Hong Kong merupakan negara yang tergolong dalam 4 harimau ekonomi Asia bersama dengan Korea Selatan, Taiwan dan Singapura. Bertitik tolak dari situ, Hong Kong terus menjadi negara yang sangat kaya. Malah bilangan orang kaya di Hong Kong begitu tinggi melebihi mana-mana bandar raya di dunia.

Persoalannya sekarang macam mana Hong Kong boleh jadi tersangat kaya?

Semua bermula setelah berakhirnya Perang Candu Pertama yang menyaksikan China tewas kepada Empayar British. Sebagai ganti rugi di atas kekalahan, China telah menyerahkan pulau Hong Kong kepada Empayar British. Tidak lama selepas itu berlaku pula Perang Candu Kedua yang menyaksikan China terpaksa menelan kepahitan tewas sekali lagi. Kekalahan itu telah memaksa China menyerahkan bahagian utara semenanjung Kowloon kepada Empayar Britain.

Advertisements
Hong Kong zaman dulu.

Ketika mula-mula British mengambil alih Hong Kong, wilayah itu merupakan kawasan perkampungan nelayan sahaja. Tetapi melihat kepada lokasi Hong Kong yang agak strategik, British bertekad untuk menukar perkampungan nelayan tersebut kepada pelabuhan bertaraf antarabangsa.

Pada mula, Hong Kong gagal memenuhi potensinya sebagai pelabuhan antarabangsa kerana perlu bersaing rapat dengan Shanghai. Nasib Hong Kong agak sedikit berubah apabila menjadi transit kepada orang Cina daripada wilayah Guangdong yang mahu berhijrah ke Amerika Syarikat. Selepas itu nasib Hong Kong agak kurang baik kerana gagal berkembang seperti yang diharapkan.

Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, Hong Kong mula berkembang terutamanya setelah China dikenakan embargo kerana menyertai Perang Korea dan mengamalkan dasar tutup pintu. Jadi beberapa syarikat daripada Shanghai mula berpindah ke Hong Kong lantas membuatkan ekonomi wilayah itu semakin meningkat.

Hal ini sebenarnya memberikan masalah kepada Hong Kong kerana wilayah itu sangat bergantung kepada China dalam aspek perdagangan. Sebagai wilayah kecil dan miliki sumber begitu terhad, agak mustahil untuk Hong Kong terus bertahan. Apa yang Hong Kong buat adalah menukarkan wilayah tersebut kepada pelabuhan entrepot.

Nak tarik syarikat-syarikat dunia memang tak mudah jadi Hong Kong telah mempromosikan pelabuhannya kepada negara di Asia Tenggara. Maka syarikat-syarikat di Asia Tenggara mula singgah di Hong Kong. Nak tambah lagi tarikan, Hong Kong telah menawarkan kadar cukai yang sangat rendah dan kerajaan tidak akan sesekali masuk campur dalam pasaran. Bermakna setiap syarikat bebas berdagang dengan mudah. Malah kalau ada syarikat bagi harga tinggi pun, kerajaan tutup mata sahaja dan tidak menghukum. Tawaran telah menjadi daya penarik untuk syarikat-syarikat besar dunia hadir ke Hong Kong.

Namun terlalu bergantung kepada perdagangan juga adalah amat bahaya. Jadi ahli-ahli perniagaan di Hong Kong mula memikirkan apa yang sesuai dihasilkan untuk dieksport ke negara luar. Fikir punya fikir, akhirnya ahli-ahli perniagaan di Hong Kong mendapat idea untuk meningkatkan lagi industri tekstil di wilayah itu.

Tunggu jap kalau nak tahu lebih banyak tentang China, boleh baca KITAB TAMADUN CHINA. Kami yakin anda tidak menyesal dan akan lebih faham mengenai China. Boleh beli di Shopee: https://shopee.com.my/Kitab-Tamadun-Cina-Ayman-Rashdan-Wong-i.238336777.21315812272

Berbekalkan moda daripada ahli perniagaan dan buruh yang terdiri daripada pelarian tanah besar China, industri tekstil Hong Kong berjaya berkembang dengan pesat. Hasilnya produk-produk tekstil daripada Hong Kong telah dieksport ke seluruh pelusuk dunia. Dalam masa beberapa tahun sahaja nilai eksport Hong Kong telah meningkat dengan mendadak.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Hong Kong terus berkembang pesat sehingga wilayah itu telah diserahkan kembali oleh British kepada China apabila perjanjian pajakan 99 tahun tamat. Penyerahan itu langsung tidak memberikan kesan kepada Hong Kong kerana wilayah tersebut meneruskan segala legasi yang ditinggalkan Britain.

Kesimpulannya, kemakmuran Hong Kong pada hari ini bolehlah dikatakan hasil usaha British ketika menduduki wilayah tersebut. Namun kita tidak boleh nafikan sumbang ahli perniagaan dan pelarian daripada tanah besar China yang mencorakkan ekonomi Hong Kong. Biarpun nampak maju, ada kisah gelap disebaliknya iaitu kos sara hidup tinggi hingga menyebabkan rakyat tidak mampu menyewa bilik. Akhirnya terpaksa hidup di ruangan yang seluas lubang kubur sahaja.

RUJUKAN:

Foundation For Economic Education. (1960, Mac 1). Hong Kong–A success story. Dipetik daripada  https://fee.org/articles/hong-kong-a-success-story/

History. (2022, Ogos 10). Britain agrees to return Hong Kong to China. Dipetik daripada https://www.history.com/this-day-in-history/britain-agrees-to-return-hong-kong-to-china

Kestell, J., & Meinheit, H. (1997). Hong Kong: From fishing village to financial center. Library of Congress. Dipetik daripada https://www.loc.gov/loc/lcib/9708/hongkong.html

Schenk, C. (2008, Mac 16). Economic history of Hong Kong. EH.Net Encyclopedia. Dipetik daripada  http://eh.net/encyclopedia/economic-history-of-hong-kong/

Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply