Mcdonald’s ataupun Mekdi merupakan antara rangkaian restoran makanan segera terbesar dunia yang mampu menguasai pasaran di setiap negara.

Di Malaysia sendiri, kehadiran Mekdi di sesebuah kawasan menandakan pendapatan penduduk di situ sudah semakin meningkat sehingga mampu membeli Big Mac.

Beli buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747 di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Jadi jangan rasa pelik jika ternampak Mekdi di kawasan pekan koboi kerana tahap pendapatan sudah naik.

Berlainan pula dengan Filipina kerana sehingga ke hari ini Mekdi tidak mampu menguasai pasaran makanan segera di sana.

Kenapa perkara itu boleh terjadi?

Jawapannya adalah Jollibee.

Apa kelebihan Jollibee sehingga mampu menolak Mekdi ke lembah kehinaan?

1. Rasa

Orang Filipina sebenarnya memang sangat gemarkan makanan segera dari Amerika Syarikat seperti burger dan kentang goreng.

Tapi masalahnya, makanan yang ditawarkan oleh Mekdi tidak menepati lidah orang Filipina. Bagi mereka, makanan dari Mekdi terlalu pedas untuk dihadam. Hal ini kerana mereka sama seperti sek kito jange pecoh iaitu suka makanan yang manis.

Di sinilah Jollibee hadir menyelesaikan masalah orang Filipina iaitu menyediakan makanan Amerika Syarikat dengan citarasa Filipina.

Jika Jollibee sudah mampu berikan burger yang manis kepada orang Filipina, untuk apa lagi mereka berkunjung ke Mekdi?

2. Menu Pelbagai

Secara asasnya, menu utama Mekdi adalah berasaskan burger. Pergilah ke mana-mana negara sekalipun, menu yang sama tetap ditawarkan oleh Mekdi.

Itu yang menjadi masalah utama orang Filipina kerana menu Mekdi tidak banyak dan hari-hari makan burger boleh muak.

Jadi Jollibee tawarkan penyelesaian dengan menawarkan pelbagai menu seperti spaghetti dengan kuah manis dan roti hotdog.

Bermakna orang Filipina masih lagi boleh menikmati burger dan spaghetti boleh dijadikan sebagai hidangan sampingan.

3. Harga

Di sesetengah negara, harga untuk sebiji burger memang agak mahal. Seperti di Malaysia, kebanyakan burger Mekdi berharga RM10 ke atas.

Tapi kita tetap beli sahaja kerana tiada restoran lain tawarkan burger pada harga murah dengan suasana yang sama di Mekdi.

Bagi orang Filipina pula, mereka tidak perlu risau kerana Jollibee menawarkan makanan dengan harga yang lebih murah berbanding Mekdi.

Biarpun perbezaan harga hanyalah sekitar 50 sen sehingga $1 sahaja, itu sudah cukup untuk orang Filipina menjauhi Mekdi.

Lebih baik makan di Jollibee berbanding Mekdi kerana lebih murah dan sangat menepati selera mereka.

4. Penjenamaan

Di Filipina, Jollibee dijenamakan sebagai restoran makanan segera yang mesra keluarga. Bermakna Jollibee sangat sesuai untuk keluarga berkumpul dan bersosial.

Malah, Jollibee juga sangat menekankan elemen kekeluargaan dalam iklan di televisyen. Secara tidak langsung target pasaran mereka adalah keluarga.

Berlainan pula dengan Mekdi kerana restoran makanan lebih memfokuskan target pasaran kepada kanak-kanak dan remaja.

Beli buku terbaru kami, KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Hal ini sangat bertentangan dengan sifat orang Filipina yang sangat pentingkan elemen kekeluargaan. Lagipun sangat aneh jika makan bersama keluarga di Mekdi.

Kesimpulannya, tidak sukar pun untuk semut kecil seperti Jollibee menewaskan Mekdi. Apa yang penting anda harus memahami kehendak dan kemahuan orang tempatan.

RUJUKAN:

Ariton, G. (2020, Julai 8). How Jollibee beat McDonald’s to become the Philippines’ fast-food chain of choice – meet billionaire Tony Tan Caktiong, the ‘chickenjoy’ entrepreneur. Style.

Christ, K. (2019, April 30). How two Filipino brothers staved off competition from McDonald’s to build global fast food chain Jollibee. CNBC. 

Rose, Cathy. (2013, November 11). How Jollibee beat McDonald’s in the Philippines. ABS-CBN News. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply