihi penawaran. Apabila itu terjadi, masyarakat China perlu fikirkan alternatif lain bagi menghasilkan kertas. Hal ini demikian kerana daun hemp telah mengalami kekurangan stok ditambah pula ambil masa yang lama untuk membesar.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Sebagai penyelesaiannya, masyarakat China telah menggantikan daun hemp dengan buluh untuk penghasilan kertas yang pantas sekaligus mampu memenuhi permintaan. Buluh digunakan kerana pohon itu lebih cepat membesar dan sangat murah berbanding daun hemp. Buluh terus digunakan sebagai bahan utama bersama-sama bahan lain seperti jerami, rumpai laut dna tangkai bunga raya dalam penghasilan kertas sehinggalah Dinasti Song mengambil alih tampuk pemerintahan Tamadun China.

Masyarakat China pada era Dinasti Song telah menambah baik kertas dengan penghasilan melalui pokok mulberry. Melihat kepada penciptaan kertas yang hampir sempurna, Tamadun China telah menjual kertas itu ke empayar-empayar luar melalui Jalan Sutera. Dalam masa yang singkat sahaja, kertas terus mendapat permintaan tinggi kerana ilmu sedang pesat berkembang di bawah Tamadun Islam.

Lama-kelamaan, empayar luar pasti mahu mempelajari cara menghasilkan kertas tetapi masalah Tamadun China ini kedekut tahi hidung masin. Mereka tidak membenarkan teknologi penghasilan kertas dieksport ke luar negara sehingga menyebabkan empayar luar terpaksa bergantung sepenuhnya kepada Tamadun China.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Akhirnya, teknologi penghasilan kertas berjaya juga tersebar ke empayar luar apabila Dinasti Tang telah tewas kepada Bani Abbasiyah dalam Pertempuran Talas. Tawanan perang yang dibawa oleh tentera Bani Abbasiyah ke Samarkand dikatakan telah mengajar penduduk tempatan cara-cara menghasilkan kertas. Selepas itu, teknologi penghasilan kertas telah tersebar luas di seluruh Empayar Bani Abbasiyah.

Kemuncaknya adalah Baghdad iaitu ibu kota Bani Abbasiyah berjaya menjadi pengeluar terbesar kertas lantas menyemarakkan lagi kegiatan penterjemahan. Selepas itu semuanya telah menjadi sejarah dengan kertas mula tersebar ke Eropah dan terhasilnya kertas berkualiti tinggi. Kesannya kertas telah digunakan dalam pelbagai aktiviti di dunia hari ini.

RUJUKAN:

Cartwright, M. (2017, September 15). Paper in Ancient China. World History Encyclopedia. Dipetik daripada https://www.worldhistory.org/article/1120/paper-in-ancient-china/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply