Pada 66 juta tahun lalu, dinosaur pupus dihentam oleh asteroid. Lebih 75% spesis pupus. Pada masa itu, asteroid ini hanya menghentam satu tempat sahaja, iaitu di perairan Semenanjung Yucatan.

Bagaimana hentaman satu asteroid boleh musnahkan hidupan Bumi?

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

1. Asteroid yang menghentam Bumi 66 juta tahun dahulu mempunyai diameter sepanjang 10 km. Saiznya lebih besar daripada gunung Everest. 10 km dari permukaan Bumi dapat cecah ruang udara pesawat.

2. Ketika masuk ke atmosfera Bumi, asteroid ini bergerak selaju sekitar 30,000 m/s iaitu sekitar 87 kali ganda lebih laju daripada bunyi.

3. Asteroid ini menghentam laut cetek perairan Semenanjung Yucata. Hentamannya melepaskan tenaga setanding 900 bilion bθm yang pernah meletupkan Hiroshima & 100 juta bθm nuklear Tsar Bθmba. Asteroid ini hentam satu tempat saja, tapi memberikan kesan pada seluruh dunia.

4. Hentaman ini meninggalkan kerak seluas 100 kilometer dan sedalam hampir 30 kilometer. Impak ini menghasilkan gempa bermagnitud 12. Skala yang tidak pernah dihadapi oleh manusia.

Sebagai perbandingan, manusia pernah menghadapi gempa magnitud 9.6 di Chile, Selatan Amerika yang kesannya sampai beberapa negara Asia dan Australian dilanda tsunami.

Gempa skala 12 pada 66 juta tahun lalu telah menyebabkan terhasilkan gempa skala 9 di seluruh dunia. Satu gempa yang melahirkan banyak gempa kerana hentaman yang sangat kuat.

5. Seperti biasa, gempa akan menghasilkan tsunami. Pada ketika itu, tsunami melanda di seluruh dunia. Tsunaminya mempunyai ketinggian dari 100 meter hingga ke 1.5 kilometer. Menenggelamkan banyak daratan.

6. Kalau kita tepuk air yang tenang, air akan terpecik pada muka. Hentaman asteroid pada 66 juta tahun lalu telah menyebabkan batu-batu dan serpihan permukaan Bumi melantun keluar sehingga ke angkasa. Malah, terdapat sebahagiannya menghentam bulan.

Terdapat sebahagian lain yang melantun keluar kembali semula ke Bumi. Serpihan-serpihan ini menghentam seluruh dunia. Ibarat Bumi dihujani meteor. Bumi yang tenang bertukar menjadi Bumi yang sedang terbakar.

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

7. Gempa telah menyebabkan gunung berapi meletus di seluruh dunia. Debu yang dihasilkan serta asap kebakaran telah menutup atmosfera Bumi sehinggakan iklim menjadi sejuk kerana sinaran cahaya Matahari tidak dapat tembus. Udara Bumi bertoksik dan hujan asid membasahi Bumi.

8. Jika dibuat perbandingan, dinosaur hidup lebih lama berbanding manusia. Dinosaur berkelana selama 165 juta tahun, manusia baru 300 ribu tahun. Jika perαng nuklear tercetus, kesannya mungkin tak seteruk ini. Tapi cukup teruk untuk buatkan ramai manusia di seluruh dunia sengsara

Sekarang baru boleh faham kenapa sebiji asteroid gergasi yang hentam satu tempat boleh lenyapkan manusia?

Kalau anda berminat dengan artikel-artikel sains seperti ini, kami nak cadangkan anda buat pembelian pada buku terbaru kami, BIOLOGIA. Lebih banyak artikel sains, tetapi menarik dapat dibaca. Pembelian boleh dibuat di: http://bit.ly/BiologiaPengajian


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply